Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Tak Utama Lebih Penting

Sunday, April 25, 2010

Post kali ini cuma nak berkongsi suatu artikel menarik oleh Mufti Kerajaan Negeri Perak Tan Sri Harussani Zakaria dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini. Bacalah dengan teliti mudah – mudahan kita mendapat manfaat bersama. Terdapat isi – isi penting yang telah di “highlight” untuk memudahkan lagi pemahaman artikel ini. Wallahua’lam.

Tak Utama Lebih Penting

Pada minggu lepas, saya berkesempatan menyampaikan ucaptama sempena Seminar Fiqh Awlawiyyat anjuran bersama Jabatan Agama Islam Perak dan Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Perak. Seminar tersebut memberi ruang kepada saya untuk menampilkan beberapa idea dan pendekatan yang telah lama saya uar-uarkan kepada masyarakat sebagai rujukan umat Islam seluruhnya.

Dalam hal ini, ulama tersohor Dr. Yusuf al-Qaradawi memberikan takrif Fiqh Awlawiyat sebagai "menetapkan sesuatu pada martabatnya, tidak mengkemudiankan apa yang perlu didahulukan atau mendahulukan apa yang berhak dikemudiankan, tidak mengecilkan perkara yang besar atau membesarkan perkara yang kecil."

Firman Allah S.WT. di dalam surah Al-Taubah ayat 19 mafhumnya:” Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haram itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.”

Ketika ini umat Islam telah hilang punca asas pertimbangan dalam menilai keutamaan daripada sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besarnya. Kehilangan punca bukan sahaja meliputi masyarakat umum, bahkan para cendiakawan dan cerdik pandai serta para pemimpin sendiri pun adakalanya menghadapi permasalahan dalam menentukan keutamaan sesuatu perkara.

Bagi para remaja contohnya lebih menekankan hal-hal berkaitan dengan sukan dan hiburan sebagai matlamat hidup mereka daripada mendahulukan diri dengan mengejar ilmu pengetahuan. Yang sepatutnya disanjung bukan lagi golongan ilmuwan atau intelek. Tetapi ahli sukan dan artis-artis diangkat dan dicontohi sebagai idola. Hari ini hiburan diutamakan daripada pendidikan. Lebih banyak majalah hiburan berbanding majalah yang mendidik masyarakat di pasaran. Begitu dengan program televisyen didominasi oleh rancangan hiburan yang menjadi sajian dan "makanan harian" yang dipertonton dan diprogramkan kepada masyarakat. Jika ada rancangan yang mendidik masyarakat ia tidak disiarkan pada waktu perdana, tetapi larut malam mahupun awal pagi. Islam tidak melarang hiburan, namun keutamaan hiburan tidak boleh dilebihkan daripada pendidikan sehingga masyarakat lalai dengan hiburan. Fenomena tersebut jelas membuktikan kejahilan masyarakat terhadap dimensi prioriti yang sedia ada dalam Islam.

Dalam amalan ibadat pula masyarakat kita masih sibuk membahaskan aspek khilafiah yang tidak akan berkesudahan. Dalam rancangan soal-jawab di radio yang dihadiri oleh saya, soalan-soalannya masih berkisar tentang masalah meninggalkan qunut, bidaah mengadakan tahlil, talqin yang merupakan masalah furu' dan khilafiah. Sedangkan kita berdepan dengan masalah riba yang terang-terang haram dalam kewangan dan insurans kita. Termasuk juga masalah perpecahan umat yang pada pengamatan saya perlu kepada usaha yang gigih terutamanya para umara dan ulama bagi menyatupadukan masyarakat Islam terutamanya umat Melayu.

Bijak pandai

Di kalangan bijak pandai tidak kurang juga berhadapan dengan kecelaruan pemikiran dalam memahami keutamaan sesuatu perkara. Bila saya menekuni isu-isu mutakhir ini termasuk kelulusan Kabinet terhadap penubuhan jawatankuasa antara agama, saya mengharapkan agar para ulama bersama-sama menyumbang idea dan pemikiran membantah penubuhan jawatankuasa tersebut. Akan tetapi pada masa yang sama kita disibukkan dengan boleh atau tidak meminum atau menyapu air ludah ustaz yang tidak pasti sama ada ia berlaku atau tidak. Secara prinsipnya, saya tidak menghalang aduan tersebut, namun ketika masyarakat Islam menghadapi tuntutan yang pelbagai yang dikhuatiri merendahkan martabat Islam, kita disibukkan dengan isu-isu yang bukannya tidak penting, akan tetapi ada lagi perkara yang lebih penting dari itu.

Begitu juga kita masih tertinggal di belakang terutama dalam menguasai segala jenis ilmu pengetahuan sains dan teknologi. Akhirnya disebabkan kejahilan kita dan kelemahan para ulama dan umara, maka Islam terus menerus lemah dan ketinggalan sehinggakan ruang yang diberikan Allah Taala dalam bidang fiqh seperti ijtihad dan hukum, terus beku serta hilangnya kedinamikan syariat Islam yang sebenarnya boleh melumpuhkan penyebaran Islam itu sendiri, seperti yang berlaku pada dunia Islam hari ini.

Dilihat dalam soal beribadah, masyarakat lebih menumpukan kepada ibadat sunat dari ibadat fardu. Manakala jka dilihat dari sudut berhubung dengan nilai-nilai kemasyarakatan pula, aspek fiqh keutamaan ini tidak mendapat tempat di hati masyarakat. Masyarakat kita lebih mementingkan ibadat fardu yang bersifat nafsi-nafsi semata-mata lantas meminggirkan konsep ibadat yang lebih global di luar ruang lingkup diri. Ibadat fardu yang berasaskan prinsip jemaah seperti hak-hak jiran, kemanusiaan dan kenegaraan yang masih terabai. Kumpulan diutamakan dari ummah, furu' diutamakan dari usul.

