Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Hayati Erti Pengorbanan

Saturday, November 28, 2009

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Seluruh umat manusia hampir mengelilingi kamu seperti mereka (yang kebuluran) mengelilingi hidangan makanan, lalu seorang sahabat bertanya: Adakah kerana bilangan kami pada waktu itu sedikit, wahai Rasulullah? Jawab Baginda: Tidak, bahkan bilangan kamu amat ramai tetapi kamu adalah laksana buih di lautan. Allah akan mencabut daripada hati seteru atau musuh kehebatan kamu dan menyematkan dalam hati kamu perasaan al wahn. Lantas sahabat bertanya lagi: Ya Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan al wahn itu? Ujar Baginda: Iaitu cintakan dunia dan takutkan mati." (Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Terasa sayu hati bila mana imam membacakan hadis Rasulullah S.A.W sewaktu menyampaikan khutbah hari raya pagi ini. Melihat keadaan umat Islam hari ini memang benarlah seperti kata-kata Rasulullah. Hari ini, di mana-mana kita boleh melihat bagaimana umat Islam ditindas dan dibunuh. Setiap hari dan setiap waktu kita boleh mendengar dan melihat pembunuhan yang berlaku ke atas saudara seIslam kita. Walaupun jumlah umat Islam begitu ramai, kita masih ditindas dan dibunuh oleh mereka yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya.

Hari ini, kita patut bersyukur kerana masih diberikan nikmat untuk hidup dan mampu untuk menyambut Hari Raya Qurban dalam suasana yang harmoni dan tenteram. Namun, dengan nikmat yang tidak terhingga daripada Allah ini kita tidak seharusnya melupakan kesengsaraan saudara seIslam kita yang lain. Jangan kita terlalu leka akan kebahagian dan keseronokan dunia yang kita alami kerana ia adalah sementara sahaja sedangkan kehidupan di akhirat nanti yang akan kita tempuh untuk selama-lamanya.

Peristiwa Nabi Allah Ibrahim dan Ismail bukan hanya perlu dilihat daripada sudut pensyariatan ibadah haji dan qurban semata-mata tetapi juga daripada sudut mendidik keimanan terhadap Allah tanpa berbelah baginya. Sesungguhnya, perjuangan agama itu tidak akan terlaksana tanpa perlunya ade pengorbanan yang disandarkan atas keimanan. Sesungguhnya, Allah telah menunjukan kepada kita betapa perlunya akan keimanan yang tinggi dalam memperjuangkan agama Allah. Lihatlah, bagaimana keimanan para sahabat Rasulullah telah membantu menegakan dan meletakan Agama Islam di mata dunia.

Jadikanlah peristiwa dan pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S sebagai kayu pengukur kepada keimanan kita terhadap Allah S.W.T. Tanyalah pada mata hati kita, apakah kita mampu berkorban sebagai mana pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Allah Ibrahim dan Ismail. Tanyalah pada mata hati kita, sejauh manakah kita mampu berkorban demi kerana Agama Allah. Mungkin selama ini, kita hanyalah berkorban demi memenuhi hawa nafsu kita. Mungkin selama ini, kita hanyalah berkorban demi mengejar keseronokan dan kemegahan duniawi sahaja.

Wallahua’lam.

Selamat Hari Raya Aidil Adha. Semoga pengorbanan Nabi Allah Ibrahim A.S & Nabia Allah Ismail A.S menjadi paduan dan penghayatan umat Islam dalam memperjuangkan agama Allah.

Kecelaruan…..

Wednesday, November 25, 2009

Akhir-akhir ini, bermacam-macam perkara timbul dan otak menjadi sangat-sangat serabut memikirkan permasalahan yang timbul…tak paham dan tak mengerti…

Nasihat kepada diri sendiri…

Cuba fikir, sejauh mana keimanan kita kalau hidup ini sentiasa digelumangi dengan dosa dan maksiat…kalau Para Sahabat Nabi dan Wali-wali Allah berusaha untuk menjauhkan diri mereka hatta daripada perkara-perkara syubhat tapi kita nak hindarkan diri daripada perkara-perkara yang membawa dosa pun susah…mungkin apa yang sahabat aku katakan itu benar…”Iman Senipis Kulit Bawang”…

Cuba fikir, sejauh mana akhlak kita kalau hidup ini dipenuhi dengan sifat-sifat keji…mungkin tidak terlalu exstream kalau kita katakan bahawa haiwan dan tumbuh-tumbuhan lebih mulia daripada kita kerana hidupnya makhluk ciptaan Allah S.W.T ini adalah dengan sentiasa memuji kepada Sang Pencipta sedangkan kita pula sibuk dengan perkara-perkara yang membawa kepada kemungkaran…

Cuba fikir, adakah tercalit pada diri kita walaupun sedikit sifat Taqwa jika kita tidak pernah berasa malu dan hina tatkala melakukan dosa dan maksiat…mungkin lidah kata lain tapi hati kata lain, sesungguhnya Allah lebih mengetahui setiap makhluk-makhluk ciptaan-Nya… “ikutlah resam padi, makin berisi makin tunduk”

Ingatlah, sessungguhnya Allah S.W.T melihat pada setiap makhluk-Nya akan Ketaqwaan mereka dan bukan pada kekuatan, kuasa, pangkat, kekayaan, ilmu dan pengaruh. Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kelalaian dan kesesatan tanpa perlindungan dan petunjuk daripada Allah S.W.T.

