Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Mengapa Sifat Perikemanusian Semakin Menghilang??

Monday, April 12, 2010

‘Tidurkan’ Bayi Dalam Tong Sampah

12/04/2010

KUALA LUMPUR: Lagi kes pembuangan bayi berlaku, terbaru dengan penemuan mayat bayi lelaki dibungkus dengan surat khabar dan masih bertali pusat dipercayai baru dilahirkan di dalam tong sampah di Kampung Tanjung dekat Sungai Choh, Hulu Selangor, pagi semalam. Mayat bayi itu ditemui Mohd Kamil Enoh, 44, pekerja Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) ketika memulakan kerja hariannya di kawasan berkenaan, kira-kira jam 8 pagi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi, berkata mengikut keterangan pekerja MDPH itu, ketika mengangkat tong sampah ke dalam lori, satu plastik yang didalamnya dibalut dengan surat khabar jatuh berhampiran kakinya.

“Pekerja itu mengangkat bungkusan berkenaan yang disangkanya sampah, sebelum terkejut melihat sebelah kaki bayi yang terjuntai daripada balutan surat khabar dan membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Norel berkata, susulan maklumat diterima, pihaknya menghantar sepasukan anggota polis, termasuk unit forensik ke tempat kejadian dan mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baru (HKKB) untuk bedah siasat.

Katanya, hasil pemeriksaan pihak hospital mendapati bayi itu berkemungkinan dilahirkan ketika berusia lapan bulan berdasarkan keadaannya yang cukup sifat.
“Polis tidak menolak kemungkinan suspek meletakkan bayi yang tidak berdosa itu dalam longgokan sampah lewat malam tadi (kelmarin) bagi mengelak dikesan penduduk di sekitar berdekatan.

“Polis percaya, bayi itu meninggal ketika proses kelahiran dan gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan,” katanya mengesahkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran menyebabkan kematian.

Sementara itu, Mohd Kamil berkata mulanya beliau cemas melihat bungkusan berkenaan, namun memberanikan diri untuk membukanya.

"Mulanya saya nampak kaki bayi pada bahagian hujung bungkusan. Selepas dibuka keseluruhan pembalut itu, saya sebak dan menggigil. Bayi itu masih bertali pusat dibuang bersama urinya,” katanya ketika ditemui di kawasan itu.

Beliau kemudian meminta bantuan peniaga gerai nasi ayam bersebelahan tempat kejadian untuk menghubungi polis. –
Berita Harian

Ulasan Sedikit:

Sedih dan pilu rasa hati bila melihat gambar bayi ini semasa membeli surat khabar Berita Harian pagi tadi. Lidah yang biasa petah dalam memberi komen – komen terhadap berita di Malaysia ini menjadi kelu seketika. Sukar untuk menerima walaupun perkara ini bukanlah suatu yang baru berlaku di Negara ini. Tapi yang pasti, timbul suatu perasaan yang luar biasa dalam diri bila mana melihat gambar yang begitu menyayat hati.

Pelik dan hairan melihat tingkah laku manusia yang semakin hari semakin hilang sifat – sifat kemanusiaannya. Apakah tidak timbul sedikit pun perasaan belas kasihan dan kasih sayang terhadap bayi ini? Kemanakah hilangnya sifat – sifat perikemanusiaan dalam diri? Berapa ramai lagi bayi dan kanak –kanak yang harus menjadi mangsa kekejaman manusia yang bertopengkan syaitan ini?

Kalau diikutkan pada kemarahan diri ini, maka percayalah tidak habis untuk diperkatakan dalam ruangan blog ini. Cuma dikesempatan ini, marilah kita sama – sama mengambil ikhtibar agar kita tidak sama – sama terjerumus ke dalam kancah dosa ini. Cuba Tanya kepada diri kita sendiri, apakah penyebab utamanya berlaku perkara – perkara seperti ini dalam masyarakat kita hari ini?

Mungkin pelbagai alasan boleh diberikan bagi menjawab persoalan ini. Namun begitu, apa yang pasti adalah kebanyakkan masyarakat Islam khususnya orang Melayu pada hari ini sudah semakin jauh dengan Pencipta mereka. Mereka sudah mula tidak mengenali Tuhan mereka yang mencipta alam semesta ini dan sekalian mahluknya.

Semakin jauh manusia dengan Penciptanya, maka semakin terpesonglah kehidupan dan jalan yang dilaluinya. Dosa dan pahala tidak lagi menjadi persoalan dalam kehidupan seharian. Nikmat yang diberikan oleh Allah tidak lagi dijaga dan digunakan dengan sebaik – baiknya. Yang di patuhi hanyalah godaan nafsu dan tipu daya syaitan semata – mata. Wallahua’lam.

Pelik juga bila tengok gambar - gambar bayi yang comel macam ini pun masih ada orang sanggup bunuh lagi, entahla....1000x fikir pun rasa macam x logik

1 comments to Mengapa Sifat Perikemanusian Semakin Menghilang??:

Anonymous said...

NUR ISMILIDA AB AZIZ SAID :klu la bayi itu bleh berkata" ibu,ayah jgn bunuh daku..daku tak bersalah..berilah peluang pada diri ini utk mengenal,menhirup udara, menikmati hdp ini...kenape mesti diriku depersiakan di dlm tong sampai, di dlm longkang, di dlm sungai, di merata tempat...bukankah diriku ini anugerah daripada Allah SWT utk kamu berdua..mengapa diri ini yg tidak bsalah mesti menerima hukuman sebegini rupa daripada ayah ibu.."mungkin inilah keluh bayi yg sepatutnyer menjadi khalifah Allah SWT..Kenape ibu ayah engkau turuti nafsu serakahmu semata...Nyawa umpama nilai yg makin murah...betapa kejernihan mata .air muka seorg permata hati yg klu dikira segala nikmat yg tak dpt ditandingi...Moga2 bayi yg setulus, sekudus n sesuci kapas ini ditempatkan di syurga Allah SWT..

Monday, April 12, 2010

Mengapa Sifat Perikemanusian Semakin Menghilang??

Posted by pSp at 10:07 PM

1 comments;