Melakukan perbandingan kepelbagaian konsep Masalih atau Manafi' di mana hakikat Masalih itu ada tingkatannya tersendiri yang meliputi konsep daruriyyat, hajiat dan tahsiniyyat. Melakukan perbandingan kepelbagaian konsep Mafasid atau Darar di mana hakikat Mafasid itu juga menyentuh tingkatannya yang meliputi konsep daruriyyat, hajiat dan tahsiniyyat. Melakukan perbandingan antara kepelbagaian Masalih dan Mafasid di mana keputusan yang diambil mengikut kadar yang lebih banyak dan majoriti kerana kadar majoriti boleh menentukan hukum bagi keseluruhan bahagian.

Justeru itu, suatu yang kurang penting tidak wajib dipentingkan. Apa yang wajar didahulukan hendaklah diketengahkan, suatu yang wajar dikemudiankan hendaklah dikemudiankan, perkara yang kecil tidak patut dibesar-besarkan, sementara perkara yang penting tidak wajar dipermudah-mudahkan. Dengan lain perkataan tiap-tiap suatu hendaklah diletakkan pada tempatnya secara berimbangan. Allah SWT. berfirman yang bermaksud:

“Dan Allah telah meninggikan langit dan meletakkan neraca keadilan, supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu, dan tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu. (Surah al-Rahman: 7-9)”

Usah Biarkan Media Merosakkan Mentaliti Kita

Sunday, April 18, 2010

Semalam seorang rakan aku telah mengirim komen di Facebook mengenai iklan di Malaysia yang berunsur lucah. Walaupun perkara ini bukanlah suatu masalah yang baru berlaku di negara kita, isu ini seolah – olah dianggap sebagai isu terpencil oleh segelintir masyarakat kita. Lebih mendukacitakan, tiada tindakan daripada pihak berwajib mengenai masalah ini. Apakah perlu bagi setiap permasalahan yang timbul di Negara kita ini memerlukan teguran daripada rakyat dahulu sebelum apa – apa tindakan boleh diambil oleh pihak berwajib??Apakah pihak berwajib tidak mampu untuk berfikir yang mana intan dan yang mana kaca??

Seharusnya perkara ini tidak timbul kerana setiap perbuatan ataupun perkara yang dilakukan oleh kita seharusnya mencerminkan nilai – nilai keagamaan ataupun bangsa kita yang terkenal dengan budi pekerti yang baik. Namun begitu, apa yang berlaku hari ini telah memberi suatu gambaran kepada kita akan kesempitan pemikiran masyarakat Malaysia. Masyarakat Malaysia yang terlalu mengejar arus pemodenan barat hanyalah sekadar mampu memajukan diri sendiri dari segi fizikalnya sahaja sedangkan kemajuan mental masih ditakuk yang lama. Malahan tidak salah jika dikatakan bahawasanya nenek – moyang kita mempunyai mentaliti yang lebih tinggi berbanding dengan masyarakat kita hari ini.

Janganlah kita marah jika terdapat segelintir pihak yang melabel ataupun mengelaskan kita sebagai masyarakat yang mempunyai metaliti kelas ketiga sahaja kerana semuanya adalah berpunca daripada diri kita sendiri. Lihat sahajalah di Malaysia ini, bukan sahaja iklan – iklan mengandungi unsur –unsur lucah malahan kebanyakkan program – program di televisyen juga turut memaparkan tayangan yang berunsur seks, gossip dan juga misteri yang tidak memberi apa – apa faedah kepada masyarakat. Malahan kalau dilihat kepada majalah – majalah yang berada dipasaran sekarang juga lebih memfokuskan kepada cerita – cerita yang mengandungi unsur –unsur seks, gossip serta misteri semata – mata.

Lebih merisaukan lagi, akhbar – akhbar tempatan yang seharusnya menjadi tunjang dalam melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan juga tidak terlepas daripada menyiarkan cerita – cerita yang bersifat hiburan dan gossip semata – mata. Mungkin pada masa akan datang, ibu bapa bukan sahaja perlu mengawasi anak –anak dalam menonton rancangan televisyen, malahan mereka juga perlu mengawasi anak – anak mereka yang membaca akhbar tempatan agar tidak terpengaruh dengan unsur – unsur tidak baik yang terdapat di dalam akhbar tempatan. Bagaimana kita hendak melahirkan modal insan yang tinggi dalam masyarakat sekiranya permasalahan seperti ini dibiarkan terus berleluasa??

Masyarakat perlu sedar, untuk membangunkan modal insan memerlukan kepada ilmu pengetahuan yang luas, budi pekerti yang mulia, hemah yang tinggi, berjiwa besar, cintakan Negara dan mempunyai kekuatan jasmani dan kekuatan rohani. Semua ini tidak akan mampu dicapai sekiranya kita masih membiarkan pemikiran kita dipengaruhi oleh golongan tidak bertanggungjawab yang hanya memikirkan soal keuntungan walaupun terpaksa merosakkan anak bangsa sendiri. Masyarakat Malaysia harus bangkit dan sedar akan permasalahan yang berlaku dalam media kita hari ini. Kita jangan terlalu mengambil mudah dalam setiap perkara. Kawalan perlu dilakukan terhadap golongan remaja agar tidak terpengaruh dengan unsur – unsur negatif yang dipaprkan terhadap masyarakat tanpa ada sebarang sekatan. Pihak bertanggungjawab pula perlu peka dengan situasi semasa agar permasalahan seperti ini tidak berlaku yang akhirnya membawa kerosakkan terhadap bangsa sendiri. Wallahua’lam