Keredhaan Allah yang dicari dan kemurkaan Allah yang dihindari…

Semoga aku diberi kekuatan untuk berubah kepada yang baik…

Wallahu’lam

Budaya Ilmu Kini – Jahil Dalam Disiplin Ilmu

Monday, October 19, 2009

Soalan yang perlu dijawab :

1. Pernahkah anda melihat ada pelajar yang mengatakan tidak perlu ikut mazhab tetapi ambil sahaja al Quran dan Hadith Sahih? (sedangkan yang berkata ini jahil di dalam ilmu hadith yang berkaitan dengan hadith hasan, hadith hasan sahih, hadith dhoief – bahkan menyamakan hadith dhoief dengan hadith maudhuk)

2. Pernahkah melihat hujjah yang mengatakan ulamak pun ada buat silap, bukan maksum (sedangkan dirinya pun lagi banyaknya salah kerana tidak mempunyai ilmu seperti ulamak yang dikatanya silap dan bukan maksum tersebut) ?.

3. Pernahkah melihat di dalam blog tertentu yang ada novel-novel yang diisikan dengan pengisian cerita yang menukilkan tentang kalam ulamak agar jangan bertaqlid, mazhabku adalah hadith sahih (sedangkan kalam ulamak mujtahid ini ada disyarahkan dan ditujukan kepada golongan tertentu iaitu mereka yang bertaraf mujtahid – mereka yang mampu untuk mengistinbath (mengeluarkan) hukum sahaja).

4. Pernahkah anda melihat atau membaca mereka yang kuat mengatakan amalan-amalan tertentu (yang telah dipersetujui ulamak ia adalah khilaf (perselisihan pendapat antara ulamak mujtahid)) sebagai bid’ah sesat?

***************************************************************

Ketahuilah bahawa mereka yang terlibat di atas ada antara mereka adalah mereka yang tidak mahu belajar adab di dalam disiplin ilmu. Gelojoh dan terburu-buru untuk menjadi seorang pakar hukum tanpa menyelidik dan mengkaji pendapat dan hujjah ulamak muktabar yang lain.

Saya teringat kisah imam syafi’e (mujtahid mutlaq pengasas mazhab Syafie) bagaimana beliau sedari kecil belajar mengenai al Quran sehingga dapat menghafaznya pada umurnya 9 tahun. Kemudian belajar hadith dengan cara mendengar dan bertemu sendiri dengan guru-guru hadith, dan beliau mencatatnya di atas tulang, tembikar dan kulit binatang. Bahkan beliau juga mempelajari bahasa Arab yang asli dengan Kabilah Hudzail sehinggalah beliau mahir dalam bidang hadith, hafalan al Quran, bahkan dalam kesusasteraan bahasa Arab yang asli.

Menurut Dr Said Ramadhan al Buthi dalam bukunya – Alla mazhabiyyatu Akhtaru Bid’atin Tuhaddidu Asy Syarii’ata Al Islamiyyah mengenai pendidikan Imam Syafie

‘Tentang ilmu hadith, beliau belajar kepada Imam Sufyan bin Uyainah, seorang alim besar ahli hadith kota Mekah di masa itu. Adapun tentang ilmu al Quran, beliau belajar kepada Imam Ismail bin Qasthanthin, seorang alim besar ahli Quran di Kota Mekah pada masa itu. Selanjutnya, kepada para ulama lain di masjidil Haram. Beliau belajar berbagai ilmu pengetahuan agama. Ketika berumur 15 tahun, beliau telah menduduki kerusi mufti di Kota Mekah.’

Ketika umurnya 10 tahun, beliau sudah memahami kitab al Muwattha’ karangan Imam Malik bin Anas (pengasas mazhab Maliki). Bahkan beliau juga mempertahankan mazhab Maliki.

Dan semasa beliau sudah mempunyai ilmu alat (ilmu asas yang menjadi keperluan untuk mengistinbath hukum) barulah beliau mengemukakan pendapatnya sendiri, serta mengomentari pendapat gurunya (imam Maliki) jika ada yang lemah. Tetapi tidak pula imam Syafie mengatakan ia sebagai bid’ah sesat!. Ini kerana akhlaq yang terbina di dalam diri seorang ulamak yang benar-benar takutkan ALlah untuk menjaga lisan, perilaku dari perbuatan yang tiada hak.

