Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Amarah!!!

Wednesday, March 24, 2010

Semasa makan malam tadi, aku ‘tertengok’ berita di TV 1. Hm…lagi-lagi cerita politik sampah dekat Malaysia. Aku sudah mula rasa mual dan loya mendengar cerita – cerita politik di Malaysia. Bilalah agaknya ahli – ahli politik di Negara Malaysia ini hendak menjadi matang. Tidak sudah – sudah dengan pertelingkahan dan perdebatan mengenai isu yang entah apa –apa. Kalaulah dewan parlimen itu hanya sekadar untuk bertelingkah serta berbincang mengenai soal – soal politik semata - mata, maka adalah lebih molek jika buat sahaja sidang berkenaan di kedai kopi.

Seharusnya, dewan parlimen menjadi medan untuk ahli – ahli politik yang memegang amanah Allah S.W.T melalui mandat yang diberikan oleh rakyat digunakan sebagai ruangan untuk membincangkan isu serta permasalahan yang berlaku di Negara Malaysia ini. Melalui perbincangan ini adalah diharapkan agar mereka dapat menjana idea - idea bagi mengatasi masalah yang berlaku. Malahan, dewan parlimen seharusnya menjadi tempat untuk membincangkan perkara – perkara yang boleh memajukan dan menguntungkan masyarakat Malaysia. Namun yang menjadi permasalahan di Malaysia adalah bila semua perkara menjadi isu politik.

Bila cerita pasal ternakan babi – isu politik. Cerita pasal pembalakan haram – isu politik. Semua pun hendak dikaitkan dengan politik bagi menjatuhkan pihak lawan masing – masing. Bukankah lebih elok berbincang mencari jalan penyelesaian daripada duduk sibuk menunding jari menyalahkan orang lain bagi keuntungan politik masing – masing. Cukuplah berpolitik bila mana musim pilihan raya. Seharusnya bila habis sahaja musim pilihan raya, semua komponen parti politik bekerjasama bagi membangunkan dan memajukan masyarakat barulah boleh kita katakan pemimpin berjiwa rakyat ataupun rakyat di dahulukan dan sebagainya. Ahli politik harus sedar bahawasanya perbuatan seharusnya mendahului kata –kata.

Tidak cukup dengan fenomena fitnah yang semakin berleluasa hasil taburan ahli –ahli politik, lebih memeningkan lagi apabila timbul pula fenomena baru bila mana ahli – ahli politik dengan sewenang –wenangnya menghamburkan perkataan SUMPAH tanpa ada perasaan gentar sedikit pun pada diri mereka akan kemurkaan Allah S.W.T. Barangkali mereka lupa bahawa menjadi pemimpin bukan sahaja melaksanakan tanggungjawab yang diberi, tetapi juga menjadi contoh teladan yang baik kepada generasi muda. Kalau beginilah sikap ahli – ahli politik maka tidak hairanlah dengan kesampahan yang ditunjukkan oleh generasi muda yang semakin menjadi –jadi.

Nasihat mudah – jangan jadikan politik sebagai fokus utama dalam segala hal kerana politik itu hanyalah sebagai suatu wadah perjuangan. Apa yang lebih penting adalah bagaimana kita melaksanakan tanggungjawab kita sebagai pemegang amanah Allah S.W.T dan juga bagaimana sikap kita dalam membantu dan membangunkan masyarakat Malaysia. Rasulullah S.A.W telah berpesan:

“Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu adalah bertanggungjawab terhadap pimpinannya, seorang pemimpin negara adalah pemimpin kepada rakyatnya dan ia bertanggungjawab terhadap mereka, seorang suami adalah pemimpin keluarganya dan ia bertanggungjawab terhadap pimpinannya, seorang wanita adalah pemimpin ia bertanggungjawab terhadap rumahtangga suaminya dan ia bertanggungjawab terhadap pimpinannya.”

P/s: Bagi ahli –ahli parlimen yang masih lagi hendak berbicara soal politik lebih daripada soal agama, bangsa ataupun negara, maka anda disarankan agar tidak payah pergi ke dewan parlimen pun sebab kat kedai kopi pun kita boleh berbicara dan berdebat pasal hal politik. Selain boleh menjimatkan wang rakyat yang anda gunakan, boleh juga memberi laluan kepada mereka yang hendak membangunkan agama, bangsa dan negara. So, lagu dekat bawah ini ditujukan khas buat ahli politik sampah agar menggunakan kedai kopi sebagai wadah politik sampah mereka….

