Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Majlis Ilmu Bersama Dr. Syeikh Salim Alwan Al – Hasaniy

Sunday, March 28, 2010

Semua dijemput ke syarahan perdana bersama ulama berketurunan Rasulullah S.A.W.

· Bertajuk: “Islam Anti Terrorist”.

· Penceramah: Dr. Syeikh Salim Alwan Al – Hasaniy

· Jawatan: Pengerusi Majlis Tertinggi Islam Australia.

· Keturunan: Berketurunan Nabi Muhammad S.A.W dari silsilah cucu Baginda Saidina Hasan.

· Kepakaran: Ilmu Akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah & Ilmu Hadith Nabawi.

· Kitab terbaru beliau: Tafsir Ulin Nuha Fi Syarhi Ayat ArRahman ‘Alal ‘Arsyi Istawa.

· Sumbangan dalam didikan dakwah: Mempunyai anak murid di seluruh dunia terutama di Asia & Pemilik Ijazah Kutub Sab’Ah (Kitab – Kitab Hadith Nabawi)

· Beliau juga adalah pemegang amanah Kesan Nabi Muhammad S.A.W seperti rambut dan kesan – kesan (aathar) Nabi Muhammad S.A.W yang lain

· Jadual Ceramah – ceramah beliau di Malaysia pada tahun 2010 adalah seperti berikut:

Tarikh

Masa

Tempat

29/03/2010 (Isnin)

Selepas solat Maghrib

Masjid Sultan Slahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor

30/03/2010 (Selasa)

Selepas solat Maghrib

Masjid Amaniah Kepong, Kuala Lumpur

31/03/2010 (Rabu)

Selepas solat Maghrib

Masjid Besar Asy – Syakirin, Maran, Pahang

1/04/2010 (Khamis)

Selepas solat Maghrib

Masjid Tok Sira, Kuantan, Pahang

2/04/2010 (Jumaat)

Pagi – Malam

Kelantan

*Penceramah adalah mempunyai tauliah & terjemahan ke Bahasa Melayu disediakan

Jika ada apa-apa kemusykilan dan mahu info terbaru sila hubungi 019-3801979

Sumber:http://al-ghari.blogspot.com/

Unity Is The Strength

We are different because of our NATIONALITIES

We are different because of our RACES

We are different because of our POLITIC

We are different because of our CULTURES

We are different because of our LANGUAGES

We are different because of our JOBS & EXPERTISES

We are different because of our PERSONALITIES

We are different because of our BEHAVIOURS

Because of the difference, we are always DIVIDED to become WEAKNESS

But the facts that we are always FORGETTEN that we are actually…..

Belong to the same Creator – ALLAH S.W.T

Followers of the same Messenger of Allah S.W.T – NABI MUHAMMAD (PBUH)

Embrace the same Religion – ISLAM (The only religion that approve by Allah S.W.T)

Have the same Guidance in our life – AL – QURAN & AS – SUNNAH

THUS, the difference between us does not mean the NEED for us to be DIVIDED…..

REMEMBER – UNITY IS THE STRENGHT!!!

“The believers are nothing else than brothers (in Islamic religion). So make reconciliation between your brothers, and fear Allah, that you may receive mercy.”

[Al – Hujurat: 10]

Amarah!!!

Wednesday, March 24, 2010

Semasa makan malam tadi, aku ‘tertengok’ berita di TV 1. Hm…lagi-lagi cerita politik sampah dekat Malaysia. Aku sudah mula rasa mual dan loya mendengar cerita – cerita politik di Malaysia. Bilalah agaknya ahli – ahli politik di Negara Malaysia ini hendak menjadi matang. Tidak sudah – sudah dengan pertelingkahan dan perdebatan mengenai isu yang entah apa –apa. Kalaulah dewan parlimen itu hanya sekadar untuk bertelingkah serta berbincang mengenai soal – soal politik semata - mata, maka adalah lebih molek jika buat sahaja sidang berkenaan di kedai kopi.

Seharusnya, dewan parlimen menjadi medan untuk ahli – ahli politik yang memegang amanah Allah S.W.T melalui mandat yang diberikan oleh rakyat digunakan sebagai ruangan untuk membincangkan isu serta permasalahan yang berlaku di Negara Malaysia ini. Melalui perbincangan ini adalah diharapkan agar mereka dapat menjana idea - idea bagi mengatasi masalah yang berlaku. Malahan, dewan parlimen seharusnya menjadi tempat untuk membincangkan perkara – perkara yang boleh memajukan dan menguntungkan masyarakat Malaysia. Namun yang menjadi permasalahan di Malaysia adalah bila semua perkara menjadi isu politik.

Bila cerita pasal ternakan babi – isu politik. Cerita pasal pembalakan haram – isu politik. Semua pun hendak dikaitkan dengan politik bagi menjatuhkan pihak lawan masing – masing. Bukankah lebih elok berbincang mencari jalan penyelesaian daripada duduk sibuk menunding jari menyalahkan orang lain bagi keuntungan politik masing – masing. Cukuplah berpolitik bila mana musim pilihan raya. Seharusnya bila habis sahaja musim pilihan raya, semua komponen parti politik bekerjasama bagi membangunkan dan memajukan masyarakat barulah boleh kita katakan pemimpin berjiwa rakyat ataupun rakyat di dahulukan dan sebagainya. Ahli politik harus sedar bahawasanya perbuatan seharusnya mendahului kata –kata.

