Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Usah Biarkan Media Merosakkan Mentaliti Kita

Sunday, April 18, 2010

Semalam seorang rakan aku telah mengirim komen di Facebook mengenai iklan di Malaysia yang berunsur lucah. Walaupun perkara ini bukanlah suatu masalah yang baru berlaku di negara kita, isu ini seolah – olah dianggap sebagai isu terpencil oleh segelintir masyarakat kita. Lebih mendukacitakan, tiada tindakan daripada pihak berwajib mengenai masalah ini. Apakah perlu bagi setiap permasalahan yang timbul di Negara kita ini memerlukan teguran daripada rakyat dahulu sebelum apa – apa tindakan boleh diambil oleh pihak berwajib??Apakah pihak berwajib tidak mampu untuk berfikir yang mana intan dan yang mana kaca??

Seharusnya perkara ini tidak timbul kerana setiap perbuatan ataupun perkara yang dilakukan oleh kita seharusnya mencerminkan nilai – nilai keagamaan ataupun bangsa kita yang terkenal dengan budi pekerti yang baik. Namun begitu, apa yang berlaku hari ini telah memberi suatu gambaran kepada kita akan kesempitan pemikiran masyarakat Malaysia. Masyarakat Malaysia yang terlalu mengejar arus pemodenan barat hanyalah sekadar mampu memajukan diri sendiri dari segi fizikalnya sahaja sedangkan kemajuan mental masih ditakuk yang lama. Malahan tidak salah jika dikatakan bahawasanya nenek – moyang kita mempunyai mentaliti yang lebih tinggi berbanding dengan masyarakat kita hari ini.

Janganlah kita marah jika terdapat segelintir pihak yang melabel ataupun mengelaskan kita sebagai masyarakat yang mempunyai metaliti kelas ketiga sahaja kerana semuanya adalah berpunca daripada diri kita sendiri. Lihat sahajalah di Malaysia ini, bukan sahaja iklan – iklan mengandungi unsur –unsur lucah malahan kebanyakkan program – program di televisyen juga turut memaparkan tayangan yang berunsur seks, gossip dan juga misteri yang tidak memberi apa – apa faedah kepada masyarakat. Malahan kalau dilihat kepada majalah – majalah yang berada dipasaran sekarang juga lebih memfokuskan kepada cerita – cerita yang mengandungi unsur –unsur seks, gossip serta misteri semata – mata.

Lebih merisaukan lagi, akhbar – akhbar tempatan yang seharusnya menjadi tunjang dalam melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan juga tidak terlepas daripada menyiarkan cerita – cerita yang bersifat hiburan dan gossip semata – mata. Mungkin pada masa akan datang, ibu bapa bukan sahaja perlu mengawasi anak –anak dalam menonton rancangan televisyen, malahan mereka juga perlu mengawasi anak – anak mereka yang membaca akhbar tempatan agar tidak terpengaruh dengan unsur – unsur tidak baik yang terdapat di dalam akhbar tempatan. Bagaimana kita hendak melahirkan modal insan yang tinggi dalam masyarakat sekiranya permasalahan seperti ini dibiarkan terus berleluasa??

Masyarakat perlu sedar, untuk membangunkan modal insan memerlukan kepada ilmu pengetahuan yang luas, budi pekerti yang mulia, hemah yang tinggi, berjiwa besar, cintakan Negara dan mempunyai kekuatan jasmani dan kekuatan rohani. Semua ini tidak akan mampu dicapai sekiranya kita masih membiarkan pemikiran kita dipengaruhi oleh golongan tidak bertanggungjawab yang hanya memikirkan soal keuntungan walaupun terpaksa merosakkan anak bangsa sendiri. Masyarakat Malaysia harus bangkit dan sedar akan permasalahan yang berlaku dalam media kita hari ini. Kita jangan terlalu mengambil mudah dalam setiap perkara. Kawalan perlu dilakukan terhadap golongan remaja agar tidak terpengaruh dengan unsur – unsur negatif yang dipaprkan terhadap masyarakat tanpa ada sebarang sekatan. Pihak bertanggungjawab pula perlu peka dengan situasi semasa agar permasalahan seperti ini tidak berlaku yang akhirnya membawa kerosakkan terhadap bangsa sendiri. Wallahua’lam

3 comments to Usah Biarkan Media Merosakkan Mentaliti Kita:

Anonymous said...