Begitulah – sehingga ramai murid imam syafie yang mengikuti terdiri dari ulamak-ulamak besar, bahkan ada di kalanganya adalah muhaddithin (ulamak hadith), mujtahid tarjih (ulamak yang mampu mengetahui dan menilai mana pendapat yang kuat dan lemah), mujtahid mazhab, mujtahid fatwa seperti Imam Bukhari, Imam Abu Bakar al Humaidi, Imam Ahmad bin Hanbal (pengasas mazhab Hanbali), Imam al Buwaithi, Imam Muhammad bin AbduLLah. Dan ramai lagi – anda boleh menyelusuri sendiri dari kitab Tabaqat Syafi’eyyah karangan al Subki.

SubhanaLLah – mereka ini semuanya belajar dengan disiplin ilmu yang ketat. Mempelajari semuanya dari asas bersama-sama dengan adab sebagai pelajar dan sehinggalah menjadi ulamak yang hebat. Barulah ada antara mereka yang mendirikan mazhab sendiri (setelah menjadi mujtahid mutlaq) dan ada yang terus untuk mengikuti mazhab syafie.

Hakikatnya kini, banyak kecelaruan yang timbul dengan adanya pelajar, golongan profesional yang belajar tanpa ada ilmu asas. Gelojoh hendak mempelajari ilmu yang lebih mendalam. Sehinggalah berani mengeluarkan fatwa dan pendapat sendiri berdasarkan kejahilan dan hawa nafsu sendiri kerana tidak belajar mengikut kaedah yang betul dan disiplin ilmu yang benar. Mereka tidak memikirkan kesan buruk yang timbul kepada orang awam (yang tidak mampu untuk menjadi ulamak mujtahid). Hingga timbullah pecah belah antara umat Islam.

ALlah memerintahkan bukan sahaja dalam urusan kepimpinan, bahkan juga dalam urusan agama untuk memberikan amanah kepada yang berhak dan berkelayakan.

Firman Allah subhanahua ta’ala dalam surah An-Nisa’ayat 58 yang berbunyi :

Maksudnya Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada orang yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkannya dengan adil “.

Daripada Abu Hurairah dia berkata:

“Ketika Nabi s.a.w. di dalam suatu majlis berbicara dengan orang ramai maka datang seorang `arab badawi lalu bertanya: “Bilakah hari kiamat?”. Rasulullah s.a.w. meneruskan ucapannya. Ada yang berkata “Baginda dengar (apa yang ditanya) tetapi baginda tidak suka apa yang ditanya”. Sementara yang lain pula berkata “Bahkan baginda tidak mendengar”. Apabila telah selesai ucapannya, bagida bertanya: “Manakah orang yang menyoal”. Jawab (badawi tersebut): “Saya di sini wahai Rasulullah”. Baginda bersabda: “Apabila dihilangkan amanah maka tunggulah kiamat”. Tanya badawi tersebut: “Bagaimanakah menghilangkan amanah itu”. Sabda baginda: “Apabila diserahkan urusan kepada bukan ahlinya maka tunggulah kiamat”.
(Riwayat al Bukhari)

Berhati-hatilah wahai diri, perhatikan dari mana kamu mengambil urusan agama. Semoga dijauhkan dari pendustaan terhadap Allah dan RasulNya serta melakukan kezaliman terhadap ulamak dan umat Islam.

Sumber: http://pondokhabib.wordpress.com/

Tambahan:

  1. Bermazhab bukanlah bererti kita bertaklid buta. Sebagai orang umum, kita sememangnya disarankan bermazhab bagi mengelakan kita menghukum berdasarkan nafsu akibat daripada kurang arifnya kita akan sesuatu perkara.
  2. Ulama bukanlah seorang yang maksum, namun begitu siapalah kita untuk menilai ulama-ulama yang ada sedangkan Allah S.W.T telah menjanjikan 2 ganjaran bagi mereka benar dalam ijtihad mereka dan 1 ganjaran bagi yang sebaliknya kerana bukanlah mereka berijtihad tanpa ilmu yang cukup dan hanya berdasarkan nafsu semata-mata.
  3. Rasulullah S.A.W mengajurkan umatnya agar sentiasa bersangka baik sesama manusia. Seharusnya juga kita bersangka baik kepada ulama-ulama yang telah banyak berjasa dan berbakti kepada agama.
  4. Pertelingkahan agama dewasa ini berlaku bila mana urusan agama tidak lagi diletakan dalam kelompok ahlinya. Urusan agama menjadi kucar-kacir bila mana semua orang dibenarkan mengeluarkan pendapat mereka sedangkan mereka jahil dalam bidang tersebut. Perumpamaannya mereka yang belajar dalam bidang perubatan disuruh mengendalikan sebuah pesawat penerbangan. Begitu juga akan halnya dalam bidang agama, pasti timbul masalah bila semua orang boleh mengeluarkan hukum
  5. Adil bererti bila mana kita meletakan sesuata perkara itu pada tempatnya sedangkan zalim itu bila mana kita meletakan sesuatu itu bukan pada tempatnya. Sentiasalah meletakan diri kita dalam situasi yang ‘adil’ agar mendapat keredhaan dan keberkatan Allah S.W.T

Sekadar berkongsi pandangan dan pendapat....

