Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Imej Yang Perlu Dijaga

Sunday, May 16, 2010

Sudah genap seminggu hari ini aku berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan bagi menyempurnakan praktikal yang masih berbaki 3 minggu lagi sebelum boleh menduduki peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia bagi mendapatkan lesen sebelum boleh mula bekerja sebagai seorang jururawat. Walau bagaimanapun, posting blog kali ini bukanlah bertujuan untuk menceritakan pengalaman praktikal di HUSM, tetapi cuma hendak berkongsi kata – kata daripada Penolong Pengarah HUSM sewaktu sesi orientasi yang mengetuk minda aku untuk berfikir. Banyak perkara yang diperkatakan oleh Penolong Pengarah HUSM sewaktu sesi orientasi tersebut, namun begitu apa yang ingin di kongsikan disini adalah berkenaan isu menjaga imej. Walaupun perbincangan pada sesi tersebut adalah berkisarkan kepada penjaga imej dari segi nama baik universiti dan nama baik jurusan kejururawat, isu yang mengetuk minda aku ketika perkataan itu lebih berkisarkan kepada soal menjaga imej agama.

Imej Islam hari ini dilihat semakin tercalar dengan pelbagai serangan yang dilakukan oleh pihak Barat dalam usaha mereka memburuk - burukan Imej Islam sebagai agama yang suci. Antaranya ialah dengan melabelkan Islam sebagai agama yang menaja “terrorisme” yang berpaksikan kepada konsep keganasan. Malahan, ahli – ahli sejarah dan orientalis Barat turut melabelkan agama Islam sebuah agama peperangan yang disebarkan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W melalui mata pedang semata – mata tanpa sebarang pemahaman yang adil terhadap peristiwa – peristiwa peperangan yang muncul di zaman Baginda S.A.W. Malahan golongan ini turut juga memfitnah agama Islam sebagai sebuah agama yang melakukan penindasan terhadap kaum wanita sehingga timbul golongan – golongan Liberal seperti Sister in Islam (SIS) yang kononya memperjuangkan hak – hak kaum wanita yang ditindas oleh agama Islam. Semua gambaran yang diberikan oleh media massa barat ini bertujuan untuk melahirkan perasaan takut dan benci pada agama Islam yang di panggil “Islamophobia” yang akhirnya menjauhkan masyarakat dunia daripada mendekati agama Islam.

Lebih malang lagi, hari ini kita boleh melihat bagaimana imej agama Islam itu dikotori oleh sesetengah penganut agama Islam itu sendiri yang gagal menunjukkan serta menerapkan amalan – amalan yang berpandukan agama Islam yang sebenar. Di negara Malaysia khususnya, amalan - amalan seperti pergaduhan, penipuan, rasuah, pecah amanah dan sebagainya mewarnai kehidupan masyarakat Islam khususnya orang – orang Melayu. Malahan isu sebegini menjadi perkara biasa di kalangan pemimpin – pemimpin negara. Begitu juga dengan masalah sosial yang melanda di negara ini juga tidak kurang hebatnya berlaku di kalangan masyarakat Islam khususnya orang Melayu. Masalah rempit, dadah, bohsia, zina, buang anak dan sebagainya semuanya adalah didominasikan oleh orang – orang Melayu. Apa yang mengecewakan adalah, sikap tidak bertanggungjawab dan amanah sesetengah individu ini akhirnya merosakan imej agama Islam yang suci.

Imej buruk yang ditonjolkan oleh masyarakat Islam kepada penganut lain menjadikan kesucian agama Islam itu tercalar. Masyarakat yang bukan beragama Islam sering memandang serong kepada umat Islam dan juga agama Islam itu sendiri. Malahan, masalah – masalah ini telah membuka ruang dikalangan musuh – musuh Islam dalam rancangan mereka untuk memburuk – burukan sertan menjatuhkan kesucian agama Islam. Kalau dikaji semula, tamadun Islam menjadi semakin lemah bukan hanya disebabkan oleh golonagn yang memusuhi Islam akan tetapi juga disebabkan oleh umat Islam itu sendiri. Kelemahan umat Islam hari ini bukanlah disebabkan oleh ajaran agama Islam itu tetapi lebih kepada masyarakat Islam itu sendiri yang gagal dalam memartabatkan agama panutan mereka.

Islam itu adalah agama sejahtera dan agama damai. Umat yang mengikuti ajaran Islam yang sebenar mempunyai kualiti akhlak dan etika yang tinggi. Namun begitu, Islam sebagai agama yang baik kadang – kadang tercermin dalam ikatan bangsa dan budaya yang merosakan. Maruah bangsa, adat dan budaya yang sering diangkat melebihi martabat agama menjadi faktor perosak dalam perjuangan mengangkat agama Islam. Islam seharusnya menjadi matlamat hidup setiap manusia. Bangsa, budaya dan adat perlulah dicorak mengikut ajaran yang telah ditetapkan oleh Islam dan bukannya agama Islam itu yang perlu dicorakan mengikut bangsa, budaya dan adat. Perlulah menjadi kesedaran dalam diri kita bahawasanya tidaklah sesuatu bangsa itu diangakat menjadi mulia oleh Allah S..W.T melainkan bangsa yang menjadikan agama Islam sebagai panutan dan ikutan dengan sebenar – benarnya. Wallahua’lam.

2 comments to Imej Yang Perlu Dijaga:

Anonymous said...

NUR ISMILIDA AB AZIZ SAID : Ini antara artikle sisipan yang boleh dikongsi bersama.Jua berkaitan Menjaga Imej Agama.