CERITA KEDAI KOPI

Terlalu banyak kena kopi, aku menyanyi

ditemani teko berasap dan bau wangi

ditemani cahaya malap dan lagu reggae

hayati, salam

Masing-masing ada masalah sendiri

masalah dunia, masalah peribadi

luahkan jangan simpan dalam hati

boleh cerita di kedai kopi

Cerita kedai kopi

cerita kedai kopi

tiada hakim tiada saksi

cerita sensasi di kedai kopi (2x)

Ada satu hero melayu, namanya rahsia

dulu lepak tepi parit kampung

sekarang lepak media massa

Asal boleh masuk tv, dia mesti buat

awek tengok jambu, laki tengok meluat

citarasa makin besar otak makin ketat

baru angkat berat sikit baju pun dah sendat

ay, jalan berkepak dengan awek romantis

biasalah budak baru nak naik jadi artis

ay, jalan berkepak dengan awek romantis

biasalah budak baru nak naik jadi artis

jakun ke pelakon, jamban ke makan malam

dinner show menyanyi, sorang pun tak faham

tapi datin muda tengok, geram dan sangkut

datuk outstation,apalagi angkut

I’m in the mood for love

simply because you’re near me

honey but when you’re near me

i’m in the mood yes i’m in the mood for love

Terima kasih rahsia diterima

kalau sunyi lagi boleh main gila

datin kena taruk, rahsia kemaruk

makan boleh tapi jangan sampai kena lauk

datuk pergi London lama, pucat bila balik

bini buncit sikit tau dia tak boleh naik

datuk pergi London, dia pucat bila balik

bini dan anak percuma dah ada penyakit

apa kesudahannya, apa yang terjadi

rahsia tinggal rahsia takkan masuk tv lagi

cerita sensasi dengar di kedai kopi

setiap individu punya versi sendiri

Masing-masing ada masalah sendiri

masalah dunia, masalah peribadi

luahkan jangan simpan dalam hati

boleh cerita di kedai kopi

Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi

ditemani teko berasap dan bau wangi

ditemani cahaya malap dan lagu reggae

hayati, rentak keluarga marley

hamba di belanda di tengah ibu kota

temanku Salam, dreadlocks bawah mahkota

anak perantauan yang punya citarasa Jamaica

rindu nak dengar cerita kedai kopi Malaysia

aku cerita, dia ketawa

tak kering gusi, jatuh kerusi

dia pula bercerita tapi bukan tentang dia atau dia

di Eropah orang bentang idea

topik-topik intelektual didiskusi

anjakan paradigma bila kena kopi

peace, love and harmony, reggae sampai pagi

keluar kedai kopi Amsterdam masih steady

Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi

ditemani teko berasap dan bau wangi

ditemani cahaya malap dan lagu reggae

hayati, yeah…

17 comments to Amarah!!!:

Haqemi said...

satu article yg menarik dan membanggakan..melambangkan kematangan fikiran awk n terhibur dgn kancah politik skrg.,

p/s:wow hebat, presentation utk blog.makin cumel.tahniah

pSp said...

TQ...takde apa yang menghiburkan pun dengan keadaan politik sekarang ini,sebabnya mudah:
1)Kalau ahli politik masih lagi sibuk dengan perang politik takut habis masa dengan berdebat daripada masa buat kerja.
2)Keadaaan boleh menjadi makin tidak terkawal akhirnya boleh membawa kepada perpecahan & pergaduhan.
3)Lebih malang lagi kita tidak akan dapat membangunkan apa-apa pun baik agama,bangsa dan negara.
Fikir-fikirkanlah

Haqemi said...

wlpn 53 thn merdeka..gelojak politik tak surut2..sentiasa pasang.btul la,skrg politik yg mjadi tunjang n intipati , bkn sekadar wasilah.ape2 isu sume diseret dgn perkiraan politik.wlpn berlainan pucuk pimpinan tdk seharusnyer setp agenda di perdebatkan walhal agenda yg disampai oleh pihak yg btelagah adalah benar.ade aje isu yg akn berbangkit.entah bila akn tiba saat dimana negara ini mpunyai tampuk pemerinthn yg mpunyai fikrah yg sama bganding memartabatkn maruah negara islam.tampuk pemerintahan n institusi pemerinthn yg ade skrg jika kite soroti adalah dikalangan kaum kerabat mrk sendiri, anak, menantu,bapa mertua..huhu..btul kata awk klu amanah tak dpt dipikul, tdk perlu kita tanggung.Masih ramai tokoh2 islam yg mampu membuka lembaran baru.

riaizzatirazali said...

since dah pergi tgk negara org, aku ada satu je matlamat hidup

nak kua dr malaysia, n bwk parents aku kua malaysia.

sick duh sick gl politician. x transparent lgsg. bodoh x boleh terima dek akal. kdg2 rasa cam time zmn tadika pon ada gak. ishk ikutkan sakit ht byk je nak bebel lg, tp pape la malaysia oh! aku sick dgn attitude certain people.

pSp said...

