Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Musibah atau Rahmat??

Saturday, September 5, 2009

Semalam bersamaan 4hb September 2009 bersamaan 14 Ramadhan 1430H mencatatkan sejarah istimewa apabila selipar aku hilang buat kali ke-3 di masjid sewaktu solat teraweh. Heran dan pelik kerana tidak aku sangka masih terdapat segelintir orang yang tidak mendapat kesan walaupun kita sudah berpuasa selama 14 hari.

Tatkala ramai orang Islam yang sibuk mencari dan mengejar malam Lailatul Qadar, masih terdapat mereka yang leka dengan hal-hal duniawi. Ya Allah, Engkau jauhilah diriku daripada tergolong kedalam orang-orang yang rugi.

Mungkin ini semua dugaan yang telah Allah S.W.T tentukan kepada diriku dalam melatih diri menjadi insan yang penyabar. Ya Allah, Engkau jadikanlah musibah yang telah Engkau berikan kepadaku sebagai jambatan kesenangan di akhirat kelak.

Biarlah aku kehilangan selipar pada hari ini asalkan aku tidak kehilangan Rahmat Allah S.W.T yang Maha Luas. Siapa yang tahu, mungkin disebalik musibah yang menimpa diri kita di dunia ini akan menjadi Rahmat di akhirat kelak. Hanya Allah yang Maha Mengetahui akan sesuatu kejadian. Sesungguhnya, Allah S.W.T tidak akan menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Wallahua’lam

Renungan:

Maha Suci Allah S.W.T daripada menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Firman Allah S.W.T:

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. (Ali Imran: 190-191)

2 comments to Musibah atau Rahmat??:

Haqemi said...

Tahniah dan takziah la sbb dah 3 kali awak kehilangan selipar..Tahniah bila awak redha dengan kehilangan selipar tu dan awak menganggap kehilangan tu sebagai sedekah dan diniatkan sbg rezeki kpd org lain, takziah krn mungkin kehilangan selipar menyebabkan awak hilang sabar. Kehilangan bukan bererti musibah ,bukan juga beerti malang, malah ader rahmat sekiranyer hati disusuli dgn keredhaan.Awak niatkan sebagai sedekah k.Sesungguhnye Allah Subhanahu Wa Ta’ala benar-benar memuliakan orang-orang yang bersedekah. Ia menjanjikan banyak keutamaan dan balasan yang menakjubkan bagi orang-orang yang gemar bersedekah. Terdapat ratusan dalil yang menceritakan keberuntungan, keutamaan, kemuliaan orang-orang yang bersedekah.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi, di shahihkan Al Albani dalam Shahih At Tirmidzi, 614)

“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588)
Allah Ta’ala berfirman:
“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)

Kesian kat sahabat sy yg seorg nie.Lain kali pakai selipar yg biase2 je Mr Perfect,takperlu pakai selipar yg brand2..nanti hati pulak tak tenteram time slt memikirkan selipar akan ilang.hehe.saya tumpang sedih.nanti sy beli selipar yg baru kat mydin k.
Antara alternative2 yg perlu seseorg buat bila berhadapan dgn masalah yg serupa dgn sahabat sy di atas adalah:
1)pakai selipar jepun je bila pi kat tempat org yg keramaian.Datuk saya pernah bcerite ketika menunaikan solat kat masjidil haram pun ade byk kes kecurian selipar.
2)pakai selipar yg unik mcm ader bunga2 n wrn yg striking(oren,kuning) baru org tak terliur nak curi.hehe.tu pengalaman saye.

pSp said...

hm tima kasih la...dah pakai selipar tandas pun kena rembat jugak,nak wat mcm maner kan??Dari sehensem selipar sampai tggl selipar jamban pun kena rembat gak,mmg x boleh nak wat aper dah...redha jea

Saturday, September 5, 2009

Musibah atau Rahmat??

Posted by pSp at 5:12 PM

2 comments

Haqemi on Sep 7, 2009, 9:35:00 PM said...

pSp on Sep 8, 2009, 1:18:00 AM said...