Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Showing posts with label Nursing. Show all posts

Harap – harap Ini Bukan Agenda Politik

Tuesday, April 6, 2010

Lebih banyak jururawat berijazah di hospital swasta

04/04/2010 11:13am

PUTRAJAYA 4 April - Perkhidmatan perubatan di Malaysia sedang mengalami satu perubahan dengan perkhidmatan yang lebih baik terutama di wad-wad klinikal berikutan lebih banyak jururawat berijazah diambil untuk berkhidmat di tempat-tempat itu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kementerian itu sedang bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi bagi melahirkan kira-kira 2,000 jururawat berijazah setahun melalui Ijazah Sarjana Muda Sains Kejururawatan dari universiti awam dan swasta.

"Di peringkat kementerian, kami mampu melatih 8,000 orang di kolej dan sekolah-sekolah kejururawatan tetapi sekolah dan kolej ini tidak menawarkan kursus peringkat ijazah. Oleh itu, pada masa ini, kami sedang bekerjasama dengan universiti awam dan swasta untuk melatih lebih ramai jururawat.

"Dengan ini, kami berharap lebih ramai jururawat berijazah dapat dilahirkan dalam usaha kami untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan, terutama di bidang klinikal,” katanya.

Liow berkata, dengan adanya lebih ramai jururawat berijazah, ia membolehkan kementerian untuk meletakkan mereka di wad-wad klinikal.

"Sekarang kami mahu jururawat klinikal, berkhidmat di wad-wad klinikal, bagi mempertingkatkan perkhidmatan.

“Untuk melakukannya, kami juga sedang dalam proses untuk melaraskan gred bagi jururawat yang ada di bawah Kementerian Kesihatan agar setanding dengan jururawat berijazah yang baru menyertai perkhidmatan di bawah skala gaji U41,” katanya. – Bernama

Ulasan Sedikit:

Sebenarnya isu ini bukanlah kali pertama ditayangkan didalam keratan akhbar. Rasa-rasanya, tahun sebelum-belum ini pun sudah ada cerita yang seperti ini dalam keratan akhbar. Namun kalau dilihat daripada apa yang diperkatakan didalam keratan akhbar ini, seharusnya kami sebagai pelajar – pelajar jurusan kejururawatan (ijazah khususnya) sudah boleh menarik nafas lega. Cuma, daripada pengalaman – pengalaman senior aku sebelum ini, tidak menunjukan apa yang di ceritakan di dalam akhbar itu adalah suatu perkara yang benar.

Apa yang menjadi persoalan di sini adalah isu ini kelihatan seolah – olah seperti satu agenda politik dalam bidang kesihatan. Kalau dilihat daripada tajuk akhbar berkenaan, timbul dua persoalan dalam fikiran aku, (1)apakah pihak swasta yang lebih mengutamakan soal keuntungan akan mengeluarkan modal yang lebih banyak semata –mata untuk mengambil pelajar lepasan ijazah bekerja di tempat mereka sedangkan mereaka mempunyai peluang untuk mengambil pelajar lepasan diploma yang boleh dibayar dengan kadar yang lebih murah. (2)Mengapa pula usaha yang sedemikian tidak dilaksanakan terhadap hospital milik kerajaan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan untuk rakyat agar selaras dengan Gagasan 1 Malaysia yang dicanangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang mana rakyat didahulukan dan pencapaian di utamakan??

Harapan aku agar isu ini bukanlah salah satu daripada agenda politik di Malaysia semata - mata. Perkara yang perlu diberi keutamaan di sini adalah peluang pekerjaan yang ditawarkan adalah selaras dengan jumlah bilangan jururawat yang hendak dihasilkan agar jangan pula selepas ini timbul isu baru yang menghubung – kaitkan bidang kejururawatan dengan masalah penganggur di Malaysia. Wallahua’lam.

They Cannot Replace Doctors - Apa Kata Aku

Sunday, February 14, 2010

They cannot replace doctors

I AGREE with Datin Hatijah Yusof that nurses' standards should be raised ("Lift our nurses' standards" -- NST, Jan 15).