Haqemi:Sebenarnya antara parti pembangkang dan kerajaan pun memang dah wujud titik pertemuan yg dinafikan oleh sesetengah pihak iaitu Agama Islam sebagai agama rasmi & Yang DiPertuan Agong sebagai tunjang negara...tapi mereka ini lebih suka mencari perbezaan drpd persamaan yg akhirnya membawa kpd pergaduhan yg tidak sudah - sudah...Kalau tengok drpd sejarah itu sendiri, asal kewujudan parti pembangkang itu juga adalah bersangkut paut pada parti kerajaan...so sememangnya ada persamaan tetapi dinafikan

pSp said...

Ria:Apa yg kau cakap itu betul,mmg kadang-kadang rasa sakit hati & tak boleh nak masuk akal bila tengok perangai ahli-ahli politik ini...tapi melarikan diri drpd masalah tidak akan menyelesaikan masalah...huhu sice kau dah tengok negara luar mungkin pada masa akan datang kau boleh jadi ahli politik yg boleh mengubah cara berpolitik dekat Malaysia ini,maner tahu....you get my vote

Anonymous said...

hAQEMI:
Kenapa mesti lari ke negara org sedangkan kita memiliki tanah air sendiri.Org yg yahudi umpanya tdk memiliki negara menyerap masuk kedlm setiap bucu2 negara Islam dgn harapan utk mebiakkan ajaran diaorg..kite bukannya lemah, cuma blum cukup berusaha.Belum terbuka hati, masih terhijab dgn benda yg meruntuhkan kan institusi pentadbiran negara..Pd musim pemilihan raya jgn ikut suke hati vote org tu ,vote org nie..klu peringkt kecil pun terutama dlm kampus voting dilakukan sesuka hati tanpa mbuat penapisan thadap seseorg bakal pemimpin yg ingin diwakili sudah tentu,pentadbiran tak mampu di jlnkan dgn betul.amanah tak sampai utk dilaksanakan.mcm institusi pentadbiran skrg la, klu time voting n pemilihan pembesar pd lunas2 yg benar,InsyaAllah perubahan dr takuk lama itu di perbaiki.Tapi jgn terwujud system ketam yg sentiase menarik kwn2 masuk ke telaga, ingin melihat seseorg mundur.Klu mau lari,itu sudah tersasar dgn jihad kite sbg ummat Islam. lari dari medan tempuran adalah kesalahan yang besar di sisi agama kerana meninggalkan jihad. Ini kerana perbuatan lari dari medan jihad ketika peperangan berlangsung adalah pengkhiatan terhadap para pejuang yang lain yang sedang bersabung demi akidah dan maruah. Ianya juga akan merosakkan strategi dan melemahkan semangat para pejuang yang lain. Al-Imam al-Zahabiy (wafat 748H) memasukkan kesalahan ini di dalam senarai dosa-dosa besar di dalam kitabnya al-Kabair. Apabila jihad menjadi fardu `ain ke atas seorang muslim maka dia wajib menyertainya atau berhasrat menyertai jika dia tidak mampu.at least kite bg sumbangan wlpn sekecil2..

Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (wafat 728H):

“Jihad itu sekalipun fardu kifayah, namun setiap mukmin pada asas diperintahkan dengannya. Maka hendaklah setiap mereka beriktikad tentang kewajipannya serta berazam untuk melakukannya apabila menjadi fardu `ain kepadanya. Justeru itu Nabi S.A.W bersabda: “Sesiapa yang mati sedangkan dia tidak pernah berperang (jihad) dan tidak pernah terlintas dalam dirinya untuk berperang (berjihad), maka dia mati atas satu cabang nifaq (kemunafikan)”.

p/s:

Jika kita tidak mampu untuk membela saudara kita kaum muslimin lain yang tertindas disebabkan halangan-halangan yang ada, maka kita at least kt berazam satu hari nanti untuk melaksanakan tanggungjawab itu apabila Allah membuka ruang untuk kita.

Anonymous said...

ANONYMOUS as HAQEMI SBB TAKDPT NAK GUNA GOOGLE ACCOUNT DAH,HUHU

pSp said...

Wow jauh sangat tue tersasar,kang keluar HUKUM pulak...lari daripada medan peperangan tidak sama dengan lari dari masalah (dua isu yg berbeza)...xdelah sampai berdosa besar pulak bila kita lari daripada masalah,cuma kesannya masalah x akan selesai...berhati-hati sewaktu memberi pandangan,jgn jd DR. A*** ke 2 pulak

Anonymous said...