Psikologi Islam – Pemikiran Ada 5 Sasaran

Wednesday, April 14, 2010

Wahai diri,

Sesungguhnya pemikiran itu ada 5 sasaran :

1. Berfikir tentang Bukti – bukti Kebesaran Allah S.W.T, hal ini dapat menimbulkan Tauhid dan Yaqin.

2. Berfikir tentangAnugerah – anugerah Allah S.W.T, hal ini dapat menumbuhkan Mahabbah dan Syukur.

3. Berfikir tentang Janji – janji Allah S.W.T, ia menumbuhkan kecintaan Hari Akhirat.

4. Berfikir tentang Ancaman Allah S.W.T, ia menimbulkan Rasa Gentar Bermaksiat.

5. Berfikir tentang Kekurangan Diri Sendiri Dalam Mengabdikan diri kepada Allah S.W.T, sedangkan terlalu banyak Allah telah memberi kebaikan kepadanya. Ini akan membuahkan Rasa Malu Terhadap Allah S.W.T.

Semoga engkau dapat memperbanyakkan fikiran seperti ini. Dan semoga masa yang masih tersisa tidaklah dibazirkan dengan memikir perkara yang tidak menguntungkan.

Sumber: Oleh Jom Faham berdasarkan rujukan Drs. H. Aliy As'ad. Nasha'ihul 'Ibad, Menara Kudus.

Mengapa Sifat Perikemanusian Semakin Menghilang??

Monday, April 12, 2010

‘Tidurkan’ Bayi Dalam Tong Sampah

12/04/2010

KUALA LUMPUR: Lagi kes pembuangan bayi berlaku, terbaru dengan penemuan mayat bayi lelaki dibungkus dengan surat khabar dan masih bertali pusat dipercayai baru dilahirkan di dalam tong sampah di Kampung Tanjung dekat Sungai Choh, Hulu Selangor, pagi semalam. Mayat bayi itu ditemui Mohd Kamil Enoh, 44, pekerja Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) ketika memulakan kerja hariannya di kawasan berkenaan, kira-kira jam 8 pagi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi, berkata mengikut keterangan pekerja MDPH itu, ketika mengangkat tong sampah ke dalam lori, satu plastik yang didalamnya dibalut dengan surat khabar jatuh berhampiran kakinya.

“Pekerja itu mengangkat bungkusan berkenaan yang disangkanya sampah, sebelum terkejut melihat sebelah kaki bayi yang terjuntai daripada balutan surat khabar dan membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Norel berkata, susulan maklumat diterima, pihaknya menghantar sepasukan anggota polis, termasuk unit forensik ke tempat kejadian dan mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baru (HKKB) untuk bedah siasat.

Katanya, hasil pemeriksaan pihak hospital mendapati bayi itu berkemungkinan dilahirkan ketika berusia lapan bulan berdasarkan keadaannya yang cukup sifat.
“Polis tidak menolak kemungkinan suspek meletakkan bayi yang tidak berdosa itu dalam longgokan sampah lewat malam tadi (kelmarin) bagi mengelak dikesan penduduk di sekitar berdekatan.

“Polis percaya, bayi itu meninggal ketika proses kelahiran dan gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan,” katanya mengesahkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran menyebabkan kematian.

Sementara itu, Mohd Kamil berkata mulanya beliau cemas melihat bungkusan berkenaan, namun memberanikan diri untuk membukanya.

"Mulanya saya nampak kaki bayi pada bahagian hujung bungkusan. Selepas dibuka keseluruhan pembalut itu, saya sebak dan menggigil. Bayi itu masih bertali pusat dibuang bersama urinya,” katanya ketika ditemui di kawasan itu.

Beliau kemudian meminta bantuan peniaga gerai nasi ayam bersebelahan tempat kejadian untuk menghubungi polis. –
Berita Harian

Ulasan Sedikit:

Sedih dan pilu rasa hati bila melihat gambar bayi ini semasa membeli surat khabar Berita Harian pagi tadi. Lidah yang biasa petah dalam memberi komen – komen terhadap berita di Malaysia ini menjadi kelu seketika. Sukar untuk menerima walaupun perkara ini bukanlah suatu yang baru berlaku di Negara ini. Tapi yang pasti, timbul suatu perasaan yang luar biasa dalam diri bila mana melihat gambar yang begitu menyayat hati.

Pelik dan hairan melihat tingkah laku manusia yang semakin hari semakin hilang sifat – sifat kemanusiaannya. Apakah tidak timbul sedikit pun perasaan belas kasihan dan kasih sayang terhadap bayi ini? Kemanakah hilangnya sifat – sifat perikemanusiaan dalam diri? Berapa ramai lagi bayi dan kanak –kanak yang harus menjadi mangsa kekejaman manusia yang bertopengkan syaitan ini?

Kalau diikutkan pada kemarahan diri ini, maka percayalah tidak habis untuk diperkatakan dalam ruangan blog ini. Cuma dikesempatan ini, marilah kita sama – sama mengambil ikhtibar agar kita tidak sama – sama terjerumus ke dalam kancah dosa ini. Cuba Tanya kepada diri kita sendiri, apakah penyebab utamanya berlaku perkara – perkara seperti ini dalam masyarakat kita hari ini?

Mungkin pelbagai alasan boleh diberikan bagi menjawab persoalan ini. Namun begitu, apa yang pasti adalah kebanyakkan masyarakat Islam khususnya orang Melayu pada hari ini sudah semakin jauh dengan Pencipta mereka. Mereka sudah mula tidak mengenali Tuhan mereka yang mencipta alam semesta ini dan sekalian mahluknya.

