Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Selamat Tinggal Nursing Students Society (NurSS)

Saturday, August 22, 2009

Alhamdulillah, kurang daripada seminggu lagi maka aku akan terlepas dari segala bebanan kerja yang telah membelenggui hidup aku selama tiga tahun. Walaupun perit selama tiga tahun hidup dalam melaksanakan kerja-kerja untuk orang lain, aku tetap bersyukur kerana mungkin inilah pengalaman penting dalam membina dan mencorak hidup aku selepas ini. Mudah-mudahan, dengan rahmat Allah S.W.T yang Maha Luas itu aku mendapat keberkatan dan juga keampunan sepanjang melaksanakan kerja-kerja yang serba dengan kekurangan atas kelemahan diri sendiri.

Cuma apa yang hendak dikongsikan di sini sepanjang aku berada dalam Nursing Students Society (NurSS) ialah amanah atau tanggung jawab itu kadang-kadang di pandang enteng oleh sesetengah individu. Mungkin bagi sesetengah orang, jawatan bendahari itu senang dan mudah, maklumlah hanya menjaga kewangan persatuan yang duit hanyalah seciput kalau nak bandingkan dengan menteri kewangan Malaysia yang memegang amanah yang lebih besar dan duit yang lebih banyak. Tetapi bagi aku, amanah itu tetap amanah. Walaupun hanya sebesar zarah atau seringan bulu sekalipun, amanah itu tetap akan dikira dan dipandang oleh Allah S.W.T seperti mana yang disebut di dalam Al-Quran:

“Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.” (Al Zalzalah: 7-8)

Kalau disingkap kisah tokoh Islam yang terkemuka seperti Khalifah Umar Abdul Aziz, kita akan dapat melihat betapa beliau seorang yang menjaga amanahnya sehingga ketika beliau dilantik untuk menjadi khalifah Islam beliau menangis ketakutan kerana bimbang tidak mampu memikul amanah yang diberikan. Tangisan beliau bukanlah menunjukan beliau seorang yang lemah bahkan membuktikan betapa tingginya sifat taqwa beliau kepada Allah S.W.T. Cuba kita renung balik pada diri kita, adakah kita benar-benar bertaqwa seperti Khalifah Umar Abdul Aziz? Adakah tatkala kita dipilih mengetuai sesuatu kita akan benar-benar takut kerana memikirkan betapa diri ini lemah untuk memikul amanah daripada Allah S.W.T ataupun kita sekadar berbangga menerima jawatan yang dengannya kita mampu berkuasa terhadap sesuatu perkara.

Insaflah dengan diri kita sendiri supaya kita tidak jauh dibuai dengan kelazatan dunia. Ingatlah, tatkala di akhirat kelak,kita akan pasti dipersoalkan dengan amanah yang telah kita pikul. Amanah yang tidak dipegang dengan baik kelak pasti akan menjadi beban yang perit di akhirat nanti. Namun begitu, tidak ramai yang amik kisah atau peka dengan perkara ini. Kalau kita lihat dunia sekarang ini semakin terbalik. Orang berebut-rebut untuk memegang jawatan walaupun terpaksa mengetepikan soal agama yang sepatutnya menjadi perkara pokok dalam hidup kita sebagai umat Islam. Kadang-kadang, terdapat sesetengah individu sanggup mempergunakan agama untuk membenarkan perjuangan mereka. Golongan ini selalunya lupa bahawa niat tidak menghalalkan cara. Sikap seperti inilah akhirnya nanti akan memakan diri sendiri. Justeru, kesempatan ini aku ingin mengingatkan diri aku dan juga orang-orang lain agar sentiasa berhati-hati dalam memegang amanah kerana setiap amanah itu datangnya daripada Allah S.W.T dan Allah tidak memberikan amanah itu kepada hamba-Nya dengan sia-sia. Wallahua’lam

Tambahan:

Kesempatan ini aku nak mengucapkan ribuan terima kasih dekat semua kawan-kawan aku yang telah banyak membantu dan member sokongan sepanjang aku berkhidmat dalam Nursing Students Society (NurSS) moga-moga Allah S.W.T merahmati diri mereka, Amin.