HAQEMI SAID:Lets we discuss…konsep jihad di dalam Islam amat luas pengertiannye k. Ianya bukan hanya sekadar berjuang di medan peperangan untuk menegakkan agama Allah semata-mata malah jihad jg merangkumi perjuangan menegakkan amar ma’ruf dan nahi munkar, jihad melawan nafsu, berjihad menyatakan kebenaran Islam, berjihad menghapuskan kezaliman dan penindasan, berjihad menentang musuh-musuh Islam dan sebagainya. Klu berbalik pd senario kite pd mase kini, masalah politik bercelaru..gejala social tak terbenteras, jd sebagai pelajar ape jihad kite…maksudnyer kite membina empayar agama kite sendr,mempertahankan negara kita melalui cara2 tertentu..tentu dgn persidangan ape2, mengeluarkan resolusi ape2, membahas, .. Saya punye intipati skrg nak ckp kite kena bjihad utk membenteras senario skrg..berjihad yg sy bw td tak semesti,berjihad dgn tdk lari di medan perang k..

Anonymous said...

HAQEMI SAID: ade pembetulan pulak kt membina empayar sendiri..bkn membina tp menolong mbantu para pemerintah,alaim ulama dlm pembentukn Negara yg blandaskn islam,dgn cara2 melontarkn idea2,memberi sokongan padu.. Tapi malangnyer bnd mcm nie tak mam pu di aplikasi lg krn pergolakan kancah politik Negara..klu kite suluri,usaha2 jihad ini adalah amat luas dan kemuncaknya ialah berdakwah dan berjuang di jalan Allah. Tidakkah Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik jihad adalah perkataan yg bnr di hadapan pemerintah yang zalim". Melihat kepada keadaan umat Islam kini, sbnrnya umat Islam wajib menghidupkan kembali Roh jihad dalam jiwa dan sanubari ,memandangkan kini begitu jauh ke belakang dan ketinggalan dalam arus persaingan dunia tanpa sempadan… btul la ape awk ckp,lari dr masalah bkn cara terbaik,otherwise, benda itu akn memanjag tanpa tersettle.Langkah tbaik dgn letak iltizam utk bjihad dlm diri.Jgn salah faham lg, berjihad bkn dgn bw parang, bw machine gun,,cukuplah jihad melalui fikrah, pengucapan,perlakuan…semua mberi aset2 tinggi dlm meleburkan pergolakan skrg…

Anonymous said...

HAQEMI SAID:..alhamdulillah I’m find the surah as a proof as dedicate special for you..
Firman Allah S.W.T. dari surah al-Hajj ayat 78 yang bermaksud: "Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan sebenar-benar jihad. Dialah (Allah) yang telah memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya) dan dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan kesusahan dalam perkara agama..."
Sy berhujah ats intipati berjihad, memandangkn keadaan ummah kite yg makin lemah n layu..org ckp jgn angkat bendera putih awl2 sblm kite usaha2..Jangan tinggal sisa sblm kite mensettlekan sume.. jihad nie antr tuntutan yang fardhu (wajib) ke atas umat Islam, namun umat Islam kini hampir melupakan tuntutan jihad ini dalam kehidupan mereka seharian. Kalaupun ada segelintir yang melaung-laungkan slogan jihad namun mrk tersalah tafsir atau menyempitkan ruang lingkup pengertian jihad dari pandangan Islam yang sebenarnya. Kesemua ini berpunca dari kejahilan umat Islam sendiri yang semakin jauh dari ajaran Islam. Akibatnya berlakulah perpecahan, kemunduran, kemiskinan dan sebagainya di kalangan umat Islam yang akhirnya membawa kepada kejatuhan dan kelemahan umat Islam itu sendiri. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan setiap individu muslim untuk kembali kepada ajaran Islam yang tulin sebagaimana yang disampaikan oleh baginda Rasulullah S.A.W. kepada umatnya.Klu lah pemimpin n pemerintah Negara berjihad utk menjaga kesucian agama n keamanan negara, ini semua tdk akn berlaku.Itu nak ckp jihad dgn nfsu sendr pun tak lepas (utk diri sendr), inikan pula nak mjaga amanah Allah mbawa amanah satu negara.w salam

pSp said...

Tima Kasih la sbb bg info dan penerangan yg panjang lebar...cumanya ape yg aku nak ckp ialah pada part nie "Al-Imam al-Zahabiy (wafat 748H) memasukkan kesalahan ini di dalam senarai dosa-dosa besar di dalam kitabnya al-Kabair"...ape yg dimaksudkan dgn 'kesalahan ini'-kesalahan meninggalkan jihad dimedan perang atau pun kesalahan meninggalkan jihad (secara keseluruhan)??

Anonymous said...

HAQEMI SAID:
sy budak baru blaja,
klu salah tolong tunjukkan..
byk khilaf dlm berkata,
mohon dimaafkan...

andai ape yg sy try perkatakan dlm perbincagan itu akn timbul keraguan,maka saya ingin menuntut dgn org yg lg pakar..rujuk abah arr gitu;-)thankz for sharing..thankz for giving..

p/s:awk nak tegur ke..awk nak perbetulkan ke,takpe..sy tak kisah.sy mengalu-alukan.semoga ape yg dibincgkan dgn awk dpt btukar wahana ilmu.i'm in learning proses.ASSALAMUALAIKUM WBT

pSp said...

aik soalan x jawab lg??