Semakin jauh manusia dengan Penciptanya, maka semakin terpesonglah kehidupan dan jalan yang dilaluinya. Dosa dan pahala tidak lagi menjadi persoalan dalam kehidupan seharian. Nikmat yang diberikan oleh Allah tidak lagi dijaga dan digunakan dengan sebaik – baiknya. Yang di patuhi hanyalah godaan nafsu dan tipu daya syaitan semata – mata. Wallahua’lam.

Pelik juga bila tengok gambar - gambar bayi yang comel macam ini pun masih ada orang sanggup bunuh lagi, entahla....1000x fikir pun rasa macam x logik

Apabila Nafsu Menjadi Raja

Friday, April 9, 2010

Apabila NAFSU menjadi RAJA,

ALLAH S.W.T tidak dikenali, NABI MUHAMMAD S.A.W tidak dikasihi.

Apabila NAFSU menjadi RAJA,

AGAMA ditinggalkan, KESERONOKKAN dicari.

Apabila NAFSU menjadi RAJA,

AL – QURAN bukan panduan, SUNNAH bukan ikutan.

Apabila NAFSU menjadi RAJA,

SYAITAN menjadi teladan, kejahatan menjadi kebaikan.

Apabila NAFSU menjadi RAJA,

ULAMA diketepikan, kebaikan menjadi kejahatan.

Inilah manusia apabila dikuasai oleh NAFSU,

DOSA dan PAHALA tidak akan diendahakan,

HIDUP dan MATI bukan kerana ALLAH S.W.T,

Yang dicari hanyalah Keseronokkan DUNIA yangSEMENTARA,

Sedangkan AKHIRAT yang ABADI diabaikan….

Harap – harap Ini Bukan Agenda Politik

Tuesday, April 6, 2010

Lebih banyak jururawat berijazah di hospital swasta

04/04/2010 11:13am

PUTRAJAYA 4 April - Perkhidmatan perubatan di Malaysia sedang mengalami satu perubahan dengan perkhidmatan yang lebih baik terutama di wad-wad klinikal berikutan lebih banyak jururawat berijazah diambil untuk berkhidmat di tempat-tempat itu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kementerian itu sedang bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi bagi melahirkan kira-kira 2,000 jururawat berijazah setahun melalui Ijazah Sarjana Muda Sains Kejururawatan dari universiti awam dan swasta.

"Di peringkat kementerian, kami mampu melatih 8,000 orang di kolej dan sekolah-sekolah kejururawatan tetapi sekolah dan kolej ini tidak menawarkan kursus peringkat ijazah. Oleh itu, pada masa ini, kami sedang bekerjasama dengan universiti awam dan swasta untuk melatih lebih ramai jururawat.

"Dengan ini, kami berharap lebih ramai jururawat berijazah dapat dilahirkan dalam usaha kami untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan, terutama di bidang klinikal,” katanya.

Liow berkata, dengan adanya lebih ramai jururawat berijazah, ia membolehkan kementerian untuk meletakkan mereka di wad-wad klinikal.

"Sekarang kami mahu jururawat klinikal, berkhidmat di wad-wad klinikal, bagi mempertingkatkan perkhidmatan.

“Untuk melakukannya, kami juga sedang dalam proses untuk melaraskan gred bagi jururawat yang ada di bawah Kementerian Kesihatan agar setanding dengan jururawat berijazah yang baru menyertai perkhidmatan di bawah skala gaji U41,” katanya. – Bernama

Ulasan Sedikit:

Sebenarnya isu ini bukanlah kali pertama ditayangkan didalam keratan akhbar. Rasa-rasanya, tahun sebelum-belum ini pun sudah ada cerita yang seperti ini dalam keratan akhbar. Namun kalau dilihat daripada apa yang diperkatakan didalam keratan akhbar ini, seharusnya kami sebagai pelajar – pelajar jurusan kejururawatan (ijazah khususnya) sudah boleh menarik nafas lega. Cuma, daripada pengalaman – pengalaman senior aku sebelum ini, tidak menunjukan apa yang di ceritakan di dalam akhbar itu adalah suatu perkara yang benar.

Apa yang menjadi persoalan di sini adalah isu ini kelihatan seolah – olah seperti satu agenda politik dalam bidang kesihatan. Kalau dilihat daripada tajuk akhbar berkenaan, timbul dua persoalan dalam fikiran aku, (1)apakah pihak swasta yang lebih mengutamakan soal keuntungan akan mengeluarkan modal yang lebih banyak semata –mata untuk mengambil pelajar lepasan ijazah bekerja di tempat mereka sedangkan mereaka mempunyai peluang untuk mengambil pelajar lepasan diploma yang boleh dibayar dengan kadar yang lebih murah. (2)Mengapa pula usaha yang sedemikian tidak dilaksanakan terhadap hospital milik kerajaan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan untuk rakyat agar selaras dengan Gagasan 1 Malaysia yang dicanangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang mana rakyat didahulukan dan pencapaian di utamakan??

Harapan aku agar isu ini bukanlah salah satu daripada agenda politik di Malaysia semata - mata. Perkara yang perlu diberi keutamaan di sini adalah peluang pekerjaan yang ditawarkan adalah selaras dengan jumlah bilangan jururawat yang hendak dihasilkan agar jangan pula selepas ini timbul isu baru yang menghubung – kaitkan bidang kejururawatan dengan masalah penganggur di Malaysia. Wallahua’lam.

Apa Perbezaan Manusia Dengan Monyet??

Monday, April 5, 2010

Post kali Ini bukanlah berkenaan “TEORI REVOLUTION DARWIN” yang “SESAT” atau pun yang seangkatan dengannya. Cuma post kali ini hendak mengajak agar kita sama – sama merenungkan apakah perbezaan antara manusia dengan monyet. Kalau ditanyalah bezanya manusia dengan monyet pada masa sekarang ini,maka jawapan yang boleh diberikan adalah monyet pun sayangkan anaknya, tapi manusia lebih teruk daripada binatang kerana sanggup membunuh kanak – kanak atau membuang bayi –bayi yang tidak berdosa (lihat sahaja diakhbar kita berita penderaan kanak – kanak dan pembuangan bayi yang semakin menjadi – jadi). Inilah gamaknya umat di akhir zaman bila mana agama ditinggalkan dan hiburan dijadikan matlamat utama dalam kehidupan.