Wallahua’lam

Mencari Semangat Yang Hilang – We are The Agents of Changes

Saturday, October 17, 2009
Sudah 2 minggu aku berada di Temerloh untuk menjalani clinical posting di Hospital Sultan Hj. Ahmad Shah (HoSHAS). Entah kenape posting kali ini aku seolah-olah lost dengan kehidupan aku. Semangat aku untuk terus kekal dalam bidang nursing nie makin hilang. May be I’m not worthy enough to be staff nurse. Kata-kata ni yang bermain kat dalam kotak pemikiran aku selama 2 minggu posting dekat Temerloh. Mungkin sebelum ini perasaan ini taklah membuak sangat kerana aku bekerja hanya sebagai assistance kepada staff nurse sahaja. Ape yang mereka order aku just follow. Tapi untuk posting kali ini yang melibatkan aku untuk manage pesakit-pesakit seperti seorang staff nurse yang sebenar adalah benar-benar merupakan satu cabaran yang aku rasa seperti bebanan yang tidak mampu untuk dipikul lagi.

Kadang-kadang aku rasa seperti aku sudah melaksanakan tanggungjawab untuk manage pesakit-pesakit di wad, tapi kadang-kadang aku masih merasakan yang aku sebenarnya just follow staff nurse punyer order (kenyataan ini bukan bermaksud staff nurse kat HoSHAH yang bersalah tapi lebih kepada diriku yang tak berapa pandai nak manage pesakit). Mungkin masalah ini aku sorang sahaja yang hadapi. Kawan-kawan yang lain nampaknya seperti tidak mempunyai banyak masalah.Inferior juga bile tengok member-member lain sentiasa bersemangat.

Bila dah jadi macam nie..aku teringat balik pada kata-kata Dr. Faridah sewaktu dia mengajar subject management in nursing dekat dalam kelas aku. Kata Dr. Faridah, “you are the agents of changes and hopefully I want to see the changes in nursing come from UIA students and UKM students”. Bila teringat kata-kata beliau, aku selalu terfikir, apakah layak untuk aku menjadi faktor perubahan dalam bidang kejururawatan ini seperti yang diharapkan oleh beliau.

Buat masa sekarang ini, masih jauh lagi untuk melayakan diri sebagai faktor kepada perubahan dalam nursing. Masih banyak yang perlu aku perbaiki dalam hidup ini. Yang paling penting, aku perlu mencari titik permulaan untuk aku bangkit semula dalam perjuangan hidup nie. Yang paling utama, perlu adanya semangat dalam diri ini. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan hamba-Nya yang lemah ini.

Tambahan:

Penghargaan kepada Hassan & Roy yang selalu mendengar rungutan aku & sentiasa memberi support. Terima Kasih juga kepada Ismi & Fiey sebab bagi aku nasihat disaat tengah down nie, mudah-mudahan nasihat korang akan sentiasa menjadi paduan dalam hidup aku… InsyaAllah.

I. Jangan mudah berprasangka, terutamanya berprasangka kepada Allah S.W.T…Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

II. Sesungguhnya, tanggungjawab itu amatlah berat dan besar sekali..Bagi sahabat-sahabat dan adik-adik yang telah MEMILIH atau PAKSARELA berada di jalan ini, fikirkanlah, ada sebab 'mengapa DIA pilih kita untuk berada di sini. Mungkin untuk menjadi 'nurse'. Mungkin juga tidak...Tapi, yang pasti, di situ pasti terletak hikmah kenapa kita di sini hari ini. HIKMAHNYA??Terokailah sendiri berbekalkan AKAL, HATI dan IMAN yang diberi.

Wallahua'lam

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Saturday, October 10, 2009

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan:

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.

* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.

* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :

"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Sumber: http://www.ibnumalek.blogspot.com/

Wallahua'lam

Yang Lucu & Yang Mengemparkan

Sunday, September 27, 2009

2-3 hari ini kita disajikan dengan bermacam-macam isu menarik diakhbar-akhbar tempat. Kalau isu di dalam Malaysia kita di hebohkan dengan cadangan Papa (Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing) yang mengemukakan khidmat pembantu rumah di bayar mengikut jam dengan kadar bayaran sebanyak RM 25 sejam. Huhu, aku selaku pelajar yang masih terpinga-pinga dengan kerjaya pada masa akan datang ini pun terkedu sekejap apabila membaca tajuk utama surat khabar tersebut. Haha, rasa macam hendak berhenti belajar pun ada juga. Buat apa belajar tinggi-tinggi kalau bekerja sebagai amah pun boleh dapat banyak duit.

