Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Isu MKN & Wahabi

Sunday, July 31, 2011

Aku bukan nak cerita apa itu wahabi & aku bukan nak cerita apa kerja MKN.

Cumanya marilah sama – sama berfikir secara waras & janganlah jadi seperti ahli politik yang mempolitikkan semua isu.

Bermacam – macam tuduhan sudah dilemparkan kepada Dr. Uthman El – Muhammady, bermacam –macam fitnah & tomahan diberikan kepada beliau.

Ke manakah perginya adab kita dengan ulama???

Ke manakah perginya adab kita dengan mereka yang lebih tua daripada kita???

Inilah realiti orang Melayu sekarang nie...

Inilah gambaran orang Melayu sekarang nie...

Inilah terjadi bila mana Islam ditinggalkan.

Inilah terjadi bila mana Islam dicari bukan pada ahlinya.

Akhirnya akhlak pun tergadai...bagaimana nak capai Ihsan kalau akhlak tidak pernah dijaga.

Pertama sekali kena faham, Dr. Uthman El – Muhmmady bila mana bercakap berkenaan isu ini adalah di dalam konteks tertutup bukan terbuka. Bila mana dalam kontek tertutup tidak timbul soal tuduh tapi lebih kepada perbincangan .Cumanya kemana perginya AMANAH orang yang menyebarkan isu ini???

Kedua, bagi aku tidak timbul soal Dr. Uthman El – Muhammady cuba mengampu kerajaan atau cuba membantu kerajaan untuk menutup isu – isu lain seperti isu Bersih 2.0. Sebabnya, beliau sedar perbincangan tersebut adalah secara tertutup dan bukan secara terbuka. Bila sesuatu isu itu adalah secara tertutup makan tidak timbul soal menutup isu lain kerana tidak ada liputan disitu. Maka adalah tidak wajar untuk menuduh beliau dengan pelbagai tomahan yang bersifat FITNAH semata – mata.

Ketiga, cubalah kita focus kepada individu yang bertanggungjawab menyebarkan & mendedahkan isu ini...Kenapa dan untuk apa pendedahan ini dilakukan? Pepatah Melayu ada mengatakan, siapa yang makan cili dia yang akan terasa pedasnya. Kalau apa yang Dr. Uthman El – Muhammady cakap adalah tidak benar, masakan individu terbabit perlu terasa seterusnya mendedahkan isu ini. Yang pasti kita boleh kata individu terbabit ada kaitan dengan isu Wahabi secara lansung atau tidak lansung dan disebabkan itulah mereka seperti cacing yang kepanasan bila mana isu ini ditimbulkan.

Keempat, masalah kebocoran dalam MKN ini bukan kali pertama. Sebelum ini pun memang pernah berlaku sewaktu taklimat keselamatan yang diberikan oleh Ust. Zamihan Al – Ghari. So, sape yang memainkan isu ini???

Ape yang pasti disini, wahabi bukanlah suatu isu yang remeh – temeh. Boleh dikatakan fahaman wahabi ini bukan sahaja sudah meresap dikalangan rakyat Malaysia dan sesetengah tokoh – tokoh agama Malaysia, malahan dikalangan pentadbiran dan ahli politik juga semakin ketara. Inilah contoh FITNAH akhir zaman yang berlaku apabila agama Islam ditinggalkan. Mudah – mudahan Allah S.W.T memberi perlindungan kepada kita serta membantu Ulama – ulama kita dalam membanteras fahaman ini. Wallahua’lam.

Noktah Bukan Bermakna Berhenti, Tapi Satu Permulaan

Mudahan – mudahan bulan puasa tahun ini memberi kekuatan untuk memulakan perjuangan yang telah lama berhenti.

Kehidupan yang semakin mencabar menjadi teman untuk memulakan ape yang telah ditinggalkan.

Alam pekerjaan + alam perkahwinan benar – benar mengajar erti kehidupan yang sebenar.

Mudah – mudahan Allah S.W.T memudahkan jari – jemari ini untuk terus menulis dalam memberi idea.

Dan tidak lupa kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa dan beribadat.

Sunday, July 31, 2011

Isu MKN & Wahabi

Posted by pSp at 8:51 AM 3 comments

Continue Reading

Noktah Bukan Bermakna Berhenti, Tapi Satu Permulaan

Posted by pSp at 8:08 AM 0 comments