But the job of lower ranking nurses involves changing patients' diapers and cleaning the patients, including bathing and dressing them and making their beds. It is for this reason that they are known as the support group.

So, too, are the laboratory technicians, microbiologists and pathologists. They are not in the frontline of medical service. They are not the ones who assess the patients and admit patients to the wards by writing case notes. This is the job of doctors. Medical assistants who assess and dispense medication to patients, too, are not doctors because they do not have a Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS) qualification.

Those in these categories can take exams to get their master's and then PhD in the support group professions.

The writer says she wants the PhD holders of this support group to be placed under the professional group. I don't agree. But since they have PhD in the studies related to the hospital support group, they should be known as professional support group.

If they want a further upgrading, they should take the MBBS exam. Why not attain the MBBS and then sit along with the doctors?

Professional nurses with PhD in nursing care could open their own private practice, as in Western countries. But it will not do well financially because the public is not interested in seeing nurses if they are sick; they want to see doctors. So, how can we place nurses with PhD on the same platform as medical doctors?

Many medical doctors will feel humiliated if support personnel are placed in the same category with them. But I suppose it will only add to other humiliations medical doctors face.

There is no prestige in our profession any more. For instance, laboratory technicians are made heads of pathology departments, lording it over medical doctors. And they earn more than us. Nurses are appointed hospital directors in Sabah. Seriously, there's nothing special about the medical profession any more.

Do a survey of government hospitals and you'll realise that there are hardly any older doctors around, because most of them would have been bullied into resigning or would have gone into private practice. Some, in their 60s, are hardly making ends meet because there are too many medical doctors around, although the government claims there are not enough doctors.

Why create a subsidiary group of hospital professionals, like degree-holding nurses, placed on the same grade and pay scale as medical doctors, and then put them on a fast track for hospital directorships?

Imagine having someone from the subsidiary group as your head of department and the head of the hospital.
This cheapens the medical profession.

M.B.B.S, Taiping

Apa Kata Aku:

Tulisan aku kali adalah bagi mengulas tulisan daripada keratan akhbar daripada akhbar NST yang bertajuk “They Cannot Replace Doctors”. Tulisan ini dibuat adalah sebagai respon terhadap tulisan oleh Datin Hatijah Yusof – Honorary General Secretary Malaysia Nursing Association (MNA). Sebenarnya aku malas nak mengulas isu ini kerana bagi aku golongan-golongan macam ini sebenarnya tidak memahami lansung akan isu yang ingin diperkatakan. Sebagai contoh mudah,kita boleh nilai daripada tajuk tulisan artikel tersebut.

Bagi golongan yang benar-benar memahami akan jurusan kejururawatan ini, maka mereka tidak akan mempersoalkan sama ada bolehkah seorang jururawat itu menggantikan seorang doktor ataupun tidak kerana sememangnya secara jelasnya kedua-dua jurusan ini merupakan dua bidang yang berbeza. Fungsi seorang doktor adalah mengenal pasti dan merawat penyakit-penyakit bagi seorang pesakit manakala bagi seorang jururawat pasti, fungsi mereka adalah mengenal pasti masalah-masalah yang ditimbulkan oleh penyakit pesakit serta menguruskan soal-soal penjagaan pesakit tersebut.

Oleh itu, seharusnya tidak timbul permasalahan seperti yang diutarakan oleh penulis. Namun begitu, jika dinilai akan tulisan tersebut secara mendalam, dapatlah difahami bahawasanya tulisan berkenaan lebih berkisarkan kepada soal menjaga imej mereka yang memegang status kedoktoran. Bagi penulis, imej dan status adalah segala-galanya. Sikap sedemikian rupa ini sebenarnya lebih memberikan imej dan tanggapan buruk masyarakat terhadap golongan doktor. Hal ini kerana, penulis seolah-olah meletakkan status dan imej doktor itu perkara pokok bagi setiap orang yang ingin menceburi bidang kedoktoran. Sedangkan matlamat utama kita dalam bidang kesihatan ini adalah untuk memastikan tahap kesihatan masyarakat yang tinggi.