Artikle dipetik dari Majlis Agama Islam Singapura
Khutbah Jumaat
13 July 2001 / 21 Rabiul Akhir 1422
Menjaga Maruah Islam

Wajib bagi kita umat Islam menjaga agama Islam yang kita anuti ini. Kita menjaga maruah ugama Islam agar ia tetap dipandang mulia oleh mereka yang bukan beragama Islam. Seringkali mereka yang tidak beragama Islam memandang serong terhadap Islam kerana perbuatan orang-orang Islam yang tidak mematuhi ajaran Islam. Apabila ada sesuatu perkara sumbang yang dilakukan oleh seorang yang beragama Islam, kadang-kadang bukan sahaja orang tersebut dikecam dan dipandang hina, malah mereka juga menuduh yang Islam menggalakkan perkara tersebut. Apabila berlaku keganasan, dengan cepat Islam dituduh sebagai ugama yang menggalakkan keganasan. Apabila banyaknya kes jenayah yang dilakukan oleh orang Islam, dengan cepat Islam dituduh sebagai ugama yang tidak dapat membendung pengikutnya dari melakukan jenayah.
Sememangnya ini adalah satu perkara yang menyedihkah. Tetapi ia susah dielakkan kerana Islam sentiasa mempunyai musuh yang ingin melihat kehancurannya. Maka penting bagi kita umat Islam menjaga kesucian agama kita ini agar ia tidak dipandang serong oleh orang yang tidak faham .Kita menjaga kesucian agama kita dengan menonjolkan imej yang baik dan menjaga maruah kita sebagai Muslim. Kita menjaga kesucian agama kita dengan mempraktikkan segala ajaran Islam dan menghayati Islam sepenuhnya. Dengan menjadikan Islam sebagai panduan dalam hidup kita, dan dengan mempraktikkan Islam sepenuhnya, kita akan menjadi umat yang disegani. Sepertimana Rasulullah s.a.w dan para sahabat menunjukan imej Islam yang sebenarnya sehingga dapat menarik ramai orang memeluk agama Islam dan menjadikan Islam dan pengikutnya disegani oleh masyarakat dunia.

Anonymous said...

NUR ISMILIDA AB AZIZ SAID: sambungan...
Tetapi dimanakah kita sekarang ini? Mengapakah umat Islam sekarang ini tidak dipandang tinggi oleh masyarakat dunia? Mengapakah umat Islam masih lagi berpecah?

Jawapannya satu. Iaitu sebahagian orang Islam tidak lagi mengikut Islam sepenuhnya. Mereka mengikut Islam dalam ibadat, tetapi tidak mengikut Islam dalam aspek kehidupan mereka yang lain. Mereka lebih mudah terpengaruh dengan budaya-budaya yang tidak bersesuaian dengan Islam.
Antara aspek yang perlu ditonjolkan oleh umat Islam adalah budi pekerti mulia yang dianjurkan oleh Islam. Sesungguhnya ugama Islam adalah ugama yang berakhlak mulia. Rasulullah s.a.w diutus dengan akhlak yang mulia agar menjadi contoh bagi seluruh manusia. Firman Allah dalam surah Qalam, ayat 4:

Ertinya: Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang mulia.

Maka kita perlu mencontohi keperibadian dan akhlak Rasulullah s.a.w yang mulia tersebut, agar ugama Islam yang kita anuti ini dipandang mulia oleh orang lain. Rasulullah s.a.w tidak pernah mengeluarkan kata kesat, apatah lagi memaki hamun. Tetapi kita lihat sekarang ini ada dikalangan masyarakat Islam amat mudah mengeluarkan kata kesat. Malah ada yang menjadikan perkataan-perkataan lucah dan maki sebagai basahan lidah mereka. Jika inilah contoh keperibadian yang ditonjolkan, maka tidak hairan orang memandang rendah terhadap Islam.

Islam menganjurkan kita agar bersabar dan berkata lembut. Mengapakah ada di kalangan kita yang cepat hilang kesabarannya, mudah marah dan mempunyai gaya pertuturan yang kasar sehingga dibenci oleh orang lain? Adakah ini imej Islam yang ingin kita tonjolkan?

Allah memerintahkan hamba-hambaNya agar menutup aurat, menjaga maruah mereka, dan berpakaian sopan. Malangnya ada di kalangan masyarakat kita yang bukan sahaja tidak mahu menutup aurat mereka, malah memandang rendah kepada mereka yang ingin menutup aurat. Adalah satu dosa yang amat besar bagi seseorang Muslim menghalang saudara se-Islamnya dari mengamalkan ajaran Islam. Perbuatan sedemikian boleh membawa orang tersebut memperkecilkan ajaran Islam. Dan barangsiapa yang memperkecilkan ajaran Islam, ia boleh membawa kepada kekufuran dan terkeluar dari Islam.

Sememangnya agak sukar untuk kita menjaga imej Islam sentiasa kerana kita manusia, dan sebagai manusia kita banyak melakukan kesilapan dan kesalahan. Tetapi kita juga tidak dapat elak dari kenyataan bahawa orang yang tidak faham, akan mengukur Islam dari perbuatan kita sebagai penganutnya. Maka adalah penting kita cuba sedaya upaya untuk menjiwai Islam dan mempraktikkannya dalam kehidupan kita. Ambillah contoh dari kehidupan Rasulullah s.a.w kerana beliau merupakan contoh bagi kita.

Sunday, May 16, 2010

Imej Yang Perlu Dijaga

Posted by pSp at 9:10 PM

2 comments