Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Betapa Allah S.W.T Menyayangi Hamba-hamba-Nya

Thursday, September 3, 2009

Aik! Makin gemuk kamu sekarang...Kamu dah Kahwin ke??

Inilah kata-kata yang aku terima sewaktu berjumpa dengan Ust. Felza selepas selesai menunaikan solat teraweh di Masji d Tengku Ampuan Afzan. Rase seronok timbul dalam diri sebab agak lama juga tidak berjumpa dengan ustaz yang pernah mengajar aku mengaji dalam kelas Tilawah Al-Quran di UIAM. Lebih seronoknya, malam sebelum aku bertemu dengan Ust Felza aku juga sempat berjumpa dengan Ust. Kamaruzaman yang juga pernah mengajar aku mengaji dalam kelas Tilawah Al-Quran. Walaupun kami hanya bercakap-cakap biasa jea, Alhamdulillah aku seperti mendapat sesuatu peringatan dari pada kata-kata Ustaz Felza yang mungkin tidak kurang seperti perbualan biasa bagi orang lain.

Hm... dekat sini aku bukanlah hendak menceritakan betapa hebatnya perut aku mengalami proses pembesar sejak kebelakangan ini dek kerana terlalu sibuk dengan kerja-kerja dalam persatuan, assignment dan research (haha..masih mencari alasan yang diri sendiri bukan factor kegemukan), tetapi aku lebih nak berkongsi tentang perasaan yang lahir daripada kata-kata ustaz aku ini. Mungkin pada sesetengah orang, kata-kata macam ini hanyalah perbualan biasa. Tapi kalau diteliti dan dihayati sebenarnya terdapat isi-isi tersirat yang boleh diambil sebagai peringatan bersama.

Mungkin selama aku menjalani kehidupan aku sebelum ini aku tidak pernah pun terpikir untuk menjaga kesihatan diri ataupun menjaga makan aku. Kalau ada pun mungkin hanya mengikut musim atau mengikut hormon. Tapi bila tiba bulan Ramadhan, tanpa disuruh pun kita akan berpuasa dan semua orang pun dah tahu kelebihan-kelebihan berpuasa. Antara kelebihan berpuasa ini kita dapat merehatkan sistem penghadaman kita yang telah bekerja keras selama setahun memproses makanan-makanan yang kita makan secara berterusan tanpa memikirkan kesan sampingan terhadap kesihatan diri (bak kata pepatah orang dulu-dulu, selagi bernafas selagi itulah mulut mengunyah..haha ini aku cipta sendiri). Kadang-kadang, kalau dipikir balik, kita ini ibarat manusia yang bersifat LEMBU bila tiba soal makan. Mulut sentiasa hendak mengunyah walaupun perut tak lapar.

Alhamdulillah, Allah S.W.T itu Maha Penyayang lagi Maha Mengetahui, sesungguhnya Allah S.W.T memang sudah mengetahui akan tingkah-laku dan sifat-sifat hamba-Nya. Kurnian bulan Ramadhan yang mulia ini kepada kita bukan sahaja untuk mendidik rohani dan jiwa kita tetapi juga untuk melatih fizikal kita untuk menjadi sihat dan cergas. Selain Allah S.W.T memberikan ganjaran yang tidak terhitung pada bulan Ramadhan ini, Allah S.W.T juga memberikan peluang kepada kita untuk menjaga semula kesihatan kita. Masih teringat lagi kata-kata dekan aku, mengikut pengalaman dia bekerja di hospital selama berpuluh-puluh tahun, apabila tiba bulan bulan Ramadhan, jumlah pesakit yang masuk di hospital akan berkurang berbanding bulan-bulan yang lain. Apakah maksud kata-kata ini?? Ini sebenarnya menunjukan betapa Rahmat Allah S.W.T itu luas dan kita sebagai hamba-Nya yang hina dan sentiasa lupa perlu sedar betapa kita selama ini hidup dalam kezaliman terhadap diri sendiri. Cuba bayangkan kalau hidup kita tanpa bulan Ramadhan??Agak-agaknya lah, sebelum sempat kita sampai umur 30 tahun ramai yang sudah mati dek kerana menghidapi bermacam-macam penyakit. Inilah Rahmat Allah S.W.T yang kadang-kadang kita tidak fikir atau malas nak fikir. Betapa Allah S.W.T itu menyayangi hamba-hamba-Nya...Wallahua’lam

Tambahan:

Hehe..gambar dekat atas tue perhiasan aje, bukan gambar aku yo...

3 comments to Betapa Allah S.W.T Menyayangi Hamba-hamba-Nya:

Unknown said...

hihihi..menarik..menarik...

sesungguhnya Ramadhan itu penuh hikmah..
Physical, mental,spiritual..

Jadul gemuk???urmm, u got to do sumthing kot..huhuh

semoga makin kurus..haha

pSp said...

haha...InsyaAllah akan diusahakan walaupun nampak macam dah xde harapan....

Haqemi said...

tahniah, makin ader improvement dlm mbuat blog..teruskn usaha...amalan yg terbaik istiqamah dlm melakukan sesuatu krn perkara yg terbaik, bila kita bpanjgn melakukan sesuatu walaupn dlm kualiti sedikit.

Thursday, September 3, 2009

Betapa Allah S.W.T Menyayangi Hamba-hamba-Nya

Posted by pSp at 5:40 AM

3 comments

Unknown on Sep 3, 2009, 10:38:00 AM said...

hihihi..menarik..menarik...

sesungguhnya Ramadhan itu penuh hikmah..
Physical, mental,spiritual..

Jadul gemuk???urmm, u got to do sumthing kot..huhuh

semoga makin kurus..haha

pSp on Sep 4, 2009, 11:21:00 AM said...

haha...InsyaAllah akan diusahakan walaupun nampak macam dah xde harapan....

Haqemi on Sep 4, 2009, 5:20:00 PM said...