Bagi umat Islam pula, adalah merupakan kewajipan ke atas diri kita dalam melakukan setiap pekerjaan itu demi mendapat keredhaan Alla S.W.T semata-mata dan bukan hanya berkisar kepada kebendaan semata-mata. Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”

Bagi kami yang berada dalam bidang kejururawatan, program ijazah, mastar ataupun PhD dalam bidang kejururawatan adalah merupakan suatu process penambahbaikan program kejururawatan yang telah sedia ada. Penambahbaikan bidang kejururawatan ini merupakan salah satu cara dalam menambahbaikan bidang kesihatan serta meningkatkan kualiti terhadap penjagaan pesakit-pesakit di Malaysia. Jika penulis merasakan bahawa golongan jururawat tidak boleh dianggap sebagai golongan professional walaupun mereka mempunyai ijazah, mastar ataupun PhD semata-mata kerana terdapat tugasan-tugasan jururawat yang bersifat “low class” pada pandangan mata penulis maka secara peribadinya saya merasakan bahawa penulis bukanlah merupakan seorang lulusan kedoktoran yang layak digelar seorang yang professional kerana bersikap “prejudice” dan “bias” terhadap golongan – golongan jururawat.

Sikap ini kalau kita lihat bukanlah merupakan suatu sikap yang sepatutnya dilakukan oleh seorang yang menggelarkan diri mereka sebagai seorang yang professional. Golongan bersikap demikian sebenarnya adalah mereka yang tidak professional walaupun secara zahirnya mereka tergolong dalam kumpulan professional. Hal ini kerana sikap yang sedemikian rupa boleh mencetuskan suasana yang tidak harmoni di tempat kerja serta boleh menjejaskan kerjasama antara satu sama lain. Oleh itu seharusnya penulis mengamalkan sikap terbuka dan adil dalam menilai sesuatu perkara atau isu semoga pandangan dan idea yang di berikan dapat membezakan antara penulis dengan seekor beruk.

Sepanjang pengalaman saya menuntut ilmu daripada pelbagai doktor seperti doktor pakar, ketua department dan sebagaianya, belum pernah ada yang berpandangan sempit seperti pandangan yang diberikan oleh penulis mengenai isu berkaitan program ijazah, mastar dan PhD dalam bidang kejururawatan. Oleh itu, suka saya menyarankan agar penulis memahami isu yang hendak diperkatakan sebelum memberi sebarang pandangan yang akhirnya menunjukkan kelemahan diri sendiri. Allah S.W.T telah berfirman dalam Al-Quran surah Al – Hujurat ayat 11 yang bermaksud:

"Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (daripada kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak daripada kaum perempuan, mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah daripada kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan jangan pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya itu maka merekalah orang yang zalim. "

Wallahua’lam.

Ulasan mengenai tajuk yang sama boleh klik dekat bawah nie:

http://fieyahmad.blogspot.com/2010/02/putting-smile-on-face.html

Mencari Semangat Yang Hilang – We are The Agents of Changes

Saturday, October 17, 2009
Sudah 2 minggu aku berada di Temerloh untuk menjalani clinical posting di Hospital Sultan Hj. Ahmad Shah (HoSHAS). Entah kenape posting kali ini aku seolah-olah lost dengan kehidupan aku. Semangat aku untuk terus kekal dalam bidang nursing nie makin hilang. May be I’m not worthy enough to be staff nurse. Kata-kata ni yang bermain kat dalam kotak pemikiran aku selama 2 minggu posting dekat Temerloh. Mungkin sebelum ini perasaan ini taklah membuak sangat kerana aku bekerja hanya sebagai assistance kepada staff nurse sahaja. Ape yang mereka order aku just follow. Tapi untuk posting kali ini yang melibatkan aku untuk manage pesakit-pesakit seperti seorang staff nurse yang sebenar adalah benar-benar merupakan satu cabaran yang aku rasa seperti bebanan yang tidak mampu untuk dipikul lagi.

