Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Doa Keselamatan Dari Wabak

Sunday, August 9, 2009

Mantan Mufti Negeri Sembilan, Dato` Syaikh Haji Mohd Murtadza bin Syaikh Ahmad telah memanjangkan satu doa yang disebut oleh para ulama kita antaranya Tok Syaikh Wan Ahmad al-Fathani dalam "Bada-i-`uz Zuhur" untuk dijadikan amalan mencari keselamatan daripada ancaman wabak penyakit dan bala` bencana. Maka amatlah munasabah untuk kita jadikan amalan dalam masa tercetusnya wabak baru yang menggelabahkan satu dunia sekarang. Vaksin tu vaksinlah jugak, tapi jangan lupa memohon kepada Allah yang Maha Berkuasa. Tok Syaikh Wan Ahmad menulis dalam kitabnya tersebut:

"Barangsiapa yang membaca beberapa kalimah ini tiga (3) kali pada pagi-pagi dan petang-petang, sejahtera ia daripada mengenai waba.”

Sumber: Bahrusshofa

Tambahan:

Setahu aku, doa ini telah diamalkan di Negeri Sembilan sejak Negara Malaysia ini dikejutkan dengan isu wabak JE (Japanese Encephalitis) pada tahun 1999 (buat masa sekarang ini, penulis tidak dapat memastikan lagi sama ada doa ini masih diamalkan atupun tidak di masjid-masjid di sekitar Negeri Sembilan). Pada waktu Negeri Sembilan dilanda wabak JE ini, Mantan Mufti Negeri Sembilan telah mengedarkan doa ini di seluruh masjid yang berada dalam Negeri Sembilan. Alhamdulillah berkat bacaan doa ini, tiada sebarang kes kematian yang melibatkan orang-orang Melayu di kawasan Bukit Pelanduk bekenaan dan wabak JE ini juga dapat dibendung daripada merebak ke seluruh Negeri Sembilan. Jadi, selain daripada kita mengamalkan langkah-langkah pencegahan wabak H1N1 yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, sebagai umat Islam rasanya tidak menjadi masalah untuk kita beramal dengan doa ini. Mudah-mudahan berkat usaha, doa dan tawakal, Allah S.W.T menjauhkan kita dari segala bala bencana yang diturunkan. Wallahua’lam

1 comments to Doa Keselamatan Dari Wabak:

Haqemi said...

segala ilmu, kemahiran dan pengalaman adalah kurniaan AllahSwt utk dimanfaatkan kepada org lain. Kata Nab;" Sebaik2 kamu adalah org yang paling bermanfaat utk manusia."
p/s: doa ini bagus,InsyaAllah jika diamalkan dgn istiqamah maka dijauhkan Allah dari segala wabak penyakit dan bala.sememangnyer dunia skrg tak pernah sunyi dari wabak, satu per satu datang menghampiri..

Sunday, August 9, 2009

Doa Keselamatan Dari Wabak

Posted by pSp at 5:08 PM

1 comments;

Haqemi on Aug 15, 2009, 9:06:00 AM said...