Anonymous said...

HAQEMI SAID: Saya antara pengikut setia blog awk.Saya ingin memberi general idea n cadangan yg dikira bernas utk awk dlm melebarkn empayar blog awk.
1)Dari sudut tulisan dan element warna adalah sgt bersesuaian.maksudnyer ade ketenagan dlm sudut pembacaan.Tdk terlalu crowded dgn info2 yg tak berpatutan.
2)Masalah yg dihadapi sblm nie adalah, kesukaran dlm menghantar komen.Ia berlaku mungkin krn mslh technichal.Ikhlasnyer sudah sekian lama sy menunggu utk mberi komen balas...maksudnyer sblm nie sy hyn mjadi pemerhati tetap.Alhamdullilah skrg system bjalan smoothly.InsyaAllah moga2 bpanjangan.
3)Saya ingin cadangkan agar awk mbuka rungan utk pengunjung meninggalkan sbrg bentuk komen dlm bentuk sms di wall awk.
4)Saya mencadangkan juga awk, mendownloadkan lagu nasyid atau ape2 lagu yg bersifat ketuhanan atau zikir2 sbg theme blog awk.Saya rasa ia lbh effektif dlm mengajak org bdakwah.
5)Ape kate awk menyediakan article2 mingguan (seminggu skali)berkisarkan tokoh2 islam terdahulu dan skrg dan tokoh ulama dunia yg perlu diiktiraf.Saya rasa sekiranya amat bleh istiqamah dlm penyampaian bersahaja dlm mennsyiarkan tokoh2 islam,sudah pasti blog ini akan mjadi kebanggaan..Klu org lain membincgkan isu2 semasa n harian, ape kate kite melakukan sesuatu yg lain, tp dlm kelainan itu bjaya mengajak org utk mengetahui secara mendalam tokoh ulama kite sendiri.Tokoh2 ilmuan islam ini yg perlu kite tekankan skrg, sblm muda mudi kite tenggelam dgn mengangkat pemuzik2, pemain bola,menghibur sbg idola hidup. alangkah sedihnyer.
6)Bagi saya, awk juga bleh mencurahkan idea2 awk berkenaan professional nurse gak antara slh satu wahana yg penting utk setiap bulan.Contoh keadaan nurse kite skrg, senarion pentadbiran nurse skrg n segala peluang2 yg wujud dlm professional ini.
p/s:MOHON DI PERTIMBANGKAN.Di harap awk istiqamah dlm menghasilkan karya2.
*berdae'i lah sehingga ke akhir hayatmu.amin.saya mendoakan yg terbaik.Hope sy dpt memberi semangat utk awk.

pSp said...

TQ la bg idea,cuma kdg2 kena juga "ukur baju pada diri sendiri"...ilmu adelah sebesar kuman,x mampu pun nak citer pasal tokoh Islam sbb memerlukan pembacaan yg lebih...sbnrnya dlm kita nak memberi sesuatu kat org kita kena bg kat diri sendiri dulu tue yg paling penting,so setakat nak bg input ckt2 blh la sbg peringatan...tp kalo nak citer pasal tokoh2 agama mmg dah link kan dlm ruangan 'ulama kito'...kat dlm dua web site tue adelah mencitakan pasal ulam2 dan ade jugak link terus kpd laman web ulama2 seluruh dunia mcm syeikh Muhammad Said Ramadhan Al-Bouti, Syeikh Habib Umar & lain2...blh tgk sendiri

Wednesday, March 24, 2010

Amarah!!!

Posted by pSp at 11:43 PM

17 comments

Haqemi on Mar 25, 2010, 5:20:00 PM said...

satu article yg menarik dan membanggakan..melambangkan kematangan fikiran awk n terhibur dgn kancah politik skrg.,

p/s:wow hebat, presentation utk blog.makin cumel.tahniah

pSp on Mar 25, 2010, 6:55:00 PM said...