Tidak cukup dengan fenomena fitnah yang semakin berleluasa hasil taburan ahli –ahli politik, lebih memeningkan lagi apabila timbul pula fenomena baru bila mana ahli – ahli politik dengan sewenang –wenangnya menghamburkan perkataan SUMPAH tanpa ada perasaan gentar sedikit pun pada diri mereka akan kemurkaan Allah S.W.T. Barangkali mereka lupa bahawa menjadi pemimpin bukan sahaja melaksanakan tanggungjawab yang diberi, tetapi juga menjadi contoh teladan yang baik kepada generasi muda. Kalau beginilah sikap ahli – ahli politik maka tidak hairanlah dengan kesampahan yang ditunjukkan oleh generasi muda yang semakin menjadi –jadi.

Nasihat mudah – jangan jadikan politik sebagai fokus utama dalam segala hal kerana politik itu hanyalah sebagai suatu wadah perjuangan. Apa yang lebih penting adalah bagaimana kita melaksanakan tanggungjawab kita sebagai pemegang amanah Allah S.W.T dan juga bagaimana sikap kita dalam membantu dan membangunkan masyarakat Malaysia. Rasulullah S.A.W telah berpesan:

“Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu adalah bertanggungjawab terhadap pimpinannya, seorang pemimpin negara adalah pemimpin kepada rakyatnya dan ia bertanggungjawab terhadap mereka, seorang suami adalah pemimpin keluarganya dan ia bertanggungjawab terhadap pimpinannya, seorang wanita adalah pemimpin ia bertanggungjawab terhadap rumahtangga suaminya dan ia bertanggungjawab terhadap pimpinannya.”

P/s: Bagi ahli –ahli parlimen yang masih lagi hendak berbicara soal politik lebih daripada soal agama, bangsa ataupun negara, maka anda disarankan agar tidak payah pergi ke dewan parlimen pun sebab kat kedai kopi pun kita boleh berbicara dan berdebat pasal hal politik. Selain boleh menjimatkan wang rakyat yang anda gunakan, boleh juga memberi laluan kepada mereka yang hendak membangunkan agama, bangsa dan negara. So, lagu dekat bawah ini ditujukan khas buat ahli politik sampah agar menggunakan kedai kopi sebagai wadah politik sampah mereka….

CERITA KEDAI KOPI

Terlalu banyak kena kopi, aku menyanyi

ditemani teko berasap dan bau wangi

ditemani cahaya malap dan lagu reggae

hayati, salam

Masing-masing ada masalah sendiri

masalah dunia, masalah peribadi

luahkan jangan simpan dalam hati

boleh cerita di kedai kopi

Cerita kedai kopi

cerita kedai kopi

tiada hakim tiada saksi

cerita sensasi di kedai kopi (2x)