Kadang-kadang aku rasa seperti aku sudah melaksanakan tanggungjawab untuk manage pesakit-pesakit di wad, tapi kadang-kadang aku masih merasakan yang aku sebenarnya just follow staff nurse punyer order (kenyataan ini bukan bermaksud staff nurse kat HoSHAH yang bersalah tapi lebih kepada diriku yang tak berapa pandai nak manage pesakit). Mungkin masalah ini aku sorang sahaja yang hadapi. Kawan-kawan yang lain nampaknya seperti tidak mempunyai banyak masalah.Inferior juga bile tengok member-member lain sentiasa bersemangat.

Bila dah jadi macam nie..aku teringat balik pada kata-kata Dr. Faridah sewaktu dia mengajar subject management in nursing dekat dalam kelas aku. Kata Dr. Faridah, “you are the agents of changes and hopefully I want to see the changes in nursing come from UIA students and UKM students”. Bila teringat kata-kata beliau, aku selalu terfikir, apakah layak untuk aku menjadi faktor perubahan dalam bidang kejururawatan ini seperti yang diharapkan oleh beliau.

Buat masa sekarang ini, masih jauh lagi untuk melayakan diri sebagai faktor kepada perubahan dalam nursing. Masih banyak yang perlu aku perbaiki dalam hidup ini. Yang paling penting, aku perlu mencari titik permulaan untuk aku bangkit semula dalam perjuangan hidup nie. Yang paling utama, perlu adanya semangat dalam diri ini. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan hamba-Nya yang lemah ini.

Tambahan:

Penghargaan kepada Hassan & Roy yang selalu mendengar rungutan aku & sentiasa memberi support. Terima Kasih juga kepada Ismi & Fiey sebab bagi aku nasihat disaat tengah down nie, mudah-mudahan nasihat korang akan sentiasa menjadi paduan dalam hidup aku… InsyaAllah.

I. Jangan mudah berprasangka, terutamanya berprasangka kepada Allah S.W.T…Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

II. Sesungguhnya, tanggungjawab itu amatlah berat dan besar sekali..Bagi sahabat-sahabat dan adik-adik yang telah MEMILIH atau PAKSARELA berada di jalan ini, fikirkanlah, ada sebab 'mengapa DIA pilih kita untuk berada di sini. Mungkin untuk menjadi 'nurse'. Mungkin juga tidak...Tapi, yang pasti, di situ pasti terletak hikmah kenapa kita di sini hari ini. HIKMAHNYA??Terokailah sendiri berbekalkan AKAL, HATI dan IMAN yang diberi.

Wallahua'lam

Diploma Nurse dan Degree Nurse-Persaingan atau Perubahan??

Friday, September 18, 2009

Baru-baru ini aku ade terbaca tentang perbincangan satu isu berkenaan degree nurse di Forum Paramedik (boleh link melalui alamat ini bagi sesiapa yang berminat nak baca; http://paramedik.bbfr.net/berita-terkini-warga-jururawat-f79/jururawat-u41-tiada-fungsi-t5122-30.htm). Alhamdulillah, daripada penulisan dan perbincangan yang dibuat, masih terdapat sesetengah pihak dalam bidang kesihatan yang memahami tentang permasalahan dan memberikan respond yang sangat baik dalam menilai permasalahan ini. Selepas membaca beberapa perbincangan yang dibuat, terasa seperti dapat bernafas kembali kerana dalam keadaan tidak sedar masih ada golongan yang mempunyai pemikiran terbuka mengenai permasalahan ini dan tidak jumud dalam memberi komentar masing-masing. Bermakna dekat sini, kita masih mendapat sokongan bagi sesetengah pihak yang berfikiran terbuka berkenaan isu degree nurse dan diploma nurse ini.