Mungkin ada alasan disebalik cadangan Papa ini. Namun begitu, kalau dihitung dan difikir semula apakah benar alasan Papa ini bahawa dengan melaksanakan cadangan ini majikan dapat mengurangkan perbelanjaan bulanan sebanyak RM900? Apakah benar kita dapat mengurangkan masalah pengambilan pembantu rumah secara haram? Rasa-rasanya tidak semua yang diutarakan oleh Papa itu boleh diterima pakai. Kerajaan perlu melakukan kajian lebih terperinci sebelum membuat sebarang keputusan. Papa juga perlulah berusaha dalam menjelaskan permasalahan ini dengan lebih terperinci agar tidak akan timbul sebarang persoalan dan keraguan terhadap cadangan yang cuba diketengahkan oleh pihak mereka.

Isu di luar negara pula, kita digembarkan dengan kontroversi yang dicetuskan oleh Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang mengoyakkan kulit muka piagam PBB dan seterusnya melemparkan buku piagam tersebut ke arah podium. Dalam ucapan sulungnya yang berlansung selama 1 jam 36 minit, beliau turut menyelar tindakan PBB yang selama ini dimonopoli oleh negara-negara yang mempunyai kuasa veto. Mungkin rata-rata seluruh umat Islam akan mempersetujui tindakan beliau ini. Mudah-mudahan tindakan Muammar Ghadaffi ini sedikit sebanyak mampu membuka mata penduduk dunia atas ketidakadilan yang telah lama menyelubungi seluruh negara yang lemah di dunia ini terutamanya negara-negara Islam.

Cuba kita imbas kembali bagaimana Rusia selaku negara yang mempunyai kuasa veto menghalalkan peperangan dan pembunuhan ke atas umat Islam di Chechnya. Tidak lupa juga bagaimana mereka menggunakan kuasa mereka dalam membenarkan usaha mereka mencerobohi Negara Georgia. Kita lihat pula bagaimana Amerika Syarikat dan sekutunya Britain yang turut menggunakan kuasa veto mereka dalam melancarkan peperangan ke atas Afghanistan dan Iraq tanpa sebarang bukti yg kukuh. Kita lihat bagaimana kegagalan PBB dalam menyelesaikan segala permasalahan dunia yang melibatkan Negara-negara yang mempunyai kuasa veto. Ironinya, penubuhan PBB hanya bertindak sebagai sebuah badan yang hanya menghalang sebarang bentuk jenayah yang dilakukan oleh negara-negara yang tidak mempunyai kuasa veto dan pada masa yang sama pula, PBB membenarkan negara-negara yang memiliki kuasa veto ini melakukan kekejaman terhadap negara-negara lain.

Wallahua’lam

Perginya Ramadhan Mungkin yang Terakhir dalam Hidup Kita…

Sunday, September 20, 2009

Hari ini ramadhan pergi meninggalkan kita. Mungkinkah ini Ramadhan yang terakhir buat kita di Bumi Allah S.W.T. Sepanjang sebulan kita menempuh bulan ramadhan, berapa banyak sangatkah amalan yang telah kita lakukan. Mungkin ada yang berjaya melakukan pelbagai ibadah sepanjang menempuh bulan ramadhan ini dan mungkin juga ada yang tewas dalam mengerjakan perintah Allah S.W.T.

Namun yang paling penting sekali, berapa banyakah amalan kita yang diterima Allah S.W.T. Sekalipun kita berjaya melaksanakan pelbagai ibadah sepanjang bulan Ramadhan ini, tapi belum pasti amalan kita akan diterima oleh Allah S.W.T. Belum pasti Allah meredhai hidup kita jika tidak disertai dengan keikhlasan di dalam hati. Mungkin dalam kita sibuk mengerjakan ibadah, sekali-sekala timbul rasa riak dalam hati kita. Alangkah ruginya kita menjadi hamba yang tidak mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Yang pasti Ramadhan telah meninggallkan kita. Yang pasti kita belum tentu dapat bertemu dengan bulan yang mulia ini di masa hadapan. Ambillah segala yang baik dan tinggalkanlah segala yang buruk. Apa yang baik yang dapat kita pelajari di bulan Ramadhan kali ini mudah-mudahn akan kekal dihati kita dan seterusnya akan memandu kita menjadi hamba yang soleh di sisi Allah S.W.T.

Wallahua’lam.

Selamat Hari Raya

Maaf Zahir & Batin

Diploma Nurse dan Degree Nurse-Persaingan atau Perubahan??

