Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Isunya Adalah...ZINA

Sunday, September 11, 2011

Keratan akhbar Berita Harian bertarikh 9hb September 2011 memaparkan berita mengenai daftar anak tidak sah taraf . Pokok bagi berita berkenaan adalah berkaitan cadangan Kerajaan Negeri Terengganu bagi membenarkan anak yang tidak sah taraf (Anak yang lahir kurang daripada 6 bulan daripada tarikh perkahwinan ayah dan ibu atau pun anak zina) untuk berdaftar diJabatan Pendaftaran Negara dengan berbin atau berbintikan kepada ayahnya.

Tulisan aku kali ini bukanlah untuk memandai – mandai mengeluarkan hukum samaada perkara ini dibolehkan ataupun tidak disisi agama. Bab haram, makruh, harus, sunat ataupun wajib kita serahkan sahaja pada Majlis Fatwa Kebangsaan dalam membuat keputusan. Aku yakin, mereka lebih arif dalam isu dan selok belok agama ini dan pasti dapat memberi fatwa yang bersesuai dengan ajaran Allah S.W.T dan Rasul-Nya.

Tulisan aku ini juga bukanlah mahu menghentam mana – mana pihak yang bersangkut – paut dengan isu permasalahan. Cumanya, dikesempatan ini aku ingin mengajak diri sendiri dan rakan pembaca sekalian untuk merenung seketika tentang permasalahan ini secara pukul rata. Kalau difikirkan secara rasional dan logik, pokok permasalahan ini sebenarnya berpunca daripada satu akar permasalahan yang lebih berat dan mencabar iaitu ZINA. Akar permasalahan inilah akhirnya melahirkan perlbagai pokok – poko permasalahan lain yang tidak akan dapat diselesaikan selagi mana akar permasalahan ini masih dibiarkan terus merebak ke dalam masyarakat kita.

Isu untuk membenarkan anak yang tidak sah taraf ini berbin atau berbintikan kepada ayahnya hanyalah satu bentuk penyelesaian bersifat sementara. Isu ini ibarat isu menubuhkan sekolah untuk pelajar – pelajar hamil atau mengandung di Melaka satu ketika dulu. Pokok pangkalnya, kedua –dua penyelesaian ini tidak akan dapat membanteras masalah ZINA untuk terus berlaku dikalangan remaja dan muda – mudi hari ini. Malahan tindakan ini tidak akan membantu kita dalam menangani masalah kelahiran anak – anak tidak sah taraf yang semakin meruncing di Negara ini.

Malahan tidak salah dikatakan bahawa penubuhan sekolah hamil di Melaka itu juga hanya akan menyaksikan pembukaan lebih banyak sekolah yang sama ditempat yang lain pada masa akan datang. Hal ini kerana, bilangan remaja terjebak dalam masalah penzinaan semakin bertambah dari hari ke hari. Statistik oleh Jabatan Pendaftaran Negara pada 2008 telah mencatatkan seramai 17,303 anak tidak sah taraf telah di daftarkan diseluruh Malaysia. Angka ini tidak termasuk jumlah bayi – bayi yang telah mati akibat daripada kes pembuangan bayi. Ini semua menunjukkan bilangan kes penzinaan semakin meningkat di negara kita.

Pemimpin harus peka dan menerima kenyataan bahawasanya undang – undang yang diperuntukkan hari ini tidak mampu menangani permasalahan yang berlaku. Allah S.W.T sebagai Pencipta semestinya lebih arif dengan makhluk ciptaan-Nya serta Maha Mengetahui akan cara yang lebih tepat untuk mengawal mereka. Sebagai hamba Allah S.W.T, kita wajib mematuhi segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Ibarat kita memiliki kereta Ferari, sudah pasti soal penjagaannya akan diajukan kepada kilang pembuatan kereta Ferari dan bukan kepada kilang pembuatan Proton. Samalah keadaan dengan manusia, penjagaannya perlulah mengikut Sang Penciptanya iaitu Allah S.W.T, bukan mengikut undang ciptaan manusia yang sudah pasti nafsu menjadi sandaran. Sudah sampailah masanya, undang – undang Islam yang dituntut oleh Allah S.W.T dilaksanakan kerana Allah S.W.T pasti akan melaksanakan janji-Nya.

0 comments to Isunya Adalah...ZINA:

Sunday, September 11, 2011

Isunya Adalah...ZINA

Posted by pSp at 10:27 AM

0 comments