Sebelum kita menutupkan tirai tahun 2009 yang lepas, umat Islam khususnya telah dilanda beritaa mengejut mengenai kemenangan pihak Kristian di Mahkamah Tinggi dalam tuntutan menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguannya (Herald - The Catholic Weekly). Ini merupakan suatu tamparan kepada seluruh umat Islam khususnya di Malaysia kerana kalimah Allah merupakan suatu perkataan suci yang menjelaskan akan Konsep Ketuhanan Umat Islam seluruh dunia seperti mana yang telah dijelaskan dalam Surah Al-Ikhlas dan sememangnya perkataan Allah adalah merujuk kepada Tuhan yang Maha Esa bagi seluruh umat Islam. Kesan daripada keputusan yang telah dibuat oleh pihak mahkamah itu dilihat oleh kebanyakkan ulama arusperdana di Malaysia ini sebagai suatu perkara yang akan menimbulkan kekeliruan dan kegusaran di kalangan umat Islam.
Lebih menyedihkan lagi bila mana terdapat segelintir tokoh ilmuwan atau politik yang telah menyokong dan membenarkan perkara ini berlaku. Kalau dinilai secara zahirnya sememangnya apa yang dinyatakan oleh golongan ini adalah benar. Namun, penjelasan bagi mereka yang memahami isu ini secara mendalam akan memperlihatkan betapa pentingnya umat Islam bagi mempertahankan kalimah Allah daripada digunakan oleh pihak kristian. Isu tuntutan kalimah Allah ini bukanlah hanya isu yang menyentuh istilah semata-mata, tetapi lebih kepada kepercayan dan keimanan seseorang umat Islam.
Hujah bagi golongan yang menyokong penggunaan kalimah Allah ini adalah bahawasanya penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan Islam memang telah wujud sejak zaman Rasulullah S.A.W. Perkara ini memang tidak boleh dinafikan tetapi kita sebagai umat Islam perlu memahami bahawasanya Allah S.W.T telah menghantar Rasulullah S.A.W bagi memperbetulkan pemahaman golongan jahiliyah ini yang salah terhadap Allah S.W.T. Masyarakat jahiliyah pada zaman Rasulullah S.A.W telah menggunakan kalimah Allah pada pemahaman yang salah dan ini telah tolak dan diperbetulkan oleh Rasulullah S.A.W melalui wahyu-wahyu yang telah diturunkan oleh Allah S.W.T.
Kesimpulannya telah berlaku proses pengislamisasikan kalimah Allah oleh Rasulullah S.A.W melalui wahyu-wahyu yang diturunkan oleh Allah. Oleh itu, sebarang tindakan membenarkan atau menyokong penganut agama lain selain daripada Islam menggunakan kalimah ini adalah umpama kita menterbalikan kembali apa yang telah dibawakan oleh Rasulullah S.A.W. Tindakan ini umpamanya kita kembali ke zaman jahiliyah yang mana kita membenarkan kezaliman berlaku terhadap kalimah Allah S.W.T. Sesungguhnya yang akan rugi itu akhirnya adalah umat Islam itu sendiri atas kebodohan yang dibuat oleh mereka tanpa pemahaman yang nyata dan jelas. Renungkanlah, jangan sampai apabila ada di kalangan keturunan ataupun ahli keluarga kita yang menjadi kufur kepada Allah baru kita hendak mepertahankan kalimah Allah ini. Wallahua’lam
Tambahan:
Umat Islam perlu perihatin dengan isu ini, tulisan ini bukanlah tujuan utama penulis untuk menerangkan kerana penulis bukanlah orang yang layak, tetapi tulisan ini lebih kepada sebagai pendorong semangat untuk kita melihat isu ini dengan lebih serius. Kadang sedih juga bila mana umat Islam hari ini khususnya orang-orang Melayu lebih gemar membaca berita dan cerita-cerita berkenaan artis dan sukan semata-mata sampai isu berbentuk agama dianggap remeh sahaja. Jadi, untuk memahami isu ini dengan lebih jelas dan mendapat penerangan yang lebih mendalam sila rujuk kepada website yang di link dibawah ini. Agama itu tanggungjawab semua umat Islam:
Penggunaan Nama Allah: Antara Celaru dan Keliru
Isu Kalimah Allah (Penjelasan Majlis Fatwa & Tuan Guru Dato' Dr. Harun Din)
Isu Kalimah Allah: Keputusan Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan 2008
0 comments to Isu Tuntutan Kalimah Allah - Umat Islam Jangan Ambil Mudah:
Post a Comment