Ada satu hero melayu, namanya rahsia

dulu lepak tepi parit kampung

sekarang lepak media massa

Asal boleh masuk tv, dia mesti buat

awek tengok jambu, laki tengok meluat

citarasa makin besar otak makin ketat

baru angkat berat sikit baju pun dah sendat

ay, jalan berkepak dengan awek romantis

biasalah budak baru nak naik jadi artis

ay, jalan berkepak dengan awek romantis

biasalah budak baru nak naik jadi artis

jakun ke pelakon, jamban ke makan malam

dinner show menyanyi, sorang pun tak faham

tapi datin muda tengok, geram dan sangkut

datuk outstation,apalagi angkut

I’m in the mood for love

simply because you’re near me

honey but when you’re near me

i’m in the mood yes i’m in the mood for love

Terima kasih rahsia diterima

kalau sunyi lagi boleh main gila

datin kena taruk, rahsia kemaruk

makan boleh tapi jangan sampai kena lauk

datuk pergi London lama, pucat bila balik

bini buncit sikit tau dia tak boleh naik

datuk pergi London, dia pucat bila balik

bini dan anak percuma dah ada penyakit

apa kesudahannya, apa yang terjadi

rahsia tinggal rahsia takkan masuk tv lagi

cerita sensasi dengar di kedai kopi

setiap individu punya versi sendiri

Masing-masing ada masalah sendiri

masalah dunia, masalah peribadi

luahkan jangan simpan dalam hati

boleh cerita di kedai kopi

Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi

ditemani teko berasap dan bau wangi

ditemani cahaya malap dan lagu reggae

hayati, rentak keluarga marley

hamba di belanda di tengah ibu kota

temanku Salam, dreadlocks bawah mahkota

anak perantauan yang punya citarasa Jamaica

rindu nak dengar cerita kedai kopi Malaysia

aku cerita, dia ketawa

tak kering gusi, jatuh kerusi

dia pula bercerita tapi bukan tentang dia atau dia

di Eropah orang bentang idea

topik-topik intelektual didiskusi

anjakan paradigma bila kena kopi

peace, love and harmony, reggae sampai pagi

keluar kedai kopi Amsterdam masih steady

Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi

ditemani teko berasap dan bau wangi

ditemani cahaya malap dan lagu reggae

hayati, yeah…

Ruangan Menarik dalam Majalah Milenia

Tuesday, March 2, 2010

Minggu nie cuma hendak berkongsi informasi yang boleh kita sama - sama guna untuk tingkatkan ilmu pengetahuan dan daya pemikiraan kita. Antara majalah yang aku gemari bagi tatapan dimasa terluang adalah Majalah Milenia & Majalah Solusi. Kedua - dua majalah ini pada pandangan aku sangat menarik serta sangat berguna dan membantu dalam menempuh kehidupan seharian kita. Terdapat banyak informasi yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan seharian kita.

Kedua - dua majalah tersebut mempunyai kelebihan masing - masing. Bagi Majalah Milenia, apa yang menariknya adalah seringnya membahas dan membincangkan isu - isu semasa dalam konteks Islam. Manakala Majalah Solusi pula lebih tertumpu dalam membina asas Islami yang kental dalam jiwa masyarakat Islam daripada pelbagai sudut. Rasanya tidak perlu pun diulas lebih banyak kerana kedua - dua majalah tersebut bukan suatu yang asing lagi di kalangan masyarakat Malaysia khususnya yang beragama Islam.

Cuma berkenaan Majalah Milenia, terdapat suatu ruangan (M Reviu Filem) yang aku kira sangat menarik kerana didalam ruangan tersebut terdapat kupasan dan penilaian filem - filem yang di tayangkan di Malaysia sama ada filem tempatan mahupun filem yang dihasilkan oleh barat (Hollywood). Dalam ruangan ini, filem – filem akan dinilai bukan secara zahir sahaja tetapi juga secara tersirat. Melalui penilaian dibuat membolehkan pembaca menilai akan ideology-ideologi yang cuba di ketengahkan oleh pihak penerbit yang kadang – kadang mempunyai unsur – unsur yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Sebagai contohnya, dalam keluaran majalah Milenia pada bulan Januari 2010, ruangan ini telah cuba mengulas mengenai filem 2012 yang secara tersiratnya cuba mengetengahkan ideology dan propaganda golongan sainstistik (yang mengagamakan sains) dalam menidakkan Kuasa Tuhan Yang Maha Berkuasa. Dimensi sekular dan atheisme pula telah dijadikan asas dan digarapkan kedalam filem ini secara halus.

Secara ringkasnya, filem ini cuba membawa dimensi peristiwa banjir besar yang terdapat dalam kitab – kitab agama samawi dari kaca mata saintifik. Walaupun kisah ini diambil daripada kitab agama tetapi persoalan tentang agama ditutup bahkan dihapuskan sama sekali di bawah perbincangan saintifik. Agama yang merupakan perkara pokok bagi kehidupan manusia ini dilenyapkan daripada kehidupan saintifik.

Filem 2012 ini telah memperlihatkan bagaimana sains dapat mengatasi kuasa Tuhan dengan melawan bencana alam yang begitu hebat melalui ketepatan ramalan sains dan penciptaan mesin (bahtera) yang mampu melepaskan manusia dengan akalnya daripada kuasa Tuhan. Malahan lakonan watak utama (Jackson) dalam filem ini yang dipegang oleh John Cussack turut menunjukkan penyelewengan agama apabila mampu terselamat daripada bencana de usaha sendiri tanpa apa – apa campur taangan dari kuasa Tuhan.

Melalui unsur – unsur sebeginilah yang kita khuatiri akan mempengaruhi minda masyarakat Malaysia khususnya yang beragama Islam. Selain itu, unsur –unsur sebegini juga dikhuatiri akan mencemarkan minda dan pemikiran anak – anak remaja Islam. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan terhadap diri kita dalam membina kekuatan ruhaniah melalui penigkatan ilmu bagi menepis segala tipu daya dan pengaruh barat yang merosakkan. Semoga, melalui pembacaan bahan – bahan seperti ini mampu membantu kita dalam menepis segala propaganda dan ideologi yang cuba di ketengahkan oleh musuh – musuh Islam dalam misi mereka melemahkan umat Islam serta menjatuhkan agama suci Islam. Wallahua’lam.

P/s: Sambil – sambil berhibur kita juga perlu sentiasa beringat agar tidak dipengaruhi oleh unsur – unsur yang bertentangan dengan Islam. Islam tidak melarang umatnya berhibur asalkan tidak bertentangan dengan prinsip – prinsip Islam. So, perbanyakkan membaca bahan bacaan seperti ini semoga masa yang kita habiskan untuk menonton filem bukan hanya sekadar habis dengan sia – sia tetapi biarlah masa itu habis dengan adanya timbal balik melalui kajian dan pembacaan yang dibuat.

Posted by pSp at 11:38 PM 1 comments

Continue Reading

Unity Is The Strength

Posted by pSp at 12:16 PM 1 comments

Posted by pSp at 11:43 PM 17 comments

Posted by pSp at 9:35 PM 3 comments