Friday, September 18, 2009

Baru-baru ini aku ade terbaca tentang perbincangan satu isu berkenaan degree nurse di Forum Paramedik (boleh link melalui alamat ini bagi sesiapa yang berminat nak baca; http://paramedik.bbfr.net/berita-terkini-warga-jururawat-f79/jururawat-u41-tiada-fungsi-t5122-30.htm). Alhamdulillah, daripada penulisan dan perbincangan yang dibuat, masih terdapat sesetengah pihak dalam bidang kesihatan yang memahami tentang permasalahan dan memberikan respond yang sangat baik dalam menilai permasalahan ini. Selepas membaca beberapa perbincangan yang dibuat, terasa seperti dapat bernafas kembali kerana dalam keadaan tidak sedar masih ada golongan yang mempunyai pemikiran terbuka mengenai permasalahan ini dan tidak jumud dalam memberi komentar masing-masing. Bermakna dekat sini, kita masih mendapat sokongan bagi sesetengah pihak yang berfikiran terbuka berkenaan isu degree nurse dan diploma nurse ini.

Cuma untuk ruang kali ini aku sekadar hendak berkongsi pandangan mengenai isu disebalik ‘degree nurse dan diploma nurse’. Buat masa sekarang ini, masih ramai lagi orang yang keliru dengan kewujudan ijazah sarjana muda dalam jurusan kejururawatan. Ada yang merasa pelik dengan kewujudan kursus ini dan ada juga yang merasakan kewujudan kursus ini sebagai suatu yang tidak penting. Apa-apa pun pandangan orang tehadap isu ini, kebanyakan mereka yang menolak kewujudan ‘degree nurse’ ini mungkin atas dasar ketidak jelasan terhadap isu tersebut. Pada pandangan aku, kursus ini sememangnya perlu diwujudkan dan seharusnya benda ini telah berlaku lebih awal lagi. Cuma pemasalahan sekarang ini terdapat sesetengah pihak yang masih tidak mahukan perubahan mungkin atas dasar kepentingan peribadi masing-masing. Lebih menyedihkan lagi, penolakan orang terhadap khursus ini datangnya dari mereka yang berlatar belakangkan bidang kesihatan. Semua orang perlu sedar bahawa kewujudan kursus ijazah sarjana muda dalam jurusan kejurawatan ini sebenarnya sebagai suatu proses perbaikan bidang kejururawatan dan bukan sebagai saingan kepada mereka yang berada dalam kursus diploma kejururawatan seperti kebanyakan pihak anggap.

Pengenalan kepada kursus ijazah sarjana muda dalam bidang kejururawatan ini merupakan langkah pertama dalam proses untuk menangkat profession kejururawatan ini ke suatu tahap yang lebih tinggi. Namun begitu hasrat ini mugkin tidak akan terlaksana apabila wujud fenomena yang seakan-akan menafikan degree nurse di hospital-hospital kerajaan hanya kerana perbezaan bayaran atau tangga gaji yang merupakan isu sampingan. Bagi pendapat aku, bayaran tangga gaji yang lebih kepada mereka yang mempunyai ijazah dalam bidang kejururawatan ini bukanlah satu bentuk ketidakadilan kepada diploma nurse kerana mereka yang mengikuti kursus ijazah ini sebenarnya menjalani proses pembelajaran yang lebih lama daripada mereka yang mengikuti kursus diploma. Justeru itu, cost pembelajaran mereka lebih tinggi dan bayaran yang mereka perolehi sebenarnya akan digunakan untuk membayar pinjaman pembelajaran mereka.

Cubalah kita bayangkan, jika kursus ijazah kejururawatan ini ditutup hanya kerana semata-mata terdapat pihak yang tidak bersetuju dengan bayaran yang mereka terima, apakah nasib profession kejururawatan ini di masa hadapan?? Bagaimana pula dengan nasib-nasib diploma nurse yang ada?? Adakah mereka hanya akan kekal ditahap diploma seumur hidup mereka dan tidak akan ada proses pembaikan dalam hidup mereka?? Jika ini yang akan berlaku, maka selama-lamanyalah diploma nurse ini akan menerima bayaran yang sama apabila tidak berlakunya ‘upgrading process’ dalam diri mereka. Bukankah itu akan memberi kerugian kepada profession kejururawatan itu sendiri?? Malah tidak salah kalau dikatakan bahawa perkara ini juga akan merugikan bidang kesihatan itu sendiri.

