Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Ruangan Menarik dalam Majalah Milenia

Tuesday, March 2, 2010

Minggu nie cuma hendak berkongsi informasi yang boleh kita sama - sama guna untuk tingkatkan ilmu pengetahuan dan daya pemikiraan kita. Antara majalah yang aku gemari bagi tatapan dimasa terluang adalah Majalah Milenia & Majalah Solusi. Kedua - dua majalah ini pada pandangan aku sangat menarik serta sangat berguna dan membantu dalam menempuh kehidupan seharian kita. Terdapat banyak informasi yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan seharian kita.

Kedua - dua majalah tersebut mempunyai kelebihan masing - masing. Bagi Majalah Milenia, apa yang menariknya adalah seringnya membahas dan membincangkan isu - isu semasa dalam konteks Islam. Manakala Majalah Solusi pula lebih tertumpu dalam membina asas Islami yang kental dalam jiwa masyarakat Islam daripada pelbagai sudut. Rasanya tidak perlu pun diulas lebih banyak kerana kedua - dua majalah tersebut bukan suatu yang asing lagi di kalangan masyarakat Malaysia khususnya yang beragama Islam.

Cuma berkenaan Majalah Milenia, terdapat suatu ruangan (M Reviu Filem) yang aku kira sangat menarik kerana didalam ruangan tersebut terdapat kupasan dan penilaian filem - filem yang di tayangkan di Malaysia sama ada filem tempatan mahupun filem yang dihasilkan oleh barat (Hollywood). Dalam ruangan ini, filem – filem akan dinilai bukan secara zahir sahaja tetapi juga secara tersirat. Melalui penilaian dibuat membolehkan pembaca menilai akan ideology-ideologi yang cuba di ketengahkan oleh pihak penerbit yang kadang – kadang mempunyai unsur – unsur yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Sebagai contohnya, dalam keluaran majalah Milenia pada bulan Januari 2010, ruangan ini telah cuba mengulas mengenai filem 2012 yang secara tersiratnya cuba mengetengahkan ideology dan propaganda golongan sainstistik (yang mengagamakan sains) dalam menidakkan Kuasa Tuhan Yang Maha Berkuasa. Dimensi sekular dan atheisme pula telah dijadikan asas dan digarapkan kedalam filem ini secara halus.

Secara ringkasnya, filem ini cuba membawa dimensi peristiwa banjir besar yang terdapat dalam kitab – kitab agama samawi dari kaca mata saintifik. Walaupun kisah ini diambil daripada kitab agama tetapi persoalan tentang agama ditutup bahkan dihapuskan sama sekali di bawah perbincangan saintifik. Agama yang merupakan perkara pokok bagi kehidupan manusia ini dilenyapkan daripada kehidupan saintifik.

Filem 2012 ini telah memperlihatkan bagaimana sains dapat mengatasi kuasa Tuhan dengan melawan bencana alam yang begitu hebat melalui ketepatan ramalan sains dan penciptaan mesin (bahtera) yang mampu melepaskan manusia dengan akalnya daripada kuasa Tuhan. Malahan lakonan watak utama (Jackson) dalam filem ini yang dipegang oleh John Cussack turut menunjukkan penyelewengan agama apabila mampu terselamat daripada bencana de usaha sendiri tanpa apa – apa campur taangan dari kuasa Tuhan.

Melalui unsur – unsur sebeginilah yang kita khuatiri akan mempengaruhi minda masyarakat Malaysia khususnya yang beragama Islam. Selain itu, unsur –unsur sebegini juga dikhuatiri akan mencemarkan minda dan pemikiran anak – anak remaja Islam. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan terhadap diri kita dalam membina kekuatan ruhaniah melalui penigkatan ilmu bagi menepis segala tipu daya dan pengaruh barat yang merosakkan. Semoga, melalui pembacaan bahan – bahan seperti ini mampu membantu kita dalam menepis segala propaganda dan ideologi yang cuba di ketengahkan oleh musuh – musuh Islam dalam misi mereka melemahkan umat Islam serta menjatuhkan agama suci Islam. Wallahua’lam.

P/s: Sambil – sambil berhibur kita juga perlu sentiasa beringat agar tidak dipengaruhi oleh unsur – unsur yang bertentangan dengan Islam. Islam tidak melarang umatnya berhibur asalkan tidak bertentangan dengan prinsip – prinsip Islam. So, perbanyakkan membaca bahan bacaan seperti ini semoga masa yang kita habiskan untuk menonton filem bukan hanya sekadar habis dengan sia – sia tetapi biarlah masa itu habis dengan adanya timbal balik melalui kajian dan pembacaan yang dibuat.

3 comments to Ruangan Menarik dalam Majalah Milenia:

BIZZNURSE said...

Salam,
Interesting article... wow, nice layout u got for ur blog now. Adeer perkembangan dlm susunan dan tulisan. Good luck exam.. HuHu..
-Kaklin baby

pSp said...

Thank you K.Lin...Msh x boleh lawan K.lin lg yang tersangat advance hehe...Good Luck kat K.Lin jugak

Anonymous said...

HAQEMI SAID:
salam...awk,buat la summary utk keluaran terbaru pulak (edisi tbaru)utk milenia, and SOLUSI.
cadangan:
1) SOLUSI antara buku yang paling memnuhi citara pembaca skrg.jadi saya cadangkan awk mcm keluarkan intipati utk certain2 bab mcm :SYIAR;TIB NABAWI;MURRABBI;TAUHID N AKHIR ZAMAN.best gak klu awk bleh keluarkan dgn input2 ringkas dan padat.
2)AKHBAR UTUSAN I LOVE ISLAM. Bagi sy amatlah menarik sekiranya awk kluar dgn meng highlightkan:I LUV XY & XX,I LUV IKON. Saya rasa klu tp2 bulan awk kuarkan ikon2 yg tdapat dlm akhbar tentu menarik utk tatapan pembaca blog awk.
p/s:mohon di pertimbangkan

Tuesday, March 2, 2010

Ruangan Menarik dalam Majalah Milenia

Posted by pSp at 9:35 PM

3 comments

BIZZNURSE on Mar 11, 2010, 11:42:00 PM said...

Salam,
Interesting article... wow, nice layout u got for ur blog now. Adeer perkembangan dlm susunan dan tulisan. Good luck exam.. HuHu..
-Kaklin baby

pSp on Mar 24, 2010, 1:47:00 PM said...