TQ...takde apa yang menghiburkan pun dengan keadaan politik sekarang ini,sebabnya mudah:
1)Kalau ahli politik masih lagi sibuk dengan perang politik takut habis masa dengan berdebat daripada masa buat kerja.
2)Keadaaan boleh menjadi makin tidak terkawal akhirnya boleh membawa kepada perpecahan & pergaduhan.
3)Lebih malang lagi kita tidak akan dapat membangunkan apa-apa pun baik agama,bangsa dan negara.
Fikir-fikirkanlah

Haqemi on Mar 26, 2010, 1:00:00 AM said...

wlpn 53 thn merdeka..gelojak politik tak surut2..sentiasa pasang.btul la,skrg politik yg mjadi tunjang n intipati , bkn sekadar wasilah.ape2 isu sume diseret dgn perkiraan politik.wlpn berlainan pucuk pimpinan tdk seharusnyer setp agenda di perdebatkan walhal agenda yg disampai oleh pihak yg btelagah adalah benar.ade aje isu yg akn berbangkit.entah bila akn tiba saat dimana negara ini mpunyai tampuk pemerinthn yg mpunyai fikrah yg sama bganding memartabatkn maruah negara islam.tampuk pemerintahan n institusi pemerinthn yg ade skrg jika kite soroti adalah dikalangan kaum kerabat mrk sendiri, anak, menantu,bapa mertua..huhu..btul kata awk klu amanah tak dpt dipikul, tdk perlu kita tanggung.Masih ramai tokoh2 islam yg mampu membuka lembaran baru.

riaizzatirazali on Mar 26, 2010, 1:51:00 AM said...

since dah pergi tgk negara org, aku ada satu je matlamat hidup

nak kua dr malaysia, n bwk parents aku kua malaysia.

sick duh sick gl politician. x transparent lgsg. bodoh x boleh terima dek akal. kdg2 rasa cam time zmn tadika pon ada gak. ishk ikutkan sakit ht byk je nak bebel lg, tp pape la malaysia oh! aku sick dgn attitude certain people.

pSp on Mar 26, 2010, 8:07:00 AM said...

Haqemi:Sebenarnya antara parti pembangkang dan kerajaan pun memang dah wujud titik pertemuan yg dinafikan oleh sesetengah pihak iaitu Agama Islam sebagai agama rasmi & Yang DiPertuan Agong sebagai tunjang negara...tapi mereka ini lebih suka mencari perbezaan drpd persamaan yg akhirnya membawa kpd pergaduhan yg tidak sudah - sudah...Kalau tengok drpd sejarah itu sendiri, asal kewujudan parti pembangkang itu juga adalah bersangkut paut pada parti kerajaan...so sememangnya ada persamaan tetapi dinafikan

pSp on Mar 26, 2010, 8:11:00 AM said...

Ria:Apa yg kau cakap itu betul,mmg kadang-kadang rasa sakit hati & tak boleh nak masuk akal bila tengok perangai ahli-ahli politik ini...tapi melarikan diri drpd masalah tidak akan menyelesaikan masalah...huhu sice kau dah tengok negara luar mungkin pada masa akan datang kau boleh jadi ahli politik yg boleh mengubah cara berpolitik dekat Malaysia ini,maner tahu....you get my vote

Anonymous said...

hAQEMI:
Kenapa mesti lari ke negara org sedangkan kita memiliki tanah air sendiri.Org yg yahudi umpanya tdk memiliki negara menyerap masuk kedlm setiap bucu2 negara Islam dgn harapan utk mebiakkan ajaran diaorg..kite bukannya lemah, cuma blum cukup berusaha.Belum terbuka hati, masih terhijab dgn benda yg meruntuhkan kan institusi pentadbiran negara..Pd musim pemilihan raya jgn ikut suke hati vote org tu ,vote org nie..klu peringkt kecil pun terutama dlm kampus voting dilakukan sesuka hati tanpa mbuat penapisan thadap seseorg bakal pemimpin yg ingin diwakili sudah tentu,pentadbiran tak mampu di jlnkan dgn betul.amanah tak sampai utk dilaksanakan.mcm institusi pentadbiran skrg la, klu time voting n pemilihan pembesar pd lunas2 yg benar,InsyaAllah perubahan dr takuk lama itu di perbaiki.Tapi jgn terwujud system ketam yg sentiase menarik kwn2 masuk ke telaga, ingin melihat seseorg mundur.Klu mau lari,itu sudah tersasar dgn jihad kite sbg ummat Islam. lari dari medan tempuran adalah kesalahan yang besar di sisi agama kerana meninggalkan jihad. Ini kerana perbuatan lari dari medan jihad ketika peperangan berlangsung adalah pengkhiatan terhadap para pejuang yang lain yang sedang bersabung demi akidah dan maruah. Ianya juga akan merosakkan strategi dan melemahkan semangat para pejuang yang lain. Al-Imam al-Zahabiy (wafat 748H) memasukkan kesalahan ini di dalam senarai dosa-dosa besar di dalam kitabnya al-Kabair. Apabila jihad menjadi fardu `ain ke atas seorang muslim maka dia wajib menyertainya atau berhasrat menyertai jika dia tidak mampu.at least kite bg sumbangan wlpn sekecil2..

Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (wafat 728H):

“Jihad itu sekalipun fardu kifayah, namun setiap mukmin pada asas diperintahkan dengannya. Maka hendaklah setiap mereka beriktikad tentang kewajipannya serta berazam untuk melakukannya apabila menjadi fardu `ain kepadanya. Justeru itu Nabi S.A.W bersabda: “Sesiapa yang mati sedangkan dia tidak pernah berperang (jihad) dan tidak pernah terlintas dalam dirinya untuk berperang (berjihad), maka dia mati atas satu cabang nifaq (kemunafikan)”.

p/s:

Jika kita tidak mampu untuk membela saudara kita kaum muslimin lain yang tertindas disebabkan halangan-halangan yang ada, maka kita at least kt berazam satu hari nanti untuk melaksanakan tanggungjawab itu apabila Allah membuka ruang untuk kita.

Anonymous said...

ANONYMOUS as HAQEMI SBB TAKDPT NAK GUNA GOOGLE ACCOUNT DAH,HUHU

pSp on Mar 26, 2010, 12:07:00 PM said...

Wow jauh sangat tue tersasar,kang keluar HUKUM pulak...lari daripada medan peperangan tidak sama dengan lari dari masalah (dua isu yg berbeza)...xdelah sampai berdosa besar pulak bila kita lari daripada masalah,cuma kesannya masalah x akan selesai...berhati-hati sewaktu memberi pandangan,jgn jd DR. A*** ke 2 pulak

Anonymous said...

HAQEMI SAID:Lets we discuss…konsep jihad di dalam Islam amat luas pengertiannye k. Ianya bukan hanya sekadar berjuang di medan peperangan untuk menegakkan agama Allah semata-mata malah jihad jg merangkumi perjuangan menegakkan amar ma’ruf dan nahi munkar, jihad melawan nafsu, berjihad menyatakan kebenaran Islam, berjihad menghapuskan kezaliman dan penindasan, berjihad menentang musuh-musuh Islam dan sebagainya. Klu berbalik pd senario kite pd mase kini, masalah politik bercelaru..gejala social tak terbenteras, jd sebagai pelajar ape jihad kite…maksudnyer kite membina empayar agama kite sendr,mempertahankan negara kita melalui cara2 tertentu..tentu dgn persidangan ape2, mengeluarkan resolusi ape2, membahas, .. Saya punye intipati skrg nak ckp kite kena bjihad utk membenteras senario skrg..berjihad yg sy bw td tak semesti,berjihad dgn tdk lari di medan perang k..

Anonymous said...

HAQEMI SAID: ade pembetulan pulak kt membina empayar sendiri..bkn membina tp menolong mbantu para pemerintah,alaim ulama dlm pembentukn Negara yg blandaskn islam,dgn cara2 melontarkn idea2,memberi sokongan padu.. Tapi malangnyer bnd mcm nie tak mam pu di aplikasi lg krn pergolakan kancah politik Negara..klu kite suluri,usaha2 jihad ini adalah amat luas dan kemuncaknya ialah berdakwah dan berjuang di jalan Allah. Tidakkah Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik jihad adalah perkataan yg bnr di hadapan pemerintah yang zalim". Melihat kepada keadaan umat Islam kini, sbnrnya umat Islam wajib menghidupkan kembali Roh jihad dalam jiwa dan sanubari ,memandangkan kini begitu jauh ke belakang dan ketinggalan dalam arus persaingan dunia tanpa sempadan… btul la ape awk ckp,lari dr masalah bkn cara terbaik,otherwise, benda itu akn memanjag tanpa tersettle.Langkah tbaik dgn letak iltizam utk bjihad dlm diri.Jgn salah faham lg, berjihad bkn dgn bw parang, bw machine gun,,cukuplah jihad melalui fikrah, pengucapan,perlakuan…semua mberi aset2 tinggi dlm meleburkan pergolakan skrg…

Anonymous said...

HAQEMI SAID:..alhamdulillah I’m find the surah as a proof as dedicate special for you..
Firman Allah S.W.T. dari surah al-Hajj ayat 78 yang bermaksud: "Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan sebenar-benar jihad. Dialah (Allah) yang telah memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya) dan dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan kesusahan dalam perkara agama..."
Sy berhujah ats intipati berjihad, memandangkn keadaan ummah kite yg makin lemah n layu..org ckp jgn angkat bendera putih awl2 sblm kite usaha2..Jangan tinggal sisa sblm kite mensettlekan sume.. jihad nie antr tuntutan yang fardhu (wajib) ke atas umat Islam, namun umat Islam kini hampir melupakan tuntutan jihad ini dalam kehidupan mereka seharian. Kalaupun ada segelintir yang melaung-laungkan slogan jihad namun mrk tersalah tafsir atau menyempitkan ruang lingkup pengertian jihad dari pandangan Islam yang sebenarnya. Kesemua ini berpunca dari kejahilan umat Islam sendiri yang semakin jauh dari ajaran Islam. Akibatnya berlakulah perpecahan, kemunduran, kemiskinan dan sebagainya di kalangan umat Islam yang akhirnya membawa kepada kejatuhan dan kelemahan umat Islam itu sendiri. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan setiap individu muslim untuk kembali kepada ajaran Islam yang tulin sebagaimana yang disampaikan oleh baginda Rasulullah S.A.W. kepada umatnya.Klu lah pemimpin n pemerintah Negara berjihad utk menjaga kesucian agama n keamanan negara, ini semua tdk akn berlaku.Itu nak ckp jihad dgn nfsu sendr pun tak lepas (utk diri sendr), inikan pula nak mjaga amanah Allah mbawa amanah satu negara.w salam