Mungkin semua akan tertanya-tanya bagaimana dengan penutupan atau ketidak iktirafan dari sesetengah pihak terhadap kursus ijazah kejururawatan ini akan merugikan?? Sebenarnya, kalau dilihat di negara-negara maju seperti US, UK, Hong Kong and Australia, kebanyakan kursus kejururawatan telah berada pada tahap yang lebih tinggi seperti degree, master atau PHD. Keadaan ini memberi kelebihan kepada jururawat di sana untuk sama-sama terlibat dalam membuat keputusan yang berkaitan rawatan dan penjagaan pesakit tanpa mengharapkan kepada arahan doctor semata-mata. Kerjasama di antara jururawat dan doktor akan menjadi lebih berkesan apabila jururawat mempunyai pengetahuan yang setaraf dengan doctor. Jadi, melalui kursus ijazah dalam kejururawatan ini juga barulah kita dapat kikis tanggapan bahawa jururawat hanya berkerja sebagai ”iron maid” doktor sahaja kerana apa sahaja keputusan doktor perlu diikut. Sebaliknya, apabila pengetahuan kejururawatan ini sudah hampir sama dengan doctor, meraka juga boleh membuat keputusan bila masa ketiadaan atau kekurangan doktor di wad hospital. Pendek kata, bebanan kerja doctor boleh dikurangkan. Cuma disini perlu dijelaskan juga bahawa bukanlah jawatan degree nurse ini boleh mengambil alih bidang tugasan doctor, tapi sekadar dapat mengurangkan bebanan kerja doktor apabila pengetahuan yang mereka miliki hampir lebih kurang sama. Juga perlu difahami bahawa bidang kuasa doktor dan jururawat adalah berbeza yang mana doktor lebih kepada ‘treatment and curing of diseases’ manakala jururawat lebih kepada ‘caring of patients’.

Kesimpulannya, kursus ijazah kejururawatan ini bagus, Cuma terdapat segelintir pihak yang berkepentingan sahaja yang merasakan benda ini merugikan. Cubalah kita bayangkan bila mane di Negara Malaysia ini kita dapat melahirkan degree nurse dan pada masa yang sama juga kita dapat mengupgrapekan taraf diploma nurse yang ada ke tahap degree?? Kita sebenarnya dapt menubuhkan suatu profession yang mana akan dapat member impak kepada sistem kesihatan bila mana suara kita akan didengari dan diterima pakai oleh masyarakat. Sebaliknya, jika kita masih hendak mengekalkan kedudukan jururawat ini pada kedudukan kumpulan sokongan sahaja sepertimana yang berlaku pada hari ini, maka tidak akan ada satu pihak pun yang akan menerima pandangan dan cadangan kita.

Cubalah kita renungkan kepada profession perguruan yang mana mereka telah berjaya menubuhkan suatu gagasan yang mewakili guru-guru di seluruh Malaysia (tanpa mengira mengira tangga gaji; diploma,degree atau master) dan mampu untuk mengeluarkan pendapat atau cadangan yang difikirkan sesuai dengan sistem pendidikan di Malaysia. Mereka juga dapat mempertahankan segala hak-hak yang berkaitan dengan kepentingan mereka bersama.

Betapa indahnya jika bidang kejururawatan juga mampu mengikuti jejak langkah ini. Sebenarnya, kita yang memegang profession kejurawatan ini juga boleh mencontohi profession perguruan jika kita tidak terlalu berfikiran sempit hanya kerana isu-isu yang remeh-temeh (doctor dan jururawat tidak boleh sama tahap, bayaran doctor dan jururawat tidak boleh sama, degree nurse buat kerja yang sama dengan diploma jadi buat apa nak bayar lebih) yang diketengahkan oleh sesetengah pihak yang tidak menyukai akan perkembangan dalam bidang kejururawatan ini. Akhir sekali, minta semua pihak terutamanya para jururawat yang ada agar dapat berfikir dengan jelas dan baik. Sama ada kita ini degree nurse atau diploma nurse, kita sebenarnya berkongsi tujuan dan matlamat yang sama.

Wallahua’lam

Saturday, November 28, 2009

Hayati Erti Pengorbanan

Posted by pSp at 12:23 AM 0 comments

Continue Reading

Wednesday, November 25, 2009

Kecelaruan…..

Posted by pSp at 6:45 PM 0 comments

Posted by pSp at 9:15 PM 0 comments

Posted by pSp at 3:10 PM 0 comments

Posted by pSp at 11:31 PM 0 comments

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan:

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.

* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.

* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :

"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Sumber: http://www.ibnumalek.blogspot.com/

Wallahua'lam

Continue Reading

Sunday, September 27, 2009

Yang Lucu & Yang Mengemparkan

Posted by pSp at 8:04 AM 0 comments

2-3 hari ini kita disajikan dengan bermacam-macam isu menarik diakhbar-akhbar tempat. Kalau isu di dalam Malaysia kita di hebohkan dengan cadangan Papa (Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing) yang mengemukakan khidmat pembantu rumah di bayar mengikut jam dengan kadar bayaran sebanyak RM 25 sejam. Huhu, aku selaku pelajar yang masih terpinga-pinga dengan kerjaya pada masa akan datang ini pun terkedu sekejap apabila membaca tajuk utama surat khabar tersebut. Haha, rasa macam hendak berhenti belajar pun ada juga. Buat apa belajar tinggi-tinggi kalau bekerja sebagai amah pun boleh dapat banyak duit.