Cuma untuk ruang kali ini aku sekadar hendak berkongsi pandangan mengenai isu disebalik ‘degree nurse dan diploma nurse’. Buat masa sekarang ini, masih ramai lagi orang yang keliru dengan kewujudan ijazah sarjana muda dalam jurusan kejururawatan. Ada yang merasa pelik dengan kewujudan kursus ini dan ada juga yang merasakan kewujudan kursus ini sebagai suatu yang tidak penting. Apa-apa pun pandangan orang tehadap isu ini, kebanyakan mereka yang menolak kewujudan ‘degree nurse’ ini mungkin atas dasar ketidak jelasan terhadap isu tersebut. Pada pandangan aku, kursus ini sememangnya perlu diwujudkan dan seharusnya benda ini telah berlaku lebih awal lagi. Cuma pemasalahan sekarang ini terdapat sesetengah pihak yang masih tidak mahukan perubahan mungkin atas dasar kepentingan peribadi masing-masing. Lebih menyedihkan lagi, penolakan orang terhadap khursus ini datangnya dari mereka yang berlatar belakangkan bidang kesihatan. Semua orang perlu sedar bahawa kewujudan kursus ijazah sarjana muda dalam jurusan kejurawatan ini sebenarnya sebagai suatu proses perbaikan bidang kejururawatan dan bukan sebagai saingan kepada mereka yang berada dalam kursus diploma kejururawatan seperti kebanyakan pihak anggap.

Pengenalan kepada kursus ijazah sarjana muda dalam bidang kejururawatan ini merupakan langkah pertama dalam proses untuk menangkat profession kejururawatan ini ke suatu tahap yang lebih tinggi. Namun begitu hasrat ini mugkin tidak akan terlaksana apabila wujud fenomena yang seakan-akan menafikan degree nurse di hospital-hospital kerajaan hanya kerana perbezaan bayaran atau tangga gaji yang merupakan isu sampingan. Bagi pendapat aku, bayaran tangga gaji yang lebih kepada mereka yang mempunyai ijazah dalam bidang kejururawatan ini bukanlah satu bentuk ketidakadilan kepada diploma nurse kerana mereka yang mengikuti kursus ijazah ini sebenarnya menjalani proses pembelajaran yang lebih lama daripada mereka yang mengikuti kursus diploma. Justeru itu, cost pembelajaran mereka lebih tinggi dan bayaran yang mereka perolehi sebenarnya akan digunakan untuk membayar pinjaman pembelajaran mereka.

Cubalah kita bayangkan, jika kursus ijazah kejururawatan ini ditutup hanya kerana semata-mata terdapat pihak yang tidak bersetuju dengan bayaran yang mereka terima, apakah nasib profession kejururawatan ini di masa hadapan?? Bagaimana pula dengan nasib-nasib diploma nurse yang ada?? Adakah mereka hanya akan kekal ditahap diploma seumur hidup mereka dan tidak akan ada proses pembaikan dalam hidup mereka?? Jika ini yang akan berlaku, maka selama-lamanyalah diploma nurse ini akan menerima bayaran yang sama apabila tidak berlakunya ‘upgrading process’ dalam diri mereka. Bukankah itu akan memberi kerugian kepada profession kejururawatan itu sendiri?? Malah tidak salah kalau dikatakan bahawa perkara ini juga akan merugikan bidang kesihatan itu sendiri.

Mungkin semua akan tertanya-tanya bagaimana dengan penutupan atau ketidak iktirafan dari sesetengah pihak terhadap kursus ijazah kejururawatan ini akan merugikan?? Sebenarnya, kalau dilihat di negara-negara maju seperti US, UK, Hong Kong and Australia, kebanyakan kursus kejururawatan telah berada pada tahap yang lebih tinggi seperti degree, master atau PHD. Keadaan ini memberi kelebihan kepada jururawat di sana untuk sama-sama terlibat dalam membuat keputusan yang berkaitan rawatan dan penjagaan pesakit tanpa mengharapkan kepada arahan doctor semata-mata. Kerjasama di antara jururawat dan doktor akan menjadi lebih berkesan apabila jururawat mempunyai pengetahuan yang setaraf dengan doctor. Jadi, melalui kursus ijazah dalam kejururawatan ini juga barulah kita dapat kikis tanggapan bahawa jururawat hanya berkerja sebagai ”iron maid” doktor sahaja kerana apa sahaja keputusan doktor perlu diikut. Sebaliknya, apabila pengetahuan kejururawatan ini sudah hampir sama dengan doctor, meraka juga boleh membuat keputusan bila masa ketiadaan atau kekurangan doktor di wad hospital. Pendek kata, bebanan kerja doctor boleh dikurangkan. Cuma disini perlu dijelaskan juga bahawa bukanlah jawatan degree nurse ini boleh mengambil alih bidang tugasan doctor, tapi sekadar dapat mengurangkan bebanan kerja doktor apabila pengetahuan yang mereka miliki hampir lebih kurang sama. Juga perlu difahami bahawa bidang kuasa doktor dan jururawat adalah berbeza yang mana doktor lebih kepada ‘treatment and curing of diseases’ manakala jururawat lebih kepada ‘caring of patients’.