pSp on Mar 26, 2010, 2:20:00 PM said...

Tima Kasih la sbb bg info dan penerangan yg panjang lebar...cumanya ape yg aku nak ckp ialah pada part nie "Al-Imam al-Zahabiy (wafat 748H) memasukkan kesalahan ini di dalam senarai dosa-dosa besar di dalam kitabnya al-Kabair"...ape yg dimaksudkan dgn 'kesalahan ini'-kesalahan meninggalkan jihad dimedan perang atau pun kesalahan meninggalkan jihad (secara keseluruhan)??

Anonymous said...

HAQEMI SAID:
sy budak baru blaja,
klu salah tolong tunjukkan..
byk khilaf dlm berkata,
mohon dimaafkan...

andai ape yg sy try perkatakan dlm perbincagan itu akn timbul keraguan,maka saya ingin menuntut dgn org yg lg pakar..rujuk abah arr gitu;-)thankz for sharing..thankz for giving..

p/s:awk nak tegur ke..awk nak perbetulkan ke,takpe..sy tak kisah.sy mengalu-alukan.semoga ape yg dibincgkan dgn awk dpt btukar wahana ilmu.i'm in learning proses.ASSALAMUALAIKUM WBT

pSp on Mar 26, 2010, 10:24:00 PM said...

aik soalan x jawab lg??

Anonymous said...

HAQEMI SAID: Saya antara pengikut setia blog awk.Saya ingin memberi general idea n cadangan yg dikira bernas utk awk dlm melebarkn empayar blog awk.
1)Dari sudut tulisan dan element warna adalah sgt bersesuaian.maksudnyer ade ketenagan dlm sudut pembacaan.Tdk terlalu crowded dgn info2 yg tak berpatutan.
2)Masalah yg dihadapi sblm nie adalah, kesukaran dlm menghantar komen.Ia berlaku mungkin krn mslh technichal.Ikhlasnyer sudah sekian lama sy menunggu utk mberi komen balas...maksudnyer sblm nie sy hyn mjadi pemerhati tetap.Alhamdullilah skrg system bjalan smoothly.InsyaAllah moga2 bpanjangan.
3)Saya ingin cadangkan agar awk mbuka rungan utk pengunjung meninggalkan sbrg bentuk komen dlm bentuk sms di wall awk.
4)Saya mencadangkan juga awk, mendownloadkan lagu nasyid atau ape2 lagu yg bersifat ketuhanan atau zikir2 sbg theme blog awk.Saya rasa ia lbh effektif dlm mengajak org bdakwah.
5)Ape kate awk menyediakan article2 mingguan (seminggu skali)berkisarkan tokoh2 islam terdahulu dan skrg dan tokoh ulama dunia yg perlu diiktiraf.Saya rasa sekiranya amat bleh istiqamah dlm penyampaian bersahaja dlm mennsyiarkan tokoh2 islam,sudah pasti blog ini akan mjadi kebanggaan..Klu org lain membincgkan isu2 semasa n harian, ape kate kite melakukan sesuatu yg lain, tp dlm kelainan itu bjaya mengajak org utk mengetahui secara mendalam tokoh ulama kite sendiri.Tokoh2 ilmuan islam ini yg perlu kite tekankan skrg, sblm muda mudi kite tenggelam dgn mengangkat pemuzik2, pemain bola,menghibur sbg idola hidup. alangkah sedihnyer.
6)Bagi saya, awk juga bleh mencurahkan idea2 awk berkenaan professional nurse gak antara slh satu wahana yg penting utk setiap bulan.Contoh keadaan nurse kite skrg, senarion pentadbiran nurse skrg n segala peluang2 yg wujud dlm professional ini.
p/s:MOHON DI PERTIMBANGKAN.Di harap awk istiqamah dlm menghasilkan karya2.
*berdae'i lah sehingga ke akhir hayatmu.amin.saya mendoakan yg terbaik.Hope sy dpt memberi semangat utk awk.

pSp on Mar 26, 2010, 11:34:00 PM said...