Seharusnya kita malu dengan Allah S.W.T yang telah menciptakan kita di dunia ini dengan sebaik –baik ciptaan. Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam Surah Al Israa’

”Dan sungguh, Kami telah memuliakan anak cucu Adam, dan Kami angkut mereka di darat dan di laut, dan Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka di atas banyak makhluk yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna”. [ Al-Isra': 70]

Malangnya,masih ramai dikalangan kita yang selalu melupakan akan nikmat yang diberi oleh Allah S.W.T menyebabkan kelakuan kita kadang – kadang lebih teruk daripada binatang. Seharusnya kita menjaga tingkah laku dan perbuatan kita dengan sebaik mungkin kerana Allah S.W.T pasti akan mempersoalkan di akhirat kelak. Firman Allah S.W.T dalam Al – Quran

“Maka barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah, niscaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah, niscaya dia akan melihat (balasan) nya“. [Al-Zalzalah: 7-8]

Justeru, marilah sama – sama menginsafi diri kita yang serba kekurangan ini. Kemulian manusia hanyalah terletak kepada AKAL yang berpandukan kepada KEIMANAN terhadap Allah S.W.T. Wallahua’lam.

Peristiwa 11 September – Kebetulan atau Dirancang???

Saturday, April 3, 2010

Macam – macam teori dan konspirasi yang selalu kita dengar mengenai peristiwa ini. Kadang –kadang sukar untuk kita mempercayai ape yang sebenarnya berlaku. Tapi itulah realiti yang perlu kita hadam disebalik peristiwa yang penuh dengan PENIPUAN oleh PIHAK –PIHAK BARAT dan YAHUDI dalam menjayakan rancangan dan usaha mereka menindas umat Islam.

Di sini aku bukan hendak mencipta teori baru berkenaan peristiwa tersebut cuma hendak berkongsi informasi dan maklumat yang di perolehi daripada saudara seagama kita. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mengikut arahan di bawah ini:

1. Buka Microsoft Word.

2. Taipkan dalam huruf besar, Q33 NY...

(Q33 NY ni adalah nombor pesawat yang melanggar WTC pada 11 September)

3. Tukar saiz font itu kepada saiz 48 atau lebih besar lagi.

4. Highlightkan Q33 NY dan kemudian tukar kepada font WINGDINGS. Apa yang anda nampak?

Ya,apa yang akan anda nampak adalah seperti rajah dibawah ini. Sesungguhnya benda ni dah lama wujud tanpa sesiapa yang menjangkakannya. Kelihatan gambar sebuah Kapal Terbang melanggar WTC (menara berkembar tu) kemudian ada lambang tengkorak dan lambang Yahudi .

Q33 NY = Q33NY

ADAKAH INI CUMA SUATU KEBETULAN ATAU SESUATU YANG DIRANCANG??? APA SAHAJA PANDANGAN ANDA FIKIR –FIKIRKANLAH.

Wallahua’lam

P/s: Kalau nak faham lebih banyak mengenai KONSPIRASI mengenai YAHUDI ini boleh download video di youtube yang bertajuk "The Arrival" dan "Phase 3" (oleh Noeraga). Dalam video ini akan menerangkan bermacam - macam teori berkenaan Bangsa Yahudi ini (Freemanson, Illuminati & banyak lagi...) agar kita lebih memahami musuh yang sedang kita hadapi di zaman ini.

12 Kelompok Umat Di Padang Mahsyar

Friday, April 2, 2010

Diriwayatkan pada suatu hari, Mu’adz bin jabal bertanya Rasulullah S.A.W mengenai maksud firman Allah S.W.T dalam surah An – Naba’ ayat 18, yang bermaksud:

“(Yaitu) pada hari (ketika) sangkakala ditiup, lalu kamu datang berbondong – bondong.” [An – Naba: 18]

Mendengar sahaja soalan itu, lantas Baginda S.A.W menangis dan bersabda:

“ Wahai Mu’adz, sesungguhnya engkau bertanyakan sesuatu perkara yang sangat besar. Ada 12 macam umatku nanti yang akan dihalau ke Padang Mahsyar. Mereka itu semuanya Allah tukarkan, tidak seperti mereka hidup didunia.”

Golongan yang dimaksudkan itu adalah:

1. Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki. Mereka adalah orang yang ketika di dunia suka mengganggu jiran tetangga.

2. Dibangkitkan dalam keadaan menyerupai babi. Mereka adalah golongan yang malas dan lalai dalam solatnya.

3. Dibangkitkan dalam keadaan perut membesar dengan di dalamnya penuh dengan ular dan kala jengking kerana di dunia mereka tidak membayar zakat.

4. Dibangkitkan dalam keadaan mulutnya mengalir darah kerana ketika berniaga , mereka suka menipu.

5. Dibangkitkan dalam keadaan lebih buruk dan busuk daripada bangkai kerana ketika di dunia, mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana takut dilihat orang , tetapi tidak takut kepada Allah S.W.T.

6. Dibangkitkan dalam keadaan leher terputus kerana ketika di dunia selalu memberi kesaksian palsu.

7. Dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah kerana selalu berdusta ketika di dunia.

8. Dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan kepala terssungkur, sedangkan kedua – dua kakinya di atas kepala dan farajnya mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air kerana ketika hidup, golongan ini suka berzina dan mati sebelum sempat bertaubat.