Mungkin ada alasan disebalik cadangan Papa ini. Namun begitu, kalau dihitung dan difikir semula apakah benar alasan Papa ini bahawa dengan melaksanakan cadangan ini majikan dapat mengurangkan perbelanjaan bulanan sebanyak RM900? Apakah benar kita dapat mengurangkan masalah pengambilan pembantu rumah secara haram? Rasa-rasanya tidak semua yang diutarakan oleh Papa itu boleh diterima pakai. Kerajaan perlu melakukan kajian lebih terperinci sebelum membuat sebarang keputusan. Papa juga perlulah berusaha dalam menjelaskan permasalahan ini dengan lebih terperinci agar tidak akan timbul sebarang persoalan dan keraguan terhadap cadangan yang cuba diketengahkan oleh pihak mereka.

Isu di luar negara pula, kita digembarkan dengan kontroversi yang dicetuskan oleh Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang mengoyakkan kulit muka piagam PBB dan seterusnya melemparkan buku piagam tersebut ke arah podium. Dalam ucapan sulungnya yang berlansung selama 1 jam 36 minit, beliau turut menyelar tindakan PBB yang selama ini dimonopoli oleh negara-negara yang mempunyai kuasa veto. Mungkin rata-rata seluruh umat Islam akan mempersetujui tindakan beliau ini. Mudah-mudahan tindakan Muammar Ghadaffi ini sedikit sebanyak mampu membuka mata penduduk dunia atas ketidakadilan yang telah lama menyelubungi seluruh negara yang lemah di dunia ini terutamanya negara-negara Islam.

Cuba kita imbas kembali bagaimana Rusia selaku negara yang mempunyai kuasa veto menghalalkan peperangan dan pembunuhan ke atas umat Islam di Chechnya. Tidak lupa juga bagaimana mereka menggunakan kuasa mereka dalam membenarkan usaha mereka mencerobohi Negara Georgia. Kita lihat pula bagaimana Amerika Syarikat dan sekutunya Britain yang turut menggunakan kuasa veto mereka dalam melancarkan peperangan ke atas Afghanistan dan Iraq tanpa sebarang bukti yg kukuh. Kita lihat bagaimana kegagalan PBB dalam menyelesaikan segala permasalahan dunia yang melibatkan Negara-negara yang mempunyai kuasa veto. Ironinya, penubuhan PBB hanya bertindak sebagai sebuah badan yang hanya menghalang sebarang bentuk jenayah yang dilakukan oleh negara-negara yang tidak mempunyai kuasa veto dan pada masa yang sama pula, PBB membenarkan negara-negara yang memiliki kuasa veto ini melakukan kekejaman terhadap negara-negara lain.

Wallahua’lam

Continue Reading

Sunday, September 20, 2009

Perginya Ramadhan Mungkin yang Terakhir dalam Hidup Kita…

Posted by pSp at 1:26 AM 1 comments

Hari ini ramadhan pergi meninggalkan kita. Mungkinkah ini Ramadhan yang terakhir buat kita di Bumi Allah S.W.T. Sepanjang sebulan kita menempuh bulan ramadhan, berapa banyak sangatkah amalan yang telah kita lakukan. Mungkin ada yang berjaya melakukan pelbagai ibadah sepanjang menempuh bulan ramadhan ini dan mungkin juga ada yang tewas dalam mengerjakan perintah Allah S.W.T.

Namun yang paling penting sekali, berapa banyakah amalan kita yang diterima Allah S.W.T. Sekalipun kita berjaya melaksanakan pelbagai ibadah sepanjang bulan Ramadhan ini, tapi belum pasti amalan kita akan diterima oleh Allah S.W.T. Belum pasti Allah meredhai hidup kita jika tidak disertai dengan keikhlasan di dalam hati. Mungkin dalam kita sibuk mengerjakan ibadah, sekali-sekala timbul rasa riak dalam hati kita. Alangkah ruginya kita menjadi hamba yang tidak mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Yang pasti Ramadhan telah meninggallkan kita. Yang pasti kita belum tentu dapat bertemu dengan bulan yang mulia ini di masa hadapan. Ambillah segala yang baik dan tinggalkanlah segala yang buruk. Apa yang baik yang dapat kita pelajari di bulan Ramadhan kali ini mudah-mudahn akan kekal dihati kita dan seterusnya akan memandu kita menjadi hamba yang soleh di sisi Allah S.W.T.

Wallahua’lam.

Selamat Hari Raya

Maaf Zahir & Batin

Continue Reading

Friday, September 18, 2009

Diploma Nurse dan Degree Nurse-Persaingan atau Perubahan??

Posted by pSp at 9:34 AM 49 comments