Special thank to Fariduddin, Acab, Amin (president gelap aku), K. Kema, K. Lisa, K. Rehe, K. Atiq, semua batch aku (Roy, Hasan, Ismi, Fiey, Ria, Nizam, Pdot, Hum, K. Mar, K. Am, K. Lin Baby, K. Lin Kecik, Siti, Mawaddah, Nelly-[haha walaupun org panggil kau naddy tapi aku tetap nak panggil Nelly], Mamas, Dayah, Deqma, Cah, Fos, Zee, Alia, Kin, Ain & Mona), Ceroc, Yan, Hakim, Airul, Naim [anak aku], Bukhari, Meji, Azein, Muk, Ain & semua budak-budak 4th batch (sorilah..tak dapat nak ingat sorang-sorang, maklumlah dah masuk kategori gerontology).

4 comments to Selamat Tinggal Nursing Students Society (NurSS):

Haqemi said...

walaupun telah melepaskan jawatan, namun awak tetap seorang ketua...ketua kebanggaan saya.jadilah seorg pemimpin yg berjaya dunia akhirat.semoga diri awak dicucuri rahmat.

riaizzatirazali said...

wah nama aku ada! terharu! walaupun aku hanya menyakitkan otak ko. ;p

btw tq for sharing and being so understanding for as long as we have work together.

just so u know, lots of people adore the way u handle ur responsibilities, and we are grateful for that. walaupun disulami caci maki kemarahan sket tp ko tetap the best!

tq. moga ko menjadi pemimpin keluarga yg hebat. next mufti perhaps? hahaha.

ishk. cam pelik je rs aku puji kau. hahaha. jgn btau org. pukul kau nanti.

pSp said...

TQ semua..InsyaAllah mudah-mudahan dpt menjadi pemimpin dunia & akhirat serta pemimpin kelurga yg baik di masa hadapan,amin..tapi nk jd mufti tue xlah kot,aku bkn aliran agama..haha nk bg tazkirah kt kelas pun tergigil-gigil,nak keluarkan hukum?Barulah sesat org nanti haha..

Haqemi said...

Pangkat, kedudukan, jawatan bukan yg dikejar...janji diri memiliki criteria2 sebagai seorg insan dan khalifah yg di Redhai Allah SWT.Jadi guru ke, nurse ke,hatta penjual ikan tepi jalan pun...sume memberi manfaat pd org lain.Janji tanggungjwb sbg Hamba Allah, sbg anak soleh, sbg seorg ketua kelurga, sbg seorg abang, sebagai seorg nurse, sbgai seorg masyarakat kita dpt pikul dan laksanakan dgn baik.

Saturday, August 22, 2009

Selamat Tinggal Nursing Students Society (NurSS)

Posted by pSp at 7:19 AM

4 comments

Haqemi on Aug 27, 2009, 9:16:00 PM said...

walaupun telah melepaskan jawatan, namun awak tetap seorang ketua...ketua kebanggaan saya.jadilah seorg pemimpin yg berjaya dunia akhirat.semoga diri awak dicucuri rahmat.

riaizzatirazali on Aug 28, 2009, 10:13:00 PM said...

wah nama aku ada! terharu! walaupun aku hanya menyakitkan otak ko. ;p

btw tq for sharing and being so understanding for as long as we have work together.

just so u know, lots of people adore the way u handle ur responsibilities, and we are grateful for that. walaupun disulami caci maki kemarahan sket tp ko tetap the best!

tq. moga ko menjadi pemimpin keluarga yg hebat. next mufti perhaps? hahaha.

ishk. cam pelik je rs aku puji kau. hahaha. jgn btau org. pukul kau nanti.

pSp on Sep 5, 2009, 6:03:00 AM said...

TQ semua..InsyaAllah mudah-mudahan dpt menjadi pemimpin dunia & akhirat serta pemimpin kelurga yg baik di masa hadapan,amin..tapi nk jd mufti tue xlah kot,aku bkn aliran agama..haha nk bg tazkirah kt kelas pun tergigil-gigil,nak keluarkan hukum?Barulah sesat org nanti haha..

Haqemi on Sep 7, 2009, 9:38:00 PM said...