9. Dibangkitkan dalam keadaan wajah yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya di penuhi api kerana ketika di dunia, mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim.

10. Dibangkitkan dalam keadaan sopak dan kusta kerana ketika hidup di dunia dia menderhaka kepada orang tua.

11. Dibangkitkan dalam keadaan buta hati, giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai ke dada, lidahnya sampai keperut manakala perutnya pula menjulur sehingga ke paha dengan perutnya penuh kekotoran kerana ketika hidupnya, mereka gemar meminum arak.

12. Mereka yang dibangkitkan daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama dan melepasi sirat’ (titian Mustaqim) seperti kilat kerana golongan itu ketika hidupnya rajin beramal soleh, meninggalkan maksiat dan menjaga solat lima waktunya dengan berjemaah.

Wallahua'lam
Peringatan Untuk Diri Sendiri & Peringatan Untuk Semua. Moga - moga Allah S.W.T Merahmati Dan Memberkati Kita Semua Agar Tidak Tergolong Bersama - sama Golongan Yang Zalim...

Sunday, April 25, 2010

Tak Utama Lebih Penting

Posted by pSp at 11:55 AM 4 comments Links to this post

Continue Reading

Sunday, April 18, 2010

Usah Biarkan Media Merosakkan Mentaliti Kita

Posted by pSp at 11:46 AM 3 comments Links to this post

Posted by pSp at 8:30 AM 1 comments Links to this post

Wahai diri,

Sesungguhnya pemikiran itu ada 5 sasaran :

1. Berfikir tentang Bukti – bukti Kebesaran Allah S.W.T, hal ini dapat menimbulkan Tauhid dan Yaqin.

2. Berfikir tentangAnugerah – anugerah Allah S.W.T, hal ini dapat menumbuhkan Mahabbah dan Syukur.

3. Berfikir tentang Janji – janji Allah S.W.T, ia menumbuhkan kecintaan Hari Akhirat.

4. Berfikir tentang Ancaman Allah S.W.T, ia menimbulkan Rasa Gentar Bermaksiat.

5. Berfikir tentang Kekurangan Diri Sendiri Dalam Mengabdikan diri kepada Allah S.W.T, sedangkan terlalu banyak Allah telah memberi kebaikan kepadanya. Ini akan membuahkan Rasa Malu Terhadap Allah S.W.T.

Semoga engkau dapat memperbanyakkan fikiran seperti ini. Dan semoga masa yang masih tersisa tidaklah dibazirkan dengan memikir perkara yang tidak menguntungkan.

Sumber: Oleh Jom Faham berdasarkan rujukan Drs. H. Aliy As'ad. Nasha'ihul 'Ibad, Menara Kudus.

Continue Reading

Monday, April 12, 2010

Mengapa Sifat Perikemanusian Semakin Menghilang??

Posted by pSp at 10:07 PM 1 comments Links to this post

‘Tidurkan’ Bayi Dalam Tong Sampah

12/04/2010

KUALA LUMPUR: Lagi kes pembuangan bayi berlaku, terbaru dengan penemuan mayat bayi lelaki dibungkus dengan surat khabar dan masih bertali pusat dipercayai baru dilahirkan di dalam tong sampah di Kampung Tanjung dekat Sungai Choh, Hulu Selangor, pagi semalam. Mayat bayi itu ditemui Mohd Kamil Enoh, 44, pekerja Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) ketika memulakan kerja hariannya di kawasan berkenaan, kira-kira jam 8 pagi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi, berkata mengikut keterangan pekerja MDPH itu, ketika mengangkat tong sampah ke dalam lori, satu plastik yang didalamnya dibalut dengan surat khabar jatuh berhampiran kakinya.

“Pekerja itu mengangkat bungkusan berkenaan yang disangkanya sampah, sebelum terkejut melihat sebelah kaki bayi yang terjuntai daripada balutan surat khabar dan membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Norel berkata, susulan maklumat diterima, pihaknya menghantar sepasukan anggota polis, termasuk unit forensik ke tempat kejadian dan mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baru (HKKB) untuk bedah siasat.

Katanya, hasil pemeriksaan pihak hospital mendapati bayi itu berkemungkinan dilahirkan ketika berusia lapan bulan berdasarkan keadaannya yang cukup sifat.
“Polis tidak menolak kemungkinan suspek meletakkan bayi yang tidak berdosa itu dalam longgokan sampah lewat malam tadi (kelmarin) bagi mengelak dikesan penduduk di sekitar berdekatan.

“Polis percaya, bayi itu meninggal ketika proses kelahiran dan gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan,” katanya mengesahkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran menyebabkan kematian.

Sementara itu, Mohd Kamil berkata mulanya beliau cemas melihat bungkusan berkenaan, namun memberanikan diri untuk membukanya.

"Mulanya saya nampak kaki bayi pada bahagian hujung bungkusan. Selepas dibuka keseluruhan pembalut itu, saya sebak dan menggigil. Bayi itu masih bertali pusat dibuang bersama urinya,” katanya ketika ditemui di kawasan itu.

Beliau kemudian meminta bantuan peniaga gerai nasi ayam bersebelahan tempat kejadian untuk menghubungi polis. –
Berita Harian

Ulasan Sedikit:

Sedih dan pilu rasa hati bila melihat gambar bayi ini semasa membeli surat khabar Berita Harian pagi tadi. Lidah yang biasa petah dalam memberi komen – komen terhadap berita di Malaysia ini menjadi kelu seketika. Sukar untuk menerima walaupun perkara ini bukanlah suatu yang baru berlaku di Negara ini. Tapi yang pasti, timbul suatu perasaan yang luar biasa dalam diri bila mana melihat gambar yang begitu menyayat hati.