Kesimpulannya, kursus ijazah kejururawatan ini bagus, Cuma terdapat segelintir pihak yang berkepentingan sahaja yang merasakan benda ini merugikan. Cubalah kita bayangkan bila mane di Negara Malaysia ini kita dapat melahirkan degree nurse dan pada masa yang sama juga kita dapat mengupgrapekan taraf diploma nurse yang ada ke tahap degree?? Kita sebenarnya dapt menubuhkan suatu profession yang mana akan dapat member impak kepada sistem kesihatan bila mana suara kita akan didengari dan diterima pakai oleh masyarakat. Sebaliknya, jika kita masih hendak mengekalkan kedudukan jururawat ini pada kedudukan kumpulan sokongan sahaja sepertimana yang berlaku pada hari ini, maka tidak akan ada satu pihak pun yang akan menerima pandangan dan cadangan kita.

Cubalah kita renungkan kepada profession perguruan yang mana mereka telah berjaya menubuhkan suatu gagasan yang mewakili guru-guru di seluruh Malaysia (tanpa mengira mengira tangga gaji; diploma,degree atau master) dan mampu untuk mengeluarkan pendapat atau cadangan yang difikirkan sesuai dengan sistem pendidikan di Malaysia. Mereka juga dapat mempertahankan segala hak-hak yang berkaitan dengan kepentingan mereka bersama.

Betapa indahnya jika bidang kejururawatan juga mampu mengikuti jejak langkah ini. Sebenarnya, kita yang memegang profession kejurawatan ini juga boleh mencontohi profession perguruan jika kita tidak terlalu berfikiran sempit hanya kerana isu-isu yang remeh-temeh (doctor dan jururawat tidak boleh sama tahap, bayaran doctor dan jururawat tidak boleh sama, degree nurse buat kerja yang sama dengan diploma jadi buat apa nak bayar lebih) yang diketengahkan oleh sesetengah pihak yang tidak menyukai akan perkembangan dalam bidang kejururawatan ini. Akhir sekali, minta semua pihak terutamanya para jururawat yang ada agar dapat berfikir dengan jelas dan baik. Sama ada kita ini degree nurse atau diploma nurse, kita sebenarnya berkongsi tujuan dan matlamat yang sama.

Wallahua’lam

Selamat Tinggal Nursing Students Society (NurSS)

Saturday, August 22, 2009

Alhamdulillah, kurang daripada seminggu lagi maka aku akan terlepas dari segala bebanan kerja yang telah membelenggui hidup aku selama tiga tahun. Walaupun perit selama tiga tahun hidup dalam melaksanakan kerja-kerja untuk orang lain, aku tetap bersyukur kerana mungkin inilah pengalaman penting dalam membina dan mencorak hidup aku selepas ini. Mudah-mudahan, dengan rahmat Allah S.W.T yang Maha Luas itu aku mendapat keberkatan dan juga keampunan sepanjang melaksanakan kerja-kerja yang serba dengan kekurangan atas kelemahan diri sendiri.

