Hari ini ramadhan pergi meninggalkan kita. Mungkinkah ini Ramadhan yang terakhir buat kita di Bumi Allah S.W.T. Sepanjang sebulan kita menempuh bulan ramadhan, berapa banyak sangatkah amalan yang telah kita lakukan. Mungkin ada yang berjaya melakukan pelbagai ibadah sepanjang menempuh bulan ramadhan ini dan mungkin juga ada yang tewas dalam mengerjakan perintah Allah S.W.T.
Namun yang paling penting sekali, berapa banyakah amalan kita yang diterima Allah S.W.T. Sekalipun kita berjaya melaksanakan pelbagai ibadah sepanjang bulan Ramadhan ini, tapi belum pasti amalan kita akan diterima oleh Allah S.W.T. Belum pasti Allah meredhai hidup kita jika tidak disertai dengan keikhlasan di dalam hati. Mungkin dalam kita sibuk mengerjakan ibadah, sekali-sekala timbul rasa riak dalam hati kita. Alangkah ruginya kita menjadi hamba yang tidak mendapat keredhaan Allah S.W.T.
Yang pasti Ramadhan telah meninggallkan kita. Yang pasti kita belum tentu dapat bertemu dengan bulan yang mulia ini di masa hadapan. Ambillah segala yang baik dan tinggalkanlah segala yang buruk. Apa yang baik yang dapat kita pelajari di bulan Ramadhan kali ini mudah-mudahn akan kekal dihati kita dan seterusnya akan memandu kita menjadi hamba yang soleh di sisi Allah S.W.T.
Wallahua’lam.
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin
1 comments to Perginya Ramadhan Mungkin yang Terakhir dalam Hidup Kita…:
Sahabat…
Tidak akan ada manusia yang bakal mengetahui adakah Ramadhan itu merupakan yang terakhir kali bagi dirinya. Yang termampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha, bersedia, meminta belas-Nya.
Tiada siapa dapat menduga samada ini Ramadhan terakhir , samada ini hari terakhir hiidup ini, atau samada ini saat terakhir menumpang di bumi Allah SWT..
Hiduplah sebelum mati… sebelum izrail datang menjemput…sebelum nafas tersekat di rongga..sebelum jasad terkubur kaku..
Hiduplah sebelum mati… sebelum roh merintih minta di ampunkan..sebelum roh menempik kesakitan di siksa..sebelum jasad menjadi tanah..
Hiduplah sebelum mati..carilah keredhaan Allah dan keampunan dariNya..jangan berhenti menadah tangan memohon doa dan keampunan..menangislah kerana dosa-dosa yang silam..usah menunggu hingga ke saat kita di khabarkan “esok kita akan mati” kerana rahsia ajal tiada siapa yang tahu kecuali Dia..dan yang pasti..ajal datang tidak pernah lewat atau cepat biarpun sesaat..dan yang pergi tidak mungkin akan kembali lagi..Selagi roh masih bersatu dengan jasad…Selagi kita belum mati…
Rasulullah SAW bermaksud: “Perbanyakkanlah olehmu mengingat perosak kelazatan, iaitu mati.” (Hadis riwayat al-Tirmizi).
p/s: bersama2lah kite saling mengingati antara satu sama lain
Post a Comment