Pelik dan hairan melihat tingkah laku manusia yang semakin hari semakin hilang sifat – sifat kemanusiaannya. Apakah tidak timbul sedikit pun perasaan belas kasihan dan kasih sayang terhadap bayi ini? Kemanakah hilangnya sifat – sifat perikemanusiaan dalam diri? Berapa ramai lagi bayi dan kanak –kanak yang harus menjadi mangsa kekejaman manusia yang bertopengkan syaitan ini?

Kalau diikutkan pada kemarahan diri ini, maka percayalah tidak habis untuk diperkatakan dalam ruangan blog ini. Cuma dikesempatan ini, marilah kita sama – sama mengambil ikhtibar agar kita tidak sama – sama terjerumus ke dalam kancah dosa ini. Cuba Tanya kepada diri kita sendiri, apakah penyebab utamanya berlaku perkara – perkara seperti ini dalam masyarakat kita hari ini?

Mungkin pelbagai alasan boleh diberikan bagi menjawab persoalan ini. Namun begitu, apa yang pasti adalah kebanyakkan masyarakat Islam khususnya orang Melayu pada hari ini sudah semakin jauh dengan Pencipta mereka. Mereka sudah mula tidak mengenali Tuhan mereka yang mencipta alam semesta ini dan sekalian mahluknya.

Semakin jauh manusia dengan Penciptanya, maka semakin terpesonglah kehidupan dan jalan yang dilaluinya. Dosa dan pahala tidak lagi menjadi persoalan dalam kehidupan seharian. Nikmat yang diberikan oleh Allah tidak lagi dijaga dan digunakan dengan sebaik – baiknya. Yang di patuhi hanyalah godaan nafsu dan tipu daya syaitan semata – mata. Wallahua’lam.

Pelik juga bila tengok gambar - gambar bayi yang comel macam ini pun masih ada orang sanggup bunuh lagi, entahla....1000x fikir pun rasa macam x logik
Continue Reading

Friday, April 9, 2010

Apabila Nafsu Menjadi Raja

Posted by pSp at 11:16 PM 1 comments Links to this post

Apabila NAFSU menjadi RAJA,

ALLAH S.W.T tidak dikenali, NABI MUHAMMAD S.A.W tidak dikasihi.

Apabila NAFSU menjadi RAJA,

AGAMA ditinggalkan, KESERONOKKAN dicari.

Apabila NAFSU menjadi RAJA,

AL – QURAN bukan panduan, SUNNAH bukan ikutan.

Apabila NAFSU menjadi RAJA,

SYAITAN menjadi teladan, kejahatan menjadi kebaikan.

Apabila NAFSU menjadi RAJA,

ULAMA diketepikan, kebaikan menjadi kejahatan.

Inilah manusia apabila dikuasai oleh NAFSU,

DOSA dan PAHALA tidak akan diendahakan,

HIDUP dan MATI bukan kerana ALLAH S.W.T,

Yang dicari hanyalah Keseronokkan DUNIA yangSEMENTARA,

Sedangkan AKHIRAT yang ABADI diabaikan….

Continue Reading

Tuesday, April 6, 2010

Harap – harap Ini Bukan Agenda Politik

Posted by pSp at 8:00 AM 2 comments Links to this post

Lebih banyak jururawat berijazah di hospital swasta

04/04/2010 11:13am

PUTRAJAYA 4 April - Perkhidmatan perubatan di Malaysia sedang mengalami satu perubahan dengan perkhidmatan yang lebih baik terutama di wad-wad klinikal berikutan lebih banyak jururawat berijazah diambil untuk berkhidmat di tempat-tempat itu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kementerian itu sedang bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi bagi melahirkan kira-kira 2,000 jururawat berijazah setahun melalui Ijazah Sarjana Muda Sains Kejururawatan dari universiti awam dan swasta.

"Di peringkat kementerian, kami mampu melatih 8,000 orang di kolej dan sekolah-sekolah kejururawatan tetapi sekolah dan kolej ini tidak menawarkan kursus peringkat ijazah. Oleh itu, pada masa ini, kami sedang bekerjasama dengan universiti awam dan swasta untuk melatih lebih ramai jururawat.

"Dengan ini, kami berharap lebih ramai jururawat berijazah dapat dilahirkan dalam usaha kami untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan, terutama di bidang klinikal,” katanya.

Liow berkata, dengan adanya lebih ramai jururawat berijazah, ia membolehkan kementerian untuk meletakkan mereka di wad-wad klinikal.

"Sekarang kami mahu jururawat klinikal, berkhidmat di wad-wad klinikal, bagi mempertingkatkan perkhidmatan.

“Untuk melakukannya, kami juga sedang dalam proses untuk melaraskan gred bagi jururawat yang ada di bawah Kementerian Kesihatan agar setanding dengan jururawat berijazah yang baru menyertai perkhidmatan di bawah skala gaji U41,” katanya. – Bernama

Ulasan Sedikit:

Sebenarnya isu ini bukanlah kali pertama ditayangkan didalam keratan akhbar. Rasa-rasanya, tahun sebelum-belum ini pun sudah ada cerita yang seperti ini dalam keratan akhbar. Namun kalau dilihat daripada apa yang diperkatakan didalam keratan akhbar ini, seharusnya kami sebagai pelajar – pelajar jurusan kejururawatan (ijazah khususnya) sudah boleh menarik nafas lega. Cuma, daripada pengalaman – pengalaman senior aku sebelum ini, tidak menunjukan apa yang di ceritakan di dalam akhbar itu adalah suatu perkara yang benar.