Cuma apa yang hendak dikongsikan di sini sepanjang aku berada dalam Nursing Students Society (NurSS) ialah amanah atau tanggung jawab itu kadang-kadang di pandang enteng oleh sesetengah individu. Mungkin bagi sesetengah orang, jawatan bendahari itu senang dan mudah, maklumlah hanya menjaga kewangan persatuan yang duit hanyalah seciput kalau nak bandingkan dengan menteri kewangan Malaysia yang memegang amanah yang lebih besar dan duit yang lebih banyak. Tetapi bagi aku, amanah itu tetap amanah. Walaupun hanya sebesar zarah atau seringan bulu sekalipun, amanah itu tetap akan dikira dan dipandang oleh Allah S.W.T seperti mana yang disebut di dalam Al-Quran:

“Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.” (Al Zalzalah: 7-8)

Kalau disingkap kisah tokoh Islam yang terkemuka seperti Khalifah Umar Abdul Aziz, kita akan dapat melihat betapa beliau seorang yang menjaga amanahnya sehingga ketika beliau dilantik untuk menjadi khalifah Islam beliau menangis ketakutan kerana bimbang tidak mampu memikul amanah yang diberikan. Tangisan beliau bukanlah menunjukan beliau seorang yang lemah bahkan membuktikan betapa tingginya sifat taqwa beliau kepada Allah S.W.T. Cuba kita renung balik pada diri kita, adakah kita benar-benar bertaqwa seperti Khalifah Umar Abdul Aziz? Adakah tatkala kita dipilih mengetuai sesuatu kita akan benar-benar takut kerana memikirkan betapa diri ini lemah untuk memikul amanah daripada Allah S.W.T ataupun kita sekadar berbangga menerima jawatan yang dengannya kita mampu berkuasa terhadap sesuatu perkara.

Insaflah dengan diri kita sendiri supaya kita tidak jauh dibuai dengan kelazatan dunia. Ingatlah, tatkala di akhirat kelak,kita akan pasti dipersoalkan dengan amanah yang telah kita pikul. Amanah yang tidak dipegang dengan baik kelak pasti akan menjadi beban yang perit di akhirat nanti. Namun begitu, tidak ramai yang amik kisah atau peka dengan perkara ini. Kalau kita lihat dunia sekarang ini semakin terbalik. Orang berebut-rebut untuk memegang jawatan walaupun terpaksa mengetepikan soal agama yang sepatutnya menjadi perkara pokok dalam hidup kita sebagai umat Islam. Kadang-kadang, terdapat sesetengah individu sanggup mempergunakan agama untuk membenarkan perjuangan mereka. Golongan ini selalunya lupa bahawa niat tidak menghalalkan cara. Sikap seperti inilah akhirnya nanti akan memakan diri sendiri. Justeru, kesempatan ini aku ingin mengingatkan diri aku dan juga orang-orang lain agar sentiasa berhati-hati dalam memegang amanah kerana setiap amanah itu datangnya daripada Allah S.W.T dan Allah tidak memberikan amanah itu kepada hamba-Nya dengan sia-sia. Wallahua’lam

Tambahan:

Kesempatan ini aku nak mengucapkan ribuan terima kasih dekat semua kawan-kawan aku yang telah banyak membantu dan member sokongan sepanjang aku berkhidmat dalam Nursing Students Society (NurSS) moga-moga Allah S.W.T merahmati diri mereka, Amin.

Special thank to Fariduddin, Acab, Amin (president gelap aku), K. Kema, K. Lisa, K. Rehe, K. Atiq, semua batch aku (Roy, Hasan, Ismi, Fiey, Ria, Nizam, Pdot, Hum, K. Mar, K. Am, K. Lin Baby, K. Lin Kecik, Siti, Mawaddah, Nelly-[haha walaupun org panggil kau naddy tapi aku tetap nak panggil Nelly], Mamas, Dayah, Deqma, Cah, Fos, Zee, Alia, Kin, Ain & Mona), Ceroc, Yan, Hakim, Airul, Naim [anak aku], Bukhari, Meji, Azein, Muk, Ain & semua budak-budak 4th batch (sorilah..tak dapat nak ingat sorang-sorang, maklumlah dah masuk kategori gerontology).