NUR ISMILIDA SAID:artikle yg cukup bgs n jika didasari dpt memberi impak kpd institusi2 berkewajipan. Intipatinyer semua pihak samada dari institusi media massa atau media elektronik harus bfikir lebih telus kearah utk melahirkan wahana pemikiran bangsa yg bkaliber ,bkn melahirkan bangsa yg berfikiran songsang n senget..mungkin media2 seperti ini sudah sedar tp kesedaran itu terhijab bila wang yg mjadi segalanyer..setiap iklan, setiap wacana, setiap cerita yg ditayangkan semestinyer berobjektifkan memancing penonton yg ramai..itulah bagai cendawan tumbuh di belakang umah, bila mana akademi berunsur hiburan semata2 mendapat tempt di hati kite..pemikiran penganjur skrg, tak kire la mentaliti kite telah hancur, akan hancur atau sudah hancur janji kepulangan wang itu didambakan..btul kan??klu la institusi bfikiran mcm nie, natijahnyer bangsa kite yg merana..bangsa means org melayu kite, sbb bangsa lain tak terlentok sgt mcm anak2 mudi melayu...
intipati ke2-ibu bapa sendiri yg harus tdk berkrompomi dgn anak2..harus straight dlm mdidk anak2.biarla akhlaq tjaga, biarla pemikiran beridolakan ulama.anak2 sendiri pun tdk kurg pentgnyer, perlu menggalas tanggungjwb bsama.setiap individu harus mpunyai kesedaran.Apelah kuasa kite utk mem "band"kan semua saluran2 media..kite boleh melawan nafsu kite sendiri, itulah yg paling kuat, drpd melawan bnd2 yg tiada berpengakhiran.Klu semua ade kesedaran individu dr anak sampai ke org dewasa, InsyaAllah, semua terpelihara.Wallahu'lam

Unknown said...

uishhh, ni memang lagi advance dari aku nih..huhu,,niat untuk tulis pasal perkara ni dah ada, dan alasan tak ada masa tak nak aku depankan..hehe.

apa-apapun, memang terkejut dan rasa kebimbangan tu melonjak bila tengok tv baru ni, mungkin juga sebab dah lama sangat tak jumpa tv, tengok-tengok dah jadi macam tu da tv ni..

bila manusia bertuhankan duit dan material, moraliti dan sahsiah jadi taruhan..jiwa insan bukan lagi keutamaan..

Memang kita tak mampu mengubah segalanya dengan kudrat di tangan kita, tapi sekurang-kurangnya, berfikirlah dan ambillah tindakan yang semampu mungkin yang terbaik di fikiran kita, semoga kita tak tergolong dalam golongan-golongan yg ZALIM..wallahua'lam

pSp said...

Tq...byk dah info korg bg,rase xperlu tambah lg...

fiey-elok jugak kalo ko tulis jugak pasal nie,aku tulis pun lepas baca tulisan Ust. Pahrol Juio...hm kata dia dlm permasalahan mcm nie kita perlulah menggunakan segala ruang yg ade utk memberi kesedaran kat org lain...huhu jd semangat nk tulis tp mgkn info x seberapa,mungkin ko blh tmbah

Sunday, April 18, 2010

Usah Biarkan Media Merosakkan Mentaliti Kita

Posted by pSp at 11:46 AM

3 comments

Unknown on Apr 19, 2010, 4:21:00 PM said...

uishhh, ni memang lagi advance dari aku nih..huhu,,niat untuk tulis pasal perkara ni dah ada, dan alasan tak ada masa tak nak aku depankan..hehe.

apa-apapun, memang terkejut dan rasa kebimbangan tu melonjak bila tengok tv baru ni, mungkin juga sebab dah lama sangat tak jumpa tv, tengok-tengok dah jadi macam tu da tv ni..

bila manusia bertuhankan duit dan material, moraliti dan sahsiah jadi taruhan..jiwa insan bukan lagi keutamaan..

Memang kita tak mampu mengubah segalanya dengan kudrat di tangan kita, tapi sekurang-kurangnya, berfikirlah dan ambillah tindakan yang semampu mungkin yang terbaik di fikiran kita, semoga kita tak tergolong dalam golongan-golongan yg ZALIM..wallahua'lam

pSp on Apr 19, 2010, 9:57:00 PM said...