Apa yang menjadi persoalan di sini adalah isu ini kelihatan seolah – olah seperti satu agenda politik dalam bidang kesihatan. Kalau dilihat daripada tajuk akhbar berkenaan, timbul dua persoalan dalam fikiran aku, (1)apakah pihak swasta yang lebih mengutamakan soal keuntungan akan mengeluarkan modal yang lebih banyak semata –mata untuk mengambil pelajar lepasan ijazah bekerja di tempat mereka sedangkan mereaka mempunyai peluang untuk mengambil pelajar lepasan diploma yang boleh dibayar dengan kadar yang lebih murah. (2)Mengapa pula usaha yang sedemikian tidak dilaksanakan terhadap hospital milik kerajaan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan untuk rakyat agar selaras dengan Gagasan 1 Malaysia yang dicanangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang mana rakyat didahulukan dan pencapaian di utamakan??

Harapan aku agar isu ini bukanlah salah satu daripada agenda politik di Malaysia semata - mata. Perkara yang perlu diberi keutamaan di sini adalah peluang pekerjaan yang ditawarkan adalah selaras dengan jumlah bilangan jururawat yang hendak dihasilkan agar jangan pula selepas ini timbul isu baru yang menghubung – kaitkan bidang kejururawatan dengan masalah penganggur di Malaysia. Wallahua’lam.

Continue Reading

Monday, April 5, 2010

Apa Perbezaan Manusia Dengan Monyet??

Posted by pSp at 7:37 AM 3 comments Links to this post

Post kali Ini bukanlah berkenaan “TEORI REVOLUTION DARWIN” yang “SESAT” atau pun yang seangkatan dengannya. Cuma post kali ini hendak mengajak agar kita sama – sama merenungkan apakah perbezaan antara manusia dengan monyet. Kalau ditanyalah bezanya manusia dengan monyet pada masa sekarang ini,maka jawapan yang boleh diberikan adalah monyet pun sayangkan anaknya, tapi manusia lebih teruk daripada binatang kerana sanggup membunuh kanak – kanak atau membuang bayi –bayi yang tidak berdosa (lihat sahaja diakhbar kita berita penderaan kanak – kanak dan pembuangan bayi yang semakin menjadi – jadi). Inilah gamaknya umat di akhir zaman bila mana agama ditinggalkan dan hiburan dijadikan matlamat utama dalam kehidupan.

Seharusnya kita malu dengan Allah S.W.T yang telah menciptakan kita di dunia ini dengan sebaik –baik ciptaan. Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam Surah Al Israa’

”Dan sungguh, Kami telah memuliakan anak cucu Adam, dan Kami angkut mereka di darat dan di laut, dan Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka di atas banyak makhluk yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna”. [ Al-Isra': 70]

Malangnya,masih ramai dikalangan kita yang selalu melupakan akan nikmat yang diberi oleh Allah S.W.T menyebabkan kelakuan kita kadang – kadang lebih teruk daripada binatang. Seharusnya kita menjaga tingkah laku dan perbuatan kita dengan sebaik mungkin kerana Allah S.W.T pasti akan mempersoalkan di akhirat kelak. Firman Allah S.W.T dalam Al – Quran

“Maka barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah, niscaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah, niscaya dia akan melihat (balasan) nya“. [Al-Zalzalah: 7-8]

Justeru, marilah sama – sama menginsafi diri kita yang serba kekurangan ini. Kemulian manusia hanyalah terletak kepada AKAL yang berpandukan kepada KEIMANAN terhadap Allah S.W.T. Wallahua’lam.

Continue Reading

Saturday, April 3, 2010

Peristiwa 11 September – Kebetulan atau Dirancang???

Posted by pSp at 3:19 PM 3 comments Links to this post

Macam – macam teori dan konspirasi yang selalu kita dengar mengenai peristiwa ini. Kadang –kadang sukar untuk kita mempercayai ape yang sebenarnya berlaku. Tapi itulah realiti yang perlu kita hadam disebalik peristiwa yang penuh dengan PENIPUAN oleh PIHAK –PIHAK BARAT dan YAHUDI dalam menjayakan rancangan dan usaha mereka menindas umat Islam.

Di sini aku bukan hendak mencipta teori baru berkenaan peristiwa tersebut cuma hendak berkongsi informasi dan maklumat yang di perolehi daripada saudara seagama kita. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mengikut arahan di bawah ini:

1. Buka Microsoft Word.

2. Taipkan dalam huruf besar, Q33 NY...

(Q33 NY ni adalah nombor pesawat yang melanggar WTC pada 11 September)

3. Tukar saiz font itu kepada saiz 48 atau lebih besar lagi.

4. Highlightkan Q33 NY dan kemudian tukar kepada font WINGDINGS. Apa yang anda nampak?

Ya,apa yang akan anda nampak adalah seperti rajah dibawah ini. Sesungguhnya benda ni dah lama wujud tanpa sesiapa yang menjangkakannya. Kelihatan gambar sebuah Kapal Terbang melanggar WTC (menara berkembar tu) kemudian ada lambang tengkorak dan lambang Yahudi .

Q33 NY = Q33NY

ADAKAH INI CUMA SUATU KEBETULAN ATAU SESUATU YANG DIRANCANG??? APA SAHAJA PANDANGAN ANDA FIKIR –FIKIRKANLAH.

Wallahua’lam

P/s: Kalau nak faham lebih banyak mengenai KONSPIRASI mengenai YAHUDI ini boleh download video di youtube yang bertajuk "The Arrival" dan "Phase 3" (oleh Noeraga). Dalam video ini akan menerangkan bermacam - macam teori berkenaan Bangsa Yahudi ini (Freemanson, Illuminati & banyak lagi...) agar kita lebih memahami musuh yang sedang kita hadapi di zaman ini.

Continue Reading

Friday, April 2, 2010

12 Kelompok Umat Di Padang Mahsyar

Posted by pSp at 8:54 AM 5 comments Links to this post