“Maslow’s Hierarchy Model” – Kebenaran & Kenyataan

Thursday, August 13, 2009

Idea ini muncul sewaktu aku sedang menyiapkan assignment subjek oncology yang bertajuk “The Spiritual Need of Cancer Patient”. Rasa-rasanya semua orang pun dah kenal dengan gambar rajah ini. Model yang dicipta oleh Abraham Maslow lebih kurang setengah abad yang lalu. Aku masih ingat lagi, sewaktu awal-awal belajar di Kulliyyah Kejururawatan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, model ini adalah antara model yang terawal kitaorg belajar untuk memahami tingkah laku manusia supaya dapat memberikan perkhidmatan dan penjagaan kesihatan yang menyeluruh terhadap pesakit (main goal for every nursing in providing care toward patient-holistic care).

Rasanya, mana-mana pusat pengajian kejururawatan di Malaysia ini pun tidak akan terlepas dalam menggunakan model ini untuk memahami tingkah-laku manusia. Mungkin model ini dianggap yang terbaik dalam usaha nak mencapai ‘holistic care’ terhadap pesakit-pesakit di hospital. Tapi bagi aku, masih terdapat kekurangan yang kita tak pernah nampak atau kalau nampak pun mungkin anggap tidak penting. Kekurangan ini sebenarnya penting untuk seseorang jururawat yang mahu memberikan ‘holistic care’ kepada pesakit-pesakit dia. Kelemahan yang dimaksudkan adalah mengenai ‘spiritual need’ pesakit.

Kalau kita selidik balik, model ‘Maslow Hierarchy’ ini kurang menyentuh hal-hal yang berkaitan spiritual need (keinginan atau kecenderungan kepada agama). Walhal, ‘spiritual need’ ini adalah sangat penting dalam kita nak merawat pesakit terutamanya rakyat Malaysia yang sangat berpegang teguh pada agama, baik Melayu, Cina atau India. Justeru itu, bila kita sebagai pelajar-pelajar kejururawatan yang belajar menggunakan model ini untuk memberi rawatan kepada pesakit-pesakit, berkemungkinan kita juga terlepas pandang dan tidak menitik beratkan soal-soal agama dan ibadah dalam memberikan rawatan kepada pesakit.

Tengok sahajalah keadaan pesakit-pesakit di dalam wad, cuba kita tanya pada diri kita, berapa ramai yang melaksanakan solat lima waktu dan berapa ramai pula jururawat-jururawat yang memberikan nasihat dan panduan untuk pesakit menunaikan kewajipan terhadap agama mereka. Dalam konteks ini, boleh dikatakan majoriti pesakit tidak mengambil berat terhadap masalah ini atau ada pesakit yang masih tidak jelas mengenai keperluan kita sebagai umat Islam dalam melakukan ibadah walaupun dalam keadaan uzur. Kalau dilihat pada sistem kesihatan di Malaysia, boleh dikatakan, sistem di sini kurang menitik beratkan soal berkaitan ‘spiritual need’ pesakit yang mana sepatutnya menjadi pokok utama kerana sebagai seorang yang beragama kita pecaya bahawa sakit dan sihat itu datangnya daripada Allah S.W.T. Begitu juga dengan agama yang lain seperti agama Budha dan Hindu yang mana aku percaya masing-masing mempunyai pendekatan tersendiri.

Pokok utama di sini bukanlah tujuan aku untuk menghalang mana-mana pelajar kejururawatan daripada belajar mengenai “Maslow’s Hierarchy Model” ini, tetapi lebih kepada untuk menyeru agar kita lebih berfikiran terbuka dan bukan sahaja menerima bulat-bulat setiap pekara yang diberikan kepada kita. Sebaliknya, kita perlu memperkasakan diri kita dengan lebih banyak membaca untuk menambah ilmu di dada supaya kita sebagai jururawat dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit-pesakit dalam segala aspek di masa hadapan. Wallahua’lam.

Read more about Maslow’s Hierarchy Model from different angel at http://www.deepermind.com/20maslow.htm

Posted by pSp at 8:00 AM 2 comments

Continue Reading

Sunday, February 14, 2010

They Cannot Replace Doctors - Apa Kata Aku

Posted by pSp at 8:50 PM 0 comments

Posted by pSp at 3:10 PM 0 comments

Posted by pSp at 9:34 AM 50 comments

Posted by pSp at 7:19 AM 4 comments

Posted by pSp